Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

1.   

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

 

(Sazalee Yacob)

 

TEMA

Harapan bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. Walau bagaimanapun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak sewaktu berada di menara gading.

Contoh :

(R3;B1;B2)

Di awan kampus yang sarat ilmu

Hadir sihir angin bernafas api

 

MAKSUD

Rangkap 1

Seorang petani yang miskin menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu.

Rangkap 2

Si bapa mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk keluar/meloloskan diri dari cabaran yang sukar.

Rangkap 3

Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang jahat,kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang.

Di menara gading, penyajak baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul perasaan megah/ sombong sehingga membuang/melenyapkan sikapnya yang baik.

Rangkap 4

Si bapa mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.

 

PERSOALAN

Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.

Contoh;

(R1;B6;B7)

Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

Memesrai azimat dan tangkal

 

Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak.

Contoh:

(R1;B1;B2)

Kuhantar kau mengecapi angin baru

Udara lain dari kampung bendang kuningmu

 

Persoalan menjaga maruah diri di perantauan.

Contoh :

(R4;B1;B2)

Pandai-pandailah kau terbang

Menongkah awan mulus dan kabus dingin

 

 

 

 

 

Persoalan menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan.

(R1;B6;B7;B8)

Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

Memesrai azimat dan tangkal

Dari tangga gading

 

 

MAKLUMAN
  • Nota Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) di atas hanya setakat persoalan sahaja.

  • Terima kasih kepada Webmaster laman web dan Blogger yang bahan sumbernya dipautkan di sini.

  • Pautan akan ditambah dari semasa ke semasa apabila lebih banyak bahan sumber dihasilkan.

Sumbangan nota dan soalan dalam pelbagai bentuk/format amat dialu-alukan. Hantarkan ke ikaz2@yahoo.com

BMSPM 1998-2018. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama