Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

CERPEN PUSARAN

 

Analisis Cerpen Pusaran ( S.Othman Kelantan)


 

Sinopsis

Junid sangat akrab dengan Pusaran iaitu seekor anak lembu jantan peliharaan ayahnya. Namun, hubungan tersebut tidak disenangi oleh ayah Junid, Mohsin. Kata-kata Pak Cik Kar bahawa Pusaran kembar Junid menambahkan kebimbangan Mohsin lalu menjual Pusaran untuk dijadikan korban sempena hari Raya Haji/Korban. Apabila pulang dari sekolah, Junid mencari lembu kesayangannya yang hilang. Akhirnya, dia menemui Pusaran yang sudah diikat untuk disembelih. Junid meraung-raung supaya Pusaran dibebaskan. Mohsin tidak jadi menyembelih Pusaran.

Tema

Kasih sayang tidak mengenal status dan makhluk – Pusaran yang merupakan seekor anak lembu jantan amat disayangi oleh Junid.


 

Persoalan

>Ibu bapa mementingkan pendidikan anak-anak

>Masyarakat Islam mengadakan korban semasa Hari Raya Korban

>Peranan bomoh mempengaruhi pemikiran masyarakat

Watak dan Perwatakan

Junid

>Anak bongsu Mohsin dan Musalmah

>Menghabiskan masa bersama-sama Pusaran

>Amat sayang akan Pusaran

>Demam dan meracau apabila berpisah dengan Pusaran

Pusaran

>Anak lembu jantan

>Terdapat pusaran pada dahi,kepala dan bawah perut

>Menjadi tempat junid bermanja

Mohsin

>Ayah Junid

>Mempunyai 8 ekar tanah bendang dan 6 ekar dusun kelapa dan 20 ekor lembu

>Menjual Pusaran tanpa berunding dengan Junid

Latar

Latar Tempat

>Kawasan Kampung Gung Nibung

>Sekolah tempat Junid belajar

Latar Masa

>Waktu malam – perbincangan tentang Pusaran yang akan dikorbankan

>Ketika Junid berusia 6 tahun hingga masuk darjah 1

Latar Masyarakat

>Masyarakat kampung yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam

>Masyarakat petani (pesawah)

>Masyarakat yang mempercayai kata-kata bomoh

Nilai

>Kasih sayang – Junid amat mengasihi Pusaran walaupun Pusaran hanya seekor anak lembu

>Bertanggungjawab – Ibu bapa Junid mahu menyekolahkan Junid agar tidak lagi leka bersama Pusaran

>Patuh kepada agama – masyarakat di kampung mengadakan korban sempena Hari Raya Korban

Pengajaran

>Kita hendaklah mengasihi sesama makhluk termasuk haiwan

>Kita patutlah berbincang bersama-sama sebelum membuat sebarang tindakan

>Ibu bapa hendaklah memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak

 

Sumber : http://spmbahasamelayu.blogspot.com/search/label/Antologi%20Anak%20Laut%20-%20Cerpen

 

TERIMA KASIH

© BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama