Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

LAMAN WEB BMSPM.NET
MENANG TEMPAT PERTAMA PERINGKAT KEBANGSAAN
PERTANDINGAN EDUBLOG KE-7 (2015)
ANJURAN UPSI

Alhamdulillah, setelah 17 tahun di internet, laman web www.bmspm.net telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan.

Laman web ini telah memenangi tempat pertama dalam
Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke-7 bagi tahun 2015 anjuran UPSI. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 1 Disember 2015.

Kejayaan ini lambang sokongan berterusan para pelawat yang tidak jemu-jemu melawat, memberikan sumbangan BBM dan menjadikan laman web ini salah satu sumber rujukan utama di internet untuk calon SPM dan guru-guru BM seluruh negara.


 
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERASMIAN NUCEL 2015
DAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
DI DEWAN BESAR UPSI KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH,
PROTON CITY, TANJUNG MALIM, PERAK DR
PADA 15 DISEMBER 2015
 
KLIP VIDEO PENYAMPAIAN HADIAH

Webmaster bmspm.net sedang menerima hadiah
daripada Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa,
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 
Barisan pemenang Pertandingan Educational Blogging
Peringkat Kebangsaan kali ke-7

 Jutaan terima kasih kepada penganjur, Pusat ICT, UPSI
dan semua pelawat serta penyumbang BBM di laman web ini.
 
Daripada
Mohd. Zaki Awang Mat
Webmaster www.bmspm.net

 

 

 

BMSPM 1998-2015. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama