Bil |
Negeri |
Karangan A |
Karangan B (Sedutan soalan) |
Soalan 1 |
Soalan 2 |
Soalan 3 |
Soalan 4 |
Soalan 5 |
1 |
Terengganu |
Ciri-ciri sebuah
pusat sumber yang baik |
Kempen gaya hidup
sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan
masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan
amalan-amalan yang wajar anda lakukan oleh memastikan
kesihatan diri sentiasa terjaga.
|
Sesebuah keluarga
yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong
antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan
yang diperoleh ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu
majlis keluarga seperti majlis perkahwinan, sambutan
perayaan, hari keluarga dan sebagainya.
|
Isu keselamatan
anak-anak sering kali diuar-uarkan dalam media massa.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk
disiarkan dalam akhbar tempatan tentang Keselamatan
Kanak-kanak Tanggungjawab Bersama.
Tulis rencana itu
selengkapnya. |
Perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu
pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.
Huraikan manfaat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada
masyarakat dunia.
|
Sesebuah karya
sastera seharusnya mengandungi banyak keistimewaan agar
boleh menarik minat pembaca.
Ulaskan pernyataan
tersebut.
|
2 |
MRSM |
Kepentingan memiliki
keluarga bahagia. |
Keracunan makanan
yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh sikap
kurang prihatin seseorang terhadap penjagaan kesihatan.
Sebagai pelajar yang
prihatin, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengelakkan diri menjadi mangsa keracunan makanan. |
Media massa sering
memaparkan iklan barangan dan perkhidmatan untuk
melahirkan pengguna yang bijak. Sehubungan dengan itu,
anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Peranan
Iklan dalam Melahirkan Pengguna yang Bijak".
Tulis rencana itu
selengkapnya. |
Orang Kelainan Upaya
(OKU) turut memberikan sumbangan untuk memajukan negara
dalam pelbagai bidang.
Ulaskan pernyataan di
atas.
|
Jenayah pemerdagangan
manusia kini merentas sempadan negara. Hal ini
memerlukan kerjasama berkesan antara negara untuk
menanganinya.
Bincangkan.
|
Peribahasa "Ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis" boleh dikaitkan
dengan amalan berjimat cermat.
Berikan pendapat anda
tentang faedah-faedah amalan berjimat cermat dalam
kehidupan generasi Kini.
|
3 |
Kedah |
Langkah-langkah untuk
menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
di negara kita. |
Anda mengambil
bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah.
Tajuk pidato ialah "Faedah Perhimpunan Pagi kepada
Murid".
Sediakan teks pidato tersebut selengkapnya.
|
Peningkatan kos
pendidikan, kos rawatan dan harga makanan telah
menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga.
Bincangkan.
|
Kerjasama ibu bapa,
komuniti dan pihak sekolah dapat mengurangkan kes buli
yang berlaku di sekolah.
Ulas pernyataan di
atas.
|
Sektor pertanian
memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi
negara. Sehubungan dengan itu, penglibatan generasi muda
dalam bidang pertanian perlu diberi perhatian.
Jelaskan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan
generasi muda menceburi bidang pertanian. |
Karya sastera
merupakan karya yang mengandungi banyak perkara yang
boleh dijadikan pedoman hidup.
Berdasarkan karya
yang anda baca, jelaskan perkara-perkara yang boleh
dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.
|
4 |
Johor DT |
Ciri-ciri bandar
pintar. |
Golongan remaja amat
wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk mengisi
kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan oleh
generasi terdahulu.
Bincangkan sumbangan
yang dapat anda berikan demi keamanan dan kemajuan
negara kita.
|
Dewasa ini, permainan
tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak
kurang diminati serta semakin dilupakan oleh generasi
muda.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
bermain permainan tradisional.
|
Usaha kerajaan
menarik pelabur-pelabur asing melabur di negara kita
memang wajar kerana pelaburan asing memberikan pelbagai
faedah kepada rakyat dan negara.
Bincangkan.
|
Pendidikan maya atau
pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) mempunyai pelbagai
kepentingan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu,
berwibawa dan bertaraf dunia.
Bincangkan.
|
Apabila
terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah.
Petikan gurindam di atas
membawa maksud kepentingan seseorang menjaga tutur kata
dalam kehidupan.
Huraikan pendapat
anda tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga
tutur kata agar berjaya dalam kehidupan. |
5 |
YIK |
Punca-punca
kemerosotan mutu sukan negara. |
Pada masa cuti
sekolah akhir tahun, remaja sering mengambil peluang
bekerja sambilan sementara menunggu keputusan
peperiksaan.
Jelaskan
manfaat-manfaat yang diperoleh kepada golongan remaja
yang bekerja sambilan dalam masa cuti persekolahan.
|
Keselamatan anak-anak
semasa berada di rumah perlu diberi perhatian oleh ahli
keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh ahli
keluarga untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin
semasa berada di rumah.
|
Kesedaran rakyat
Malaysia tentang pentingnya menjaga kebersihan di
kawasan kediaman masih rendah.
Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak supaya kawasan kediaman di negara kita
sentiasa berada dalam keadaan bersih? |
Gejala pemerdagangan
manusia peringkat antarabangsa semakin meningkat.
Bincangkan.
|
Murid-murid sekolah
kurang berminat untuk membaca karya sastera seperti
novel, cerpen, dan puisi.
Huraikan
aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah dan pihak-pihak lain untuk memupuk minat
murid-murid sekolah terhadap karya sastera tersebut.
|
6 |
Kelantan |
Manfaat-manfaat
perhimpunan rasmi sekolah. |
Guru merupakan insan
peting yang perlu dihargai disebabkan mereka menyumbang
kepada pembentukan generasi cemerlang yang diperlukan
oleh negara.
Huraikan cara-cara
anda menghargai guru.
|
Permintaan air bersih
kian meningkat sedangkan sumbernya semakin berkurangan
sebagai pengguna, kita berperanan penting untuk
menjimatkan penggunaan air dalam aktiviti seharian. |
Pengangkutan awam di
negara kita semakin tidak mendapat sambutan disebabkan
beberapa faktor. Hal ini sudah pasti dapat diatasi
dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam di negara
kita. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah
rencana yang berjudul "Usaha-usaha Meningkatkan
Sistem Pengangkutan Awam Negara". Tulis rencana itu
selengkapnya. |
Perkembangan industri
pertanian dapat menambahkan pendapatan negara, membuka
peluang pekerjaan dan meningkatkan imej negara di mata
dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
|
Peribahasa "serumpun
bagai serai, seludang bagai tebu" menggambarkan sikap
bersatu hati dalam segala hal.
Jelaskan
kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap bermuafakat dalam
kehidupan bermasyarakat.
|
7 |
SBP |
Kepentingan hidup
berjiran. |
Bersempena dengan
persaraan pengetua sekolah anda, pihak sekolah telah
mengadakan majlis perpisahan. Selaku wakil pelajar, anda
dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tulis teks ucapan
anda selengkapnya. |
Pelbagai masalah
sosial seperti pergaulan bebas, vandalisme dan lari dari
rumah berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga.
Jelaskan peranan
keluarga dalam menangani masalah sosial tersebut. |
Pada alaf baharu ini,
pihak kerajaan bersungguh-sungguh untuk memajukan
industri desa kerana industri ini berpotensi
meningkatkan ekonomi negara.
Bincangkan. |
Dunia hari ini kian
terhimpit dengan peperangan yang membawa kesan-kesan
negatif.
Jelaskan peranan badan-badan dunia bagi membendung
permasalahan ini. |
Kewujudan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat memupuk minat orang
ramai terhadap karya sastera.
Huraikan pernyataan
di atas. |
8 |
Perlis |
Ciri-ciri pengguna
bijak. |
Disiplin diri
merupakan pemangkin kejayaan pelajar dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Bincangkan.
|
Sebagai ahli
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan
sumbangan yang bermakna demi kemajuan sekolah.
Huraikan
sumbangan-sumbangan tersebut.
|
Alam sekitar yang
berkualiti menjamin kesejahteraan hidup manusia.
Ulas pernyataan
tersebut.
|
Kerajaan sentiasa
menggalakkan rakyat agar melakukan inovasi iaitu
penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih
baik.
Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada rakyat
dan negara. |
Sesebuah karya
sastera yang bermutu akan menarik minat masyarakat untuk
membaca karya tersebut.
Bincangkan.
|
9 |
Sabah (Kota Belud) |
Prakarsa memajukan
industri pelancongan. |
Semangat patriotik
dalam kalangan murid semakin luntur.
Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.
|
Semangat kejiranan
semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu
bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan anak-anak.
|
Aktiviti manusia
telah menyebabkan bekalan air terjejas di beberapa
tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai
kesusahan kepada banyak pihak.
Berikan komen anda.
|
Walaupun Hari Bumi
diisytiharkan dan disambut pada 22 April setiap tahun,
kemusnahan bumi dilihat menjadi masalah utama bagi
negara-negara di dunia.
Jelaskan
bentuk-bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh semua
negara di dunia untuk menyelamatkan bumi.
|
Peribahasa "Mendengar
guruh di langit, air di tempayan dicurahkan" merujuk
keadaan seseorang yang terpaksa menanggung kerugian
akibat terburu-buru mengambil sesuatu keputusan.
Bincangkan
kerelevanan maksud peribahasa tersebut dengan situasi
kehidupan seharian masyarakat di negara kita. |
10 |
Pahang DM |
Usaha-usaha memupuk
jati diri remaja. |
Anda selaku Tokoh
Usahawan Desa peringkat negeri diminta menyampaikan
sebuah ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di tempat
anda. Tajuk ceramah tersebut ialah "Rahsia Menjadi
Usahawan Desa yang Berjaya".
Sediakan teks ceramah
tersebut selengkapnya.
|
Keluarga bahagia
merupakan keluarga yang penyayang, bertolak ansur dan
sering menyantuni antara satu sama lain.
Sehubungan dengan
itu, jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda.
|
Pengguna bijak
mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga.
Jelaskan
manfaat-manfaat tersebut.
|
Sukan merupakan
wahana penyatuan masyarakat antarabangsa.
Jelaskan kepentingan
bersukan kepada masyarakat global.
|
Jikalau ilmu tidak
sempurna, Tiada berupa ia berguna;
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
(Gurindam Beberapa Petua
Hidup, Zaaba)
Huraikan
kepentingan ilmu kepada remaja. |
11 |
Pulau Pinang |
Kepentingan riadah
dalam kehidupan. |
Kebanyakan remaja
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya
yang dapat
menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang
remaja.
|
Remaja kini banyak
menghabiskan masa dengan melayari Internet yang
memberikan
pelbagai kesan kepada mereka.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan
Internet dalam kalangan
anak-anak. |
"Berjimat Cermat
Amalan Mulia"
Ulaskan pernyataan
tersebut. |
Filem-filem Barat
telah memberikan pelbagai pengaruh terhadap kehidupan
masyarakat sejagat.
Huraikan pengaruh yang diterima oleh masyarakat sebagai
akibat kemasukan filem-
filem dari Barat ke negara mereka. |
Peribahasa bagai
lebah menghimpun madu bermaksud seseorang yang sangat
rajin.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. |
12 |
- Selangor
DE
|
Kepentingan menabung
wang kepada masyarakat |
Aktiviti seperti
beriadah, berkhemah, dan menyertai program khidmat
masyarakat pada
musim cuti sekolah amat digalakkan kepada remaja.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada
aktiviti-aktiviti tersebut. |
Cabaran membentuk
masyarakat yang bersatu padu di sekolah amat besar.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah wajar mengambil
langkah-langkah untuk
memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan murid.
Bincangkan. |
Keistimewaan yang
dimiliki oleh Malaysia sebagai destinasi pelancongan
memerlukan
kerajaan dan agensi swasta mengambil langkah yang
sepatutnya untuk menarik
kedatangan pelancong.
Ulas pernyataan ini.
|
Pengambilan tenaga
kerja dari negara luar bertujuan membantu pembangunan
ekonomi negara, namun begitu terdapat beberapa masalah
sosial yang timbul.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana
bertajuk “Langkah-
langkah Mengatasi Masalah Sosial yang Ditimbulkan oleh
Tenaga Kerja dari Negara Luar”.
Tulis rencana itu selengkapnya. |
Sesebuah karya
sastera yang baik dan menarik dapat mendidik pembaca.
Huraikan ciri-ciri karya sastera yang baik dan menarik. |
13 |
- Melaka
|
Usaha-usaha yang
dapat dilakukan untuk melestarikan
warisan seni budaya. |
Sebagai tokoh murid,
anda diundang untuk memberikan syarahan tentang masalah
sosial yang melanda remaja pada hari ini.
Tulis teks syarahan tersebut dengan memberikan fokus
pada punca-punca berlakunya
masalah ini.
|
Cuti sekolah yang
panjang digunakan oleh ibu bapa untuk menghantar
anak-anak
mengikuti program-program berbentuk akademik dan
sahsiah. Hakikatnya cuti sekolah
merupakan waktu terbaik untuk merapatkan hubungan antara
ahli keluarga.
Bincangkan peranan ibu bapa bagi memanfaatkan cuti
sekolah anak-anak untuk
merapatkan hubungan kekeluargaan. |
Kestabilan ekonomi,
politik, dan sosial menjadi faktor tarikan kemasukan
pelancong
asing ke negara kita.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membantu
perkembangan industri
pelancongan negara. |
Isu kemiskinan telah
menjadi masalah global yang mengancam sebahagian negara
dunia. Sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi oleh
negara luar, Malaysia telah
mencadangkan beberapa langkah untuk menangani masalah
tersebut.
Jelaskan cadangan-cadangan yang boleh dikemukakan oleh
kerajaan Malaysia
berkaitan degan isu kemiskinan. |
Bakat, minat dan
kreativiti merupakan sebahagian daripada kriteria untuk
melahirkan
penulis karya sastera yang berkualiti.
Berikan pendapat anda. |
14 |
- Sarawak
- (Limbang)
|
Langkah-langkah
mengelakkan keracunan makanan di
sekolah. |
Menjadi pelajar
cemerlang impian bagi setiap pelajar di Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi
pelajar cemerlang dalam
pelbagai aspek.
|
Budaya menabung dalam
kalangan anak-anak perlulah bermula dari rumah.
Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan Ahli
Keluarga Memupuk Amalan
Menabung dalam kalangan Anak-anak”. |
Malaysia terkenal
dengan keunikan dan keistimewaan yang mampu menarik
kedatangan pelancong tempatan dan pelancong asing.
Huraikan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan. |
Kegiatan jenayah yang
membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu
sejagat.
Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran
untuk menangani masalah
tersebut. |
Kini, remaja didapati
lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding
karya
sastera.
Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya
keadaan ini. |
15 |
- Perak
|
Kepentingan
menyertai acara sukan. |
Setiap pelajar pasti
mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut
Pengajian Tinggi (IPT) demi masa depan yang gemilang.
Berikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang
perlu anda lakukan
sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT. |
Semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian
luntur.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ahli
keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan. |
Bangunan lama atau
bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan
demi
generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah
rencana bertajuk
“Kepentingan Bangunan Bersejarah kepada Negara”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya. |
Pergolakan yang
berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat
keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Huraikan kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemimpin
negara untuk menjamin
keamanan di beberapa buah negara di dunia. |
Penggiat sastera atau
sasterawan merupakan golongan yang banyak berjaya kepada
pembangunan negara.
Bincangkan langkah-langkah untuk mengiktiraf golongan
penggiat sastera di negara
kita. |
16 |
- WPKL
|
Kebaikan sektor
pelancongan kepada negara kita. |
Sekolah anda
mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu
SPM
anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang
peserta seminar, anda diminta
untuk menulis laporan seminar tersebut untuk dimuatkan
dalam majalah sekolah.
Sediakan laporan anda selengkapnya. |
Kesibukan ibu bapa
dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak
telah
menyebabkan kepentingan menjaga semangat perpaduan kaum
dalam kalangan
masyarakat diabaikan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan
anak-anak. |
Generasi kini perlu
dididik untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi
memperoleh
badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Bincangkan. |
Sudah tiba masanya,
Malaysia membuat penanda aras kemudahan pengangkutan
awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di
dunia.
Bincangkan. |
Tema dan persoalan
merupakan aspek penting dalam pengkaryaan sebuah cerpen.
Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah menarik
minat untuk anda
membaca sehingga pengakhiran cerita.
Huraikan tema dan persoalan tersebut. |
17 |
Negeri Sembilan |
Faedah amalan membaca
kepada murid. |
Remaja pada hari ini
merupakan aset negara dan pemangkin kepada kemajuan
negara.
Jelaskan ciri-ciri remaja yang berwawasan. |
Warga tua merupakan
teras masyarakat dan telah banyak berjasa terhadap
negara.
Huraikan usaha-usaha yang patut dilakukan bagi
menghargai jasa dan pengorbanan mereka. |
Program kitar semua
yang disarankan oleh pihak kerajaan banyak mendatangkan
manfaat.
Pada pendaspat anda, apakah manfaat-manfaat yang
diperoleh daripada program daripada program kitar semula
ini? |
Bencana alam seperti
tanah runtuh, kemarau dan gempa bumi sering melanda
dunia akhir-akhir ini.
Huraikan peranan yang
dapat dilakukan oleh Malaysia untuk membantu
negara-negara yang ditimpa bencana tersebut. |
Kejadian banjir besar
yang berlaku belakangan ini banyak mendatangkan masalah.
Tulis cerpen berkenaan suasana dan masalah akibat
kejadian banjir tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|