Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

 
DRAMA: PUTERI LI PO

 

TEMA

Kasih sayang dapat menyatukan manusia dari benua yang berlainan.



PERSOALAN


1. Pengorbanan seorang puteri yang terpaksa berjauhan daripada keluarganya dan tanah air demi mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara melalui perkahwinan.
2. Adat istiadat Melayu yang memiliki ciri dan keistimewaan tersendiri.
3. Ketaatan pembesar negeri kepada sultan yang tidak berbelah bagi, mereka lebih rela mati daripada menderhaka.
4. Usaha yang gigih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya yang serba baru.



WATAK DAN PERWATAKAN


PUTERI HANG LI PO

1. Puteri negeri China berwajah cantik yang berusia 18 tahun
2. Mukanya bujur sirih,matanya sepet dan tirus di hujungnya
3. Isteri keempat Sultan Mansur Syah.
4. Baik hati dengan dayang-dayang.
5. Sentiasa kesunyian kerana sering ditinggal sultan sendirian di istana.
6. Emosional. Buktinya, apabila dipertemukan dengan tiga orang madunya, dia berasa terhina lalu mengamuk di istananya.
7. Mendapat gelaran �Hang� kerana tabah menyesuaikan diri di negara orang.
8. Mudah jatuh hati. Buktinya, dia jatuh cinta kepada Hang Jebat dan meluahkan perasaan cintanya kepada Hang Jebat tanpa memikirkan risiko daripada perbuatannya itu.


SULTAN MANSUR SYAH

1. Sultan Melaka pada kurun ke -15
2. Mempunyai 4 orang isteri, iaitu Permaisuri Nur Pualam, Tengku Puteri Wanang Sari, Raden Galoh Cendera Kirana dan Puteri Hang Li Po.
3. Raja yang adil dalam pemerintahannya.
4. Sultan yang berdaulat. Buktinya apabila baginda berkirim salam kepada ayahanda mertuanya, Maharaja China itu terkena penyakit gatal-gatal dan sembuh setelah menggunakan air yang didaulatkan oleh baginda.


HANG JEBAT

1. Pahlawan yang berani bergelar laksamana.
2. Sangat taat kepada sultan melaka,
3. Merupakan kekasih Dang Wangi, iaitu dayang di istana Puteri Hang Li Po.
4. Teguh imannya.Buktinya, dia menolak luahan cinta Puteri Hang Li Po kerana dia tahu bahawa hubungan sulit dengan isteri orang dilarang oleh agama.


TUN PERPATIH PUTIH

1. Seorang bendahara selaku penasihat
2. Tempat Puteri Hang Li Po meluahkan segala masalahnya


DANG WANGI

1. Dayang di istana Puteri Hang Li Po.
2. Kekasih Laksaman Hang Jebat
3. Dihalau bekerja di istana Puteri Nur Pualam (madu Puteri Hang Li Po) setelah deliau mengetahui bahawa dia mempunyai hubungan dengan Hang Jebat.



LATAR


LATAR TEMPAT

* Negeri Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka .
* di taman larangan, di bilik tetamu istana,balai penghadapan istana Melaka ,di bilik peraduan istana


LATAR MASA

* Kurun ke 15 pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.


LATAR MASYARAKAT

* Masyarakat Melayu lama
* Masyarakat yang ada susun lapis masyarakat iaitu golongan raja,pembesar dan rakyat
* Masyarakat yang sangat taat kepada raja iaitu Laksamana Hang Jebat
* Masyarakat yang ada hubungan antarabangsa iaitu Melaka mempunyai hubungan dengan China dan Majapahit.
* Masyarakat yang mengamalkan poligami iaitu Sutan Mansur Syah yang memiliki empat orang isteri.



 

PLOT


* Permulaan - Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China berasa kesepian di istananya. Dia tidak suka akan suaminya, Sultan Mansur Syah kerana jarang -jarang datang ke istananya. Beliau hanya bertemankan dayang-dayang istana.

* Perkembangan - Puteri Hang Li Po dianugerahi gelaran " hang " oleh Sultan Mansur Syah. Dalam majlis itu beliau diperkenalkan kepada tiga orang madunya. Puteri Hang Li Po berasa terhina dan mengamuk apabila balik ke istananya.

* Perumitan - Setibanya di istana ,Raden Galoh telah memujuk Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah pula sudah lama tidak berkunjung ke istana Puteri Hang Li Po. Hal ini menyebabkan Puteri Hang Li Po berasa sunyi dan teringat akan Hang Jebat.

* Puncak / klimaks - Beliau pun memanggil Hang Jebat lalu meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak. Puteri Hang Li Po berasa malu lantaran cintanya ditolak oleh Hang Jebat. Apabila beliau mengetahui bahawa Dang Wangi merupakan kekasih Hang Jebat, Dang Wangi telah ditukarkan ke istana Nur Pualam.

* Peleraian - Puteri Hang Li Po menyedari kesilapannya lalu mengubah sikap dengan berusaha untuk mencintai suaminya dan menjaga nama baik suaminya (Sultan Mansur Syah). Tambahan pula, dia sudah hamil.



GAYA BAHASA


1. Penggunaan bahasa istana .Contohnya; patik,tuanku, pacal dan murka.
2. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya; syukur,Insyaallah.
3. Peribahasa. Contohnya; kecil hati ,lupa daratan,gelap mata ,menangguk di air keruh, berbadan dua, pucuk dicita ulam tiba.
4. Simile. Contohnya; sungguh menarik tuanku puteri seperti pinang pulang ke tampuk.
5. Metafora. Contohnya; badai hidup,api kasih.

NILAI


1. KeadiIan. Contohnya,Sultan Mansur Syah memerintah negeri Melaka dengan adil sehingga semua pembesar dan rakyat menyukainya.
2. Baik hati. Contohnya, Puteri Li Po sangat baik dengan dayang-dayang istananya.
3. Ketaatan. Contohnya,Hang Jebat menunaikan segala arahan Sultan Mansur Syah dan tidak berani menderhaka kepada baginda.
4. Kasih sayang. Contohnya, Sultan Mansur Syah sangat sayang akan kesemua isteri-isterinya.
5. Ketabahan / kesabaran . Contohnya, Puteri Hang Li Po menghadapi pelbagai kesulitan ketika mahu menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Melaka yang jauh berbeza daripada kehidupannya di negara China.


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran dan adat resam di tempat baru.
2. Kita hendaklah sentiasa menumpahkan taat setianya kepada raja yang adil.
3. Kita hendaklah bijak menghindari diri daripada perkara negatif.
4. Kita hendaklah sentiasa berbaik hati antara satu sama lain.
5. Seseorang isteri hendaklah setia kepada suami.
6. Raja hendaklah memerintah dengan adil dan mengasihi rakyatnya.

 

 

 

© BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama