Fokus Peribahasa SPM 2010:
Peribahasa yang sama maksud
(Sumber: Cikgu Ghalib Jumaat 22 October 2010 pada 9:24 malam menerusi Facebook).
 
Soalan:

Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa yang di bawah ini:

(1)    Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

(2)    Bagai aur dengan tebing

(3)    Hujan emas di negeri orang huujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

 

Jawaban:

(Jawaban  yang dikemukakan di bawah ini diambil daripada Kamus Peribahasa Melayu, DBP)

(1) Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.

Takrif

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).

Catatan: Peribahasa ini tidak sama maksudnya dengan peribahasa 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak'  kerana maksud peribahasa ini ialah  menyesuaikan diri dengan masyarakat atau budaya di sesuatu tempat. 

(2) Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.

Takrif

Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Bagai aur dengan tebing)

(3) Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

Terima kasih kepada semua penyumbang. Sumbangan anda pasti dihargai semua pelajar.  

    Ke Menu Utama