Fokus Peribahasa SPM 2010:
Peribahasa yang sama maksud (Bahagian 2)
(Sumber: Cikgu Ghalib Sabtu 23 October 2010 pada 6:35 pagi menerusi Facebook).
 
Soalan:

Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa yang di bawah ini:

(1)    Telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya

(2)    Seperti  pinang dibelah dua

(3)    Bagai ayam disambar helang

 

Jawaban:

(1)Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.

 

Takrif

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

 

(2)Seperti cincin dengan permata.

Takrif

Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

 

(3)Bagai belut digetir (= diketil) ekor.

Takrif

Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Terima kasih kepada semua penyumbang. Sumbangan anda pasti dihargai semua pelajar.  

    Ke Menu Utama