Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar
Dalam karangan pelajar yang saya semak, rata-rata melakukan
kesalahan yang agak sama. Walau bagaimanapun, saya telah membuat
satu kajian dan mendapat kesalahan tersebut berpunca daripada:
i) Kesalahan sejak sekolah rendah
ii) Tidak membaca karangan yang telah disemak oleh guru,
terutamanya kesalahan ejaan.
iii) Membaca buku berbahasa Melayu yang salah sehingga mudah
mempercayai dan menggunakan ejaan tersebut.
iv) Kesalahan sari kata dalam filem, drama , dan rancangan
menerusi televisyen yang dibaca dan terus dipercayai.
v) guru subjek Bahasa Melayu sendiri membuat kesalahan sehingga
anak murid mereka pun buat salah.
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar:
KESALAHAN..........................-->PEMBETULAN
i) *Kebanyakkan........................... kebanyakan
ii) *berkerjasama............................bekerjasama
iii) *kadang-kala..............................kadangkala
iv) *penyalah gunaan......................penyalahgunaan
v) * Disamping itu............................Di samping
itu
vi) *kerosakkan...............................kerosakan
vii) *anti-merokok...........................antimerokok
viii) *serious......................................
serius
ix) *terguris........................................tergores
x) *seringkali .....................................sering
kali
xi) *biadap.........................................biadab
xii) *television....................................televisyen
xiii) *penguatkuasa............................penguat
kuasa
xiv) *dairi ............................................diari
xv) *barang kali...................................barangkali
xvi) *mengulangkaji.............................mengulang
kaji
xvii) *menyosalsiasat...........................menyoal
siasat
xviii) *bersatu-padu............................bersatu
padu
xix) *ibu-bapa......................................ibu
bapa
xx) *pasca kemerdekaan...................pascakemerdekaan
Kesimpulannya, insaflah wahai pelajarku! Janganlah membuat kesalahan kecil sebegini yang akhirnya menyusahkan adiri anda sendiri kerana setiap kesalahan ejaan dalam karangan akan ditolak markah.
Sumber:
http://cikgutancl.blogspot.com/