PERBANDINGAN JENIS SOALAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN
BAHASA MELAYU SPM 2007
ANTARA NEGERI/DAERAH/ZON/SEKOLAH
(Dikemas kini pada 30 Oktober 2007)
 
KERTAS 1
BIL
NEGERI/DAERAH/
ZON/SEKOLAH
K1(a) K1(b)
PENYUMBANG
/SUMBER

 1.

Negeri  Sembilan 

Langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini

  1. Faedah-faedah penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum – Pendapat
  2. Peranan institusi keluarga dalam menangani gejala sosial dalam kalangan remaja – Syarahan
  3. Peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pelancongan negara – Pendapat
  4. Kemajuan dalam bidang sukan semakin penting bagi mewujudkan perpaduan sejagat dan meningkat imej sesebuah negara – Ulaskan
  5. Usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengembalikan minat masyarakat terhadap karya sastera.

Tuan Hj. Samat Buang

2.

Sekolah Berasrama Penuh

Usaha-usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat

  1. Remaja hari ini merupakan pemimpin pada masa hadapan. Mereka mesti menyediakan diri dengan ciri-ciri kepimpinan – Pendapat
  2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan cemerlang – Ulaskan.
  3. Punca-punca dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah pengangkutan awam kurang mendapat sambutan masyarakat – Wawancara
  4. Keistimewaan yang terdapat di negara kita dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan – Surat kiriman tidak rasmi
  5. Menulis cerpen berdasarkan peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Cikgu Ahmad Asmaran

Klik di sini untuk set lengkap

Tuan Hj. Samat Buang

3.

Pendidikan Teknik & Vokasional    (JPT)

Kepentingan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum

  1. Punca-punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan langkah-langkah yang tidak berfaedah – Pendapat
  2. Peranan pihak berkuasa dan masyarakat dalam menangani gejala ragut – Surat kiriman tidak rasmi
  3. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing – Perbincangan
  4. Dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pelajaran – Pendapat
  5. Mengulas sebuah drama yang sangat menarik hati yang anda tonton – Ulasan

Tuan Hj. Samat Buang

4.

Daerah Hulu Langat

Faedah-faedah pengangkutan awam kepada orang ramai

  1. Kepentingan amalan menabung dalam kehidupan anda – Pendapat
  2. Cara-cara mengatasi masalah masalah cetak rompak dalam industri hiburan – Wawancara
  3. Langkah-langkah strategik yang boleh diambil untuk meningkatkan keberkesanan Kempen Cuti-cuti Malaysia – Perbincangan
  4. Kerjasama antara Malaysia dan negara-negara luar dalam bidang perubatan banyak membantu meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dunia – Pendapat
  5. Menulis skrip drama berunsurkan patriotik.

Tuan Hj. Samat Buang

5.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah buli

  1. Jelaskan sebab-sebab anda berminat untuk menjadi seorang usahawan – Pendapat
  2. Peranan keluarga dalam pembentukan budaya penyayang – Perbincangan
  3. Ciri-ciri individu yang diperlukan oleh negara dalam merealisasikan Wawasan 2020 – Pendapat
  4. Huraikan kepentingan pelaburan antarabangsa dalam menjana ekonomi sesebuah negara
  5. Mewawancara seorang tokoh sastera tentang cara-cara mempopularkan puisi tradisional.

Tuan Hj. Samat Buang

6.

Kedah

Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor  yang menjadikan Malaysia destinasi pelancongan

  1. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum kurang menggalakkan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah menetapkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian syarat kelayakan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.
    Tulis rencana tentang usaha-usaha menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikul di sekolah.
  2. Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting negara untuk melahirkan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran, menghayati nilai murni dan membina disipilin diri.
    Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan keluarga dalam pembentukan modal insan kepada anak-anak.
  3. Salah seorang pemenang Anugerah Tokoh Belia peringkat kebangsaan merupakan seorang usahawan dalam bidang francais yang berjaya. Sebagai pemberita sebuah akhbar tempatan, anda telah ditugaskan untuk mewawancara tokoh tersebut untuk mendapatkan pandangan beliau tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang ingin menjadi usahawan berjaya.
    Sediakan wawancara anda selengkapnya.
  4. Bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat negara-negara yang mengalami pelbagai musibah menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai sifat perikemanusiaan yang tinggi.
    Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut.
  5. Karya-karya sastera mengandungi pelbagai pengajaran yang dapat mendidik masyarakat.
    Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan di atas.

Maisarah Masruhan
 

7.

Negeri  Johor

 

Kepentingan pengangkutan moden kepada masyarakat

 

  1. Laporan  majlis sambutan hari guru sekolah.
  2. Pendapat- Peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak menonton program realiti televisyen.
  3. Bincangkan usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
  4. Rencana- peranan Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam.
  5. Ulasan- Anda telah membaca sebuah novel yang dikarang oleh seorang penulis tanah air. Ulaskan keistimewaan novel.

 

En S.M Tio

 

8.

 Daerah Sabak Bernam, Selangor DE

Cara-cara menangani tekanan perasaan dalam kalangan remaja.
  1. Peranan remaja mengekalkan kemerdekaan negara – Surat tidak rasmi.

  2. Kemiskinan bukan faktor utama yang menghalang kejayaan seseorang dalam bidang akademik - Pendapat.

  3. Peranan masyarakat dalam Menjaga Keindahan Alam Sekitar.

  4. Punca pemanasan global dan langkah-langkah mengatasinya oleh negara Malaysia dan negara lain – Perbincangan.

  5. Menulis cerpen berdasarkan tema ”keinsafan”.

Cikgu Ahmad Asmaran

 

9.

 Perlis

 Faedah industri pelancongan
  1.  Perbincangan - Kokurikulum diambil kira ke pusat pengajian tinggi. Langkah tingkatkan penglibatan pelajar.
  2. Pendapat - Institusi keluarga mencorakkan kecemerlangan anak-anak.
  3. Rencana - Kepentingan mata pelajaran teknik dan vokasional.
  4. Ulasan - Misi kemanusiaan membantu negara yang ditimpa bencana.
  5. Komen - Pementasan drama yang ditonton.

 En. Chong

Klik di sini untuk muat turun set lengkap.

10.

Pulau Pinang

 Budaya warisan bangsa Malaysia
  1. Pendapat - Punca masalah kegemukan.
  2. Syarahan - Gaya hidup pada hari ini menyebabkan lunturnya kasih sayang dalam keluarga.
  3. Huraian - Tujuan sambutan ulang tahun kemerdekaan.
  4. Komen - Komunikasi global mengeratkan masyarakat antarabangsa.
  5. Rencana - Langkah menggalakkan penyertaan golongan remaja dalam dunia penulisan kreatif.

En. Chong

Klik di sini untuk muat turun set lengkap.

 

11.
 Klang,
Selangor DE
 (Tidak diterima)
  1. Gambaran - Rompakan bank semasa anda dan ibu banda berada di bank.
  2. Laporan - Aktiviti Kelab Pengguna semasa Minggu Pengguna sekolah anda.
  3. Pendapat - Kepentingan pembelajaran mata pelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
  4. Wawancara - Dengan Menteri Pelajaran Malaysia tentang masa depan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

 En. Allan Tan CL

12. Kelantan Masalah banjir
  1. Pendapat - Faedah penggunaan telefon bimbit kepada remaja.
  2. Perbincangan - Langkah-langkah mengawal pengaruh rancangan berbentuk hiburan di televisyen terhadap remaja.
  3. Perbincangan - Kebaikan yang diperoleh melalui pemupukan budaya menghargai warga tua.
  4. Rencana - Usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam pemuliharaan khazanah hutan negara serantau supaya tidak pupus.
  5. Perbincangan - Nyatakan punca-punca Pantun, Puisi Melayu Tradisional yang semakin dilupakan.

Zam

13.
Hulu Selangor,
Selangor DE
Usaha-usaha untuk membela nasib golongan kurang berupaya
  1. Program-program motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak menjadi pemangkin     kecemerlangan murid. Cadangkan aktiviti-aktiviti dalam program motivasi yang boleh memberi kecemerlangan murid.

  2. Kerajaan telah mengadakan kempen "Cuti-cuti Malaysia " untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh sesebuah keluarga dengan menyertai kempen tersebut.

  3. Berita berkaitan rasuah masih terpampang di dada akhbar hampir setiap hari. Walaupun pelbagai langkah telah diambil, gejala ini masih berlarutan dan menjejaskan pembangunan negara. Tuliskan rencana tentang kesan-kesan rasuah terhadap pembangunan negara.

  4. Perubahan cuaca dunia yang berlaku pada hari ini ekoran peningkatan suhu bumi.Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap negara untuk menangani masalah tersebut.

  5. Pantun merupakan puisi tradisional yang masih kekal sehingga ke hari ini dalam        masyarakat Malaysia terutamanya dalam majlis-majlis tertentu. Bincangkan ciri-          ciri- pantun dan peranannya dalam masyarakat Melayu.

 

Yan

14. Pahang

Peranan masyarakat  dalam memajukan industri pelancongan negara

 

  1. Era globalisasi hari ini memerlukan masyarakat Malaysia mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Malangnya tahap membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah. Hal  ini menuntut penglibatan ibu bapa  bagi menyemai tabiat membaca sejak anak-anak masih kecil. Jelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan  melahirkan masyarakat membaca.
  2. Selaku guru penyelaras kokurikulum, anda  tidak berpuas hati  dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, anda terpanggil untuk menulis sebuah rencana  tentang kepentingan  penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.Tulis rencana itu selengkapnya.
  3. Kebersihan  merupakan amalan yang penting kepada masyarakat terutama semasa negara  berusaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita. Cadangkan usaha-usaha berkesan untuk mendidik anggota masyarakat agar mengutamakan kebersihan di tempat-tempat awam.
  4. Sukan merupakan wahana perpaduan antarabangsa. Bincangkan.
  5. Peribahasa belakang parang kalau diasah lagikan tajam membawa maksud biar bodoh sekalipun seseorang itu, tetapi jikalau gigih berusaha nescaya akan pandai juga. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

 

En. Chong

Klik di sini untuk muat turun set lengkap.

15. MRSM
Faedah mengikuti
program motivasi.

 

  1. Anda sebagai ahli sidang redaksi di sekolah, telah mewancara Pengetua sekolah anda tentang kejayaan memenangi tempat pertama dalam pertandingan “Sekolah Dalam Taman” peringkat negeri. Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.
  2. Amalan gotong-royong membersihkan persekitaran rumah bersama-sama ahli keluarga bukan sahaja melahirkan suasana yang ceria dan mengelakkan daripada penyakit tetapi juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Huraikan.  
  3. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan semua pihak. Bincangkan kesan-kesan gejala ponteng sekolah dan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut.  
  4. Kenaikan harga minyak telah menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara-negara di seluruh dunia. Berikan pendapat anda.
  5. Anda telah menyertai bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam penulisan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda di luar negara tentang pengalaman anda menyertai bengkel tersebut.

Laman Web MRSM

(Perlukan Acrobat Reader)

16.
Johor
(Gerak Gempur 2)
Kepentingan penggunaan telefon bimbit

 

  1. Rencana - Disiplin asas kejayaan akademik.
  2. Wawancara - Rahsia kejayaan ibu mithali dalam mendidik anak-anak.
  3. Pendapat - usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
  4. Ulasan - Penyertaan penerbit filem dalam Festival Filem Antarabangsa - faedah.
  5. Perbincangan - Sasterawan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

http://www.malaysia-students.com/2007/08/upsr-pmr-spm-and-stpm-tips-2007.html#spm-tips

Malay Language
Paper 1 and 2

(Perlukan Acrobat Reader)

17. SMK Lutong, Miri, Sarawak Sejauh mana nilai-nilai murni dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kita.
  1. Pandangan - Kepentingan aktiviti kokurikulum.
  2. Rencana - Rumahku syurgaku.
  3. Surat rasmi - cadangan mengatasi masalah lumba haram.
  4. Komen - penyertaan negara-negara di seluruh dunia dalam sukan pada peringkat antarabangsa dikatakan mampu mengeratkan hubungan diplomatik.
  5. Cerpen - tema semangat cinta akan tanah air.
Download
BM Paper 1 and 2
 
18. Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) Kesan -kesan pembangunan sektor pelancongan kepada negara
  1. Surat rasmi ; memberi teguran dan cadangan tentang isu tayangan filem yang berunsur lucah, tahyul dan ganas
  2. Rencana ; punca keracunan makanan dan cara mengatasinya
  3. Pendapat ; punca-punca semangat kejiranan semakin luntur dan cara mengatasinya
  4. Bahaskan ; isu sukan memberikan impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara
  5. Mengulas novel Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 daripada aspek kesannya kepada pembaca

Cikgu Hairul

19. Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Cara-cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negara kita.
  1. Pendapat - cara-cara melahirkan pelajar supaya suka berjimat cermat dan faedah-faedahnya.
  2. Perbincangan - Amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat kita semakin dilupakan.
  3. Perbincangan - Faedah pengangkutan awam dan cara tingkatkan mutu.
  4. Pendapat - Peperangan, rusuhan dan kekacauan politik - timbulkan masalah rumit pada peringkat antarabangsa.
  5. Tulis cerpen - Harapkan papar, pagar makan padi.

Nor

Semoga sumbangan anda dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang lain.
Ke Menu Utama