Gerbang Maklumat BMSPM  Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

 ANALISIS SOALAN 4 BM SPM - NOVEL

Tahun

Soalan 4 Novel

Nov. 2005

(a) Memberikan pendapat tentang dua peristiwa paling menarik dalam sebuah novel.

(b) Membandingkan satu latar tempat dalam dua buah novel.

Nov.2006

(a) Menghuraikan pengajaran dalam sebuah novel.

(b) Menjelaskan satu persoalan berdasarkan dua buah novel.

 

Nov.2007

(a) Menjelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.

(b) Menghuraikan cara watak utama dalam dua buah novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

 

Nov.2008

(a) Menjelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda.

(b) Membandingkan persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat berdasarkan dua buah novel.

 

Nov.2009

(a) Menghuraikan dua bukti ketabahan watak utama.

(b) Menjelaskan satu contoh nilai kasih sayang dalam dua buah novel.

 

Nov.2010

(a) Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

(b) Menghuraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buah novel yang dipelajari.

 

Nov.2011

(a) Menghuraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang dipelajari.

(b) Menjelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.

 

Nov.2012

(a) Jelas dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

 

Sumber: Diubah suai dan ditambah berdasarkan buku Kertas Soalan Peperiksaan Tahun-tahun Lepas 2005-2011 SPM Bahasa Malaysia. Terbitan Sasbadi Sdn. Bhd. & Yayasan Guru Malaysia Berhad (2012). Dapatkan buku ini di pasaran.

© BMSPM 1998-2013. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan.

 Ke Menu Utama