Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

PUTERI LI PO

Sinopsis

Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Walaupun berkahwin dengan Sultan, Li Po tetap berasa sedih. Tuanku Puteri Li Po dipujuk oleh dayang-dayang dengan memberikan buah-buahan seperti rambutan. Li Po menjamah sedikit sahaja sebagai mengambil hati dayang. Li Po tertidur di taman dan bermimpi didatangi Sultan Mansur Syah yang menyerupai Jin Afrit. Li Po diberikan gelaran ‘ hang’ kerana Li Po pandai menyesuaikan dirinya di tempat yang amat asing baginya. Li Po meminta Tuanku Sultan berkirim salam kepada Maharaja Cina tetapi suaminya itu keberatan untuk berbuat demikian. Puteri Raden Galoh Cendera Kirana yang merupakan isteri ketiga sultan memberitahu raja Majapahit pernah terkena tulah kerana menyampaikan salam. Li Po jatuh hati kepada Hang Jebat. Tuanku puteri meminta Dang Wangi memberitahu Hang Jebat bahawa tuanku puteri ingin berjumpa dengannya. Puteri Li Po meluahkan rasa hatinya kepada Hang Jebat tetapi Hang Jebat menolaknya dengan baik. Dang Wangi memberitahu Li Po bahawa dialah kekasih hati Hang Jebat. Li Po terkejut kerana Dang Wangi tidak memberitahunya sejak awal lagi. Li Po menyesal akan perbuatannya. Sultan Mansur Syah gembira dengan perubahan sikap Li Po dan lebih gembira lagi apabila mendapat tahu Li Po kini berbadan dua.

Pemikiran

Dilema dan konflik seorang puteri yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan budaya.

Persoalan

  >Kedaulatan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu

  >Kesetiaan pembesar kepada Sultan

  >Keagungan Kerajaan Melaka

  >Kesetiaan isteri kepada suami

Watak dan Perwatakan

Puteri Li Po

  >Isteri ke-4 Sultan Melaka

  >Parasnya cantik/18 tahun

  >Berani/berterus terang

  >Menginsafi kesalahan diri

Hang Jebat

  >Hulubalang Melaka

  >Kekasih Dang Wangi

  >Tegas pendirian

  >Setia kepada sultan/Kerajaan Melaka

Dang Wangi

  >Dayang istana Puteri Li Po

  >Setia dan patuh

Sultan Mansor Syah

  >Sultan Melaka abad ke-15

  >Bijaksana

  >Sabar/bertolak ansur

Latar

Latar Tempat

  >Taman larangan istana

  >Balai penghadapan

Latar Masa

  >Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kurun ke-15

  >Waktu malam – Dang Wangi membawa dian ke bilik peraduan Puteri Li Po

Latar Masyarakat

  >Masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka

  >Masyarakat yang setia kepada raja

  >Masyarakat yang menjalinkan hubungan diplomatik

Nilai

  >Kasih sayang – Sultan amat meyayangi isteri-isteri baginda

  >Kesetiaan – Jebat setia kepada Raja dan Kerajaan Melaka

  >Bijaksana – Puteri Li Po dapat menyesuaikan diri di tempat baharu

Pengajaran

  >Kita hendaklah taat setia kepada raja

  >Sebagai isteri, kita mestilah taat kepada suami

  >Kita seharusnya pandai menyesuaikan diri di mana-mana

 

Sumber: http://spmbahasamelayu.blogspot.com/

Terima kasih !

 

© BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama