Analisis Cerpen Budi Yang Tak Terbeli
(Khadijah Hashim)
Sinopsis
Murni ingin membawa ibunya, Jemah ke
rumahnya di kota.
Jemah berat hati tetapi akhirnya bersetuju. Semasa di kota, Murni tidak sempat
melayan ibunya kerana sibuk bekerja. Konflik berlaku apabila
Mak Jemah membersihkan rumput-rumput di hadapan rumah yang
menimbulkan kemarahan menantunya, Jamal. Selain itu, Jemah
juga telah menebang pokok ketapang yang ditanam oleh pihak
berkuasa tempatan. Jemah kahirnya pulang ke kampung. Murni
kemudiannya menerima surat dari kampung yang menyuruhnya pulang.
Rupa-rupanya Jemah ingin menukar nama geran tanah yang baru
dibelinya kepada nama Murni. Wang membeli tanah itu
diperolehnya daripada sikap berjimat cermat yang diamalkan
selama ini. Jamal yang bekerja sebagai perancang ekonomi
berasa malu dan insaf.
Tema
Kegigihan menabung mendatangkan pulangan
yang bermanfaat
Persoalan
>Kasih ibu tiada batasan
>Sikap menabung mendatangkan banyak
faedah
>Sikap hormat kepada ibu/bapa
>Berbudi kepada tanah banyak faedahnya
Watak dan Perwatakan
Jemah
>Ibu kepada Murni
>Tinggal di kampung
>Penyayang
>Penyabar
>Sanggup berkorban
Murni
>Anak yang baik
>Berhasrat membawa ibunya ke bandar
>Taat kepada suami
>Penyabar
>Penyayang
>Bersopan santun
Jamal
>Menantu Jemah/suami Murni
>Bekerja makan gaji di bandar
>Meninggi diri
>Biadap terhadap orang tua
Latar
Latar Tempat
>Di kota tempat Murni dan Jamal tinggal
>Di kampung tempat tinggal Jemah
Larat Masa
>Zaman moden – kebanyakan orang bekerja
di bandar-bandar
>Waktu tengahari ketika Murni dan Jamal
balik untuk makan tengahari di rumah
Latar Masyarakat
>Masyarakat desa yang bertani dan
memelihara ternakan ayam dan itik
>Masyarakat bandar yang makan gaji
>Masyarakat yang pandai berjimat cermat
>Masyarakat yang sibuk dan jarang bergaul
dengan jiran tetangga
Nilai
>Kasih sayang – Jemah amat menyayangi
anaknya sehingga sanggup berkorban untuk mereka
>Berjimat cermat – Jemah bijak menabung
>Hormat menghormati – Murni menghormati
ibunya
>Bersopan santun - Murni tidak meninggi
suara kepada ibunya semasa bercakap
>Taat – Murni taat kepada suaminya
Pengajaran
>Anak-anak mestilah mengasihi dan
sentiasa menjaga hati serta perasaan ibu bapa
>Kita hendaklah menghargai pengorbanan
ibu dan bapa
>Setiap orang hendaklah bijak merancang
masa depan msaing-masing dan tidak berbelanja sesuka hati
|