- PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN
- (Telah dikemas kini pada 1/1/09)
Jenis Rumusan/Ulasan
-
Petikan rencana
-
Berita
-
Ucapan
-
Cereka, dan sebagainya
Pendahuluan yang baik
-
Markah untuk pendahuluan hanya 2 tetapi ia tetap penting dalam sesuatu rumusan.
-
Sejak SPM 2004 berlaku perubahan terhadap cara penulisan pendahuluan.
-
Sebaik-baiknya rumusan dimulakan dengan frasa berikut:
-
Petikan membincangkan....
- Ditulis dalam satu ayat yang merangkumi tema keseluruhan
petikan.
Panduan mencari isi tersurat
-
Kebiasaannya, petikan yang diberi adalah sekitar 300 hingga 350 patah perkataan
dan jumlah perenggan pula antara 4 hingga 7 perenggan.
-
Apabila seseorang penulis asal petikan itu menulis, dia sudah tentu meletakkan
1 isi utama dalam 1 perenggan. Jumlah isi sokongan pula antara 1 hingga
3 manakala contoh turut disertakan.
-
Untuk mencari isi tersurat, anda juga harus berfikiran begitu, iaitu 1
isi dalam 1 perenggan tetapi untuk memilih isi itu, perlu diperhatikan
fokus soalan kerana soalan mengandungi 2 fokus, yang pertama untuk tersurat
manakala yang kedua untuk isi tersirat.
-
Pastikan sama ada setiap isi berkaitan atau tidak.
-
Gariskan isi dalam setiap perenggan dan pilih yang paling berkaitan dengan
fokus soalan yang pertama..
-
Kategorikan isi yang berbentuk contoh seperti Proton Saga, Wira, Kancil,
Perdana (kereta buatan Malaysia)
-
Tulis mengikut urutan dalam perenggan kedua.
Panduan menulis isi tersirat
-
Kesukaran mencari isi tersirat sering kali menyebabkan pelajar mendapat
markah rendah.
-
Walaupun begitu, sejak SPM 2004, dalam soalan itu sendiri sudah dinyatakan
secara tidak langsung kehendak isi tersirat menerusi fokus soalan kedua.
-
Dengan itu, isi tersirat bukan lagi tafsiran
kepada isi tersurat seperti sebelum
SPM 2004.
-
Sebaik-baiknya ditulis dalam 1 perenggan, iaitu perenggan ketiga dan tidak dicampur dengan isi
tersurat atau kesimpulan.
-
Isi tersirat tidak harus mengandungi cadangan (daripada anda) kecuali cadangan
itu telah sedia ada dalam petikan dan sebelum ditulis perlu diubah suai
agar tidak kelihatan sebagai cadangan anda.
Kesimpulan
-
Kesimpulan diperuntukkan 2 markah.
-
Untuk mendapat markah penuh, kesimpulan harus mempunyai:
-
Rumusan keseluruhan
-
Cadangan berkaitan dengan isu dalam petikan.
-
Rumusan keseluruhan yang dimaksudkan ialah rangkuman isi tersurat dan tersirat
yang mungkin meliputi faktor, kesan atau langkah.
-
Cadangan pula lebih merupakan seperti keperluan menyedari sesuatu isu,
menggemblengkan usaha dan sebagainya mengikut konteks soalan berpandukan
fokus soalan.
-
Kombinasi terbaik ialah:
- Kesimpulannya, ......
- Cadangan yang menggunakan kata hendaklah..., seharusnya...,sepatutnya ...
dll)
- ......supaya.../agar...
- Kesan/implikasi.
-
Kesimpulan harus ditulis berasingan dalam 1 ayat di perenggan terakhir.
Pemerengganan yang baik
-
Rumusan yang baik harus ditulis dalam perenggan.
-
Anda disyorkan menulis dalam empat perenggan, iaitu:
-
Pendahuluan
-
Isi tersurat
-
Isi tersirat
-
Kesimpulan.
-
Rasional saranan itu ialah kerana biasanya pemeriksa dibekalkan skema dalam
urutan yang sebegitu.
|