Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

CONTOH JAWAPAN BMSPM ULANGAN JUN 2009

RUMUSAN (S1/K2)

Pengenalan :
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor keracunan makanan.

Isi Tersurat ( Punca-punca keracunan makanan )
Nota : Isi tersurat 1-4 ( perenggan kedua ), isi tersurat 5-7 ( perenggan ketiga ) dan isi tersurat 8 ( perenggan keempat )

1.Pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan diri.
2.Pengendali makanan tidak menghiraukan aspek kebersihan makanan yang dihidangkan.
3.Ada pengendali makanan yang menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan makanan dan minuman.

Contoh jawaban lengkap.
Keracunan makanan berlaku kerana pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan diri, tidak menghiraukan aspek kebersihan makanan yang dihidangkan serta menghisap rokok, batuh dan meludah semasa menyediakan makanan dan minuman. ( 3 isi dipersembahkan dalam satu ayat )

4.Pengusaha premis makanan juga sering mengabaikan kebersihan dengan membiarkan premis mereka kotor.
5.Seseorang individi mengambil makanan atau minuman yang tercemar oleh bakteria, virus dan organisme berbahaya.
6.Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Selain itu, keracunan makanan berlaku kerana pengusaha premis makanan sering mengabaikan kebersihan dengan membiarkan premis mereka kotor, seseorang individu mengambil makanan atau minuman yang tercemar oleh bakteria dan virus serta makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

7.Amalan memakan makanan yang telah lama disimpan.
8.Penggunaan bahan kimia beracun yang semakin berleluasa dalam penanaman sayur-sayuran.

Keracunan makanan juga berlaku akibat amalan memakan makanan yang telah lama disimpan disamping penggunaan bahan kimia beracun yang semakin berleluasa dalam penanaman sayur-sayuran.

*** Pelajar dikehendaki menyatakan 6 isi tersurat sahaja.

ISI TERSIRAT. ( Kesan-kesan keracunan makanan )

1.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
2.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.
3.Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi atau tubuh kontang terik.
4.Boleh menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang,
5.Boleh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma.
6.Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
7.Meningkatkan kos untuk mendapat rawatan di klinik atau hospital.
8.Aktiviti harian terganggu / produktiviti bekerja akan menurun.

Kesimpulan :
Kesimpulannya, masyarakat perlu berganding bahu untuk mengelakkan kes keracunan makanan agar dapat melahirkan rakyat yang sihat.

Nota: Jawaban cadangan ini merupakan jawaban peribadi penulis blog berdasarkan pembacaan dan pengalaman bekerja. Jawaban ini bukan jawaban rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 


 
Sumber: http://galusbm.blogspot.com/

TERIMA KASIH

BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama