Analisis Cerpen Lambaian
Malar Hijau (Saroja Theavy a/p Balakrishnan)
Sinopsis
Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng
supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah
dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu
meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran
tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut
Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa
nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk
Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa
jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya
diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran
‘Datuk’.
Tema
Kecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara
kemurnian hutan rimba tempat lahirnya
Persoalan
- Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba
- Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya
- Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan
- Kepentingan pendidikan kepada setiap individu
Watak dan Perwatakan
Daneng
- Remaja yang lulus PMR cemerlang
- Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah
Tualang
- Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa
- Mempunyai anak iaitu Dany
- Menerima Hadiah Nobel
Cikgu Jo
- Guru kepada Daneng
- Mengambil berat terhadap anak muridnya
- Menghormati Daneng
- Berbangga dengan kejayaan Daneng
Latar
Latar Tempat
- Sekitar perkampungan di Lembah Tualang
- Pondok atau rumah ibu bapa Daneng
- Danau Nyok
Latar Masa
- Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk
meneruskan persekolahannya
- Tempoh masa 25 tahun
Latar Masyarakat
- Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang
- Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan
- Masyarakat yang mencintai alam sekitar
- Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan
nenak moyang
Nilai
- Hormat menghormati – Daneng amat menghormati cikgu Jo
walaupun ketika Daneng sudah bergelar ‘Datuk’
- Kegigihan – Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam
pelajarannya sehingga beliau digelar dan dianugerahkan
Hadiah Nobel
- Pengorbanan – Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk
Daneng agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya
Daneng berkeras enggan bersekolah lagi.
Pengajaran
- Kita perlu melindungi warisan hutan yang terbentang luas
agar agar tidak tercemar akibat angkara manusia yang rakus
- Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran
menjadi tangga kejayaan pada hari muka
- Kita hendaklah sanggup berkorban untuk orang yang kita
sayangi
|