Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

 

TEMA

Nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang

 

MAKSUD

Rangkap 1

Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.

Rangkap 2

Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.

Rangkap 3

Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.

Rangkap 4

Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupan

Rangkap 5

Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.

Rangkap 6

Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari  rakan yang sesuai.

Rangkap 7

Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.

Rangkap 8

Orang yang menganiayai orang  lain akan dimurkai oleh Tuhan.

 

PERSOALAN

Persoalan berfikiran baik dalam kehidupan.

Contoh : ( R1)     Kurang fikir kurang siasat

Tentu dirimu kelak sesat

Menjaga percakapan sesama insan.

Contoh ; (R2)      Kalau mulut tajam dan kasar

Boleh ditimpa bahaya besar

Persoalan memilih rakan baik dalam pergaulan.

Contoh (R6)                         Dunia ini taman pergaulan

 Hendaklah pilih sahabat dan taulan

Persoalan berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.

 Contoh : (R7)    Barang siapa berbuat jasa

Mulia namanya segenap masa

 

Persoalan tentang setiap perbuatan akan ada balasan.

Contoh : (R8)     Barang siapa berbuat khianat

                                                Tuhan kelak memberi laknat.

 

 

 
MAKLUMAN
  • Nota Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) di atas hanya setakat persoalan sahaja.

  • Terima kasih kepada Webmaster laman web dan Blogger yang bahan sumbernya dipautkan di sini.

  • Pautan akan ditambah dari semasa ke semasa apabila lebih banyak bahan sumber dihasilkan.

Sumbangan nota dan soalan dalam pelbagai bentuk/format amat dialu-alukan. Hantarkan ke ikaz2@yahoo.com

BMSPM 1998-2018. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama