Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

 
CERPEN: TRAGEDI
WATAK DAN PERWATAKAN

PAK ISMAWAN

1. Ayah kepada Iswan
2. Bersifat penyayang kerana beliau sayang kepada Iswan dengan menghantarnya ke sekolah setiap hari. Beliau memberikan perhatian kepada Iswan supaya rajin
berlatih bermain badminton.
3. Tenang kerana walaupun sedih, Pak Ismawan tetap tenang menerima kematian anaknya Iswan.
4. Pemaaf apabila George Bulang mengaku bahawa dia telah terlanggar Iswan, Pak Ismawan memaafkan kesalahan kawan Iswan itu.
5. Pemurah apabila Irnawati, sahabat baik iswan datang lalu meminta raket badminton kepunyaan Iswan untuk disimpan sebagai kenangan -kenangan, Pak Ismawan segera memberikan raket itu kepada Irnawati


ISWAN

1. Anak Pak Ismawan dan sahabat baik Irnawati.
2. Baik hati dan jujur.
3. Aktif dalam sukan, khususnya dalam sukan badminton.
4. Berusia 18 tahun.
5. Gigih menjalani latihan stamina dan badminton.
6. Bersopan -santun dan berbudi -bahasa.
7. Semasa hayatnya, yakin pada kebolehan diri sendiri.
8. Terbunuh dalam kemalangan jalan raya kerana dilanggar kereta yang dipandu oleh sahabatnya, George Bulang.


IRNAWATI

1. Rakan sekelas Iswan
2. Rakan karib Iswan
3. Prihatin dan mengambil berat tentang Iswan.
4. Mudah bersimpati. Buktinya, Irnawati pergi ke rumah Pak Ismawan dan memujuk Pak Ismawan supaya tabah menghadapi musibah.


GEORGE BULANG

1. Sahabat baik Iswan
2. Berumur 16 tahun
3. Suka berfoya-foya sehingga mabuk
4. Seorang yang cuai kerana dia memandu keretanya tanpa lesen dan dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan keretanya terbabas.
5. Menginsafi kesalahan sendiri setelah terlanggar Iswan.
6. Mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada Pak Ismawan


PERSOALAN

1. Perasaan kasih sayang seorang ayah dan sahabat baik.
2. Percaya kepada ketentuan tuhan kerana manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.
3. Tidak berdendam terhadap orang yang melakukan kesalahan.
4. Tragedi yang dapat dijadikan iktibar terutamanya kepada golongan muda
5. Kegigihan seorang pemain badminton untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.



TEMA

Ketabahan seorang ayah yang kematian anaknya .


LATAR TEMPAT

* Rumah Pak Ismawan, pejabat Pak Ismawan, hospital, jalan pantai menuju ke
Tanjung Aru , mahkamah dan Dewan Masyarakat Sembulan.



LATAR


LATAR MASA

* Diandaikan sekitar dekad 1980 -an atau awal dekad 1990-an,


LATAR MASYARAKAT

* Masyarakat Melayu di Sabah
* Masyarakat peribumi Sabah, contohnya George Bulang
* Masyarakat yang mementingkan sukan badminton.
* Masyarakat yang mementingkan keselamatan jalan raya dalam kalangan remaja.
Contohnya, Pak Ismawan yang memberi ceramah keselamatan jalan raya.



PLOT


* Permulaan - diperkenalkan watak Pak Ismawan yang kehilangan anak lelaki, Iswan. Selain itu, diperkenalkan juga watak Irnawati sebagai sahabat baik Iswan.
* Perkembangan - digambarkan watak Iswan dan hubungannya dengan Irnawati secara imbas kembali. Digambarkan juga Iswan terbunuh sebagai akibat dilanggar kereta yang dipandu George Bulang
* Perumitan - digambarkan George Bulang yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga terlanggar Iswan.
* Puncak/ klimaks -mahkamah membebaskan George Bulang daripada tuduhan kerana dia masih di bawah umur George Bulang meminta maaf kepada Pak Ismawan, dan Pak Ismawan pula memaafkan George Bulang.
* Peleraian - Pak Ismawan memberikan ceramah tentang keselamatan di jalan raya berdasarkan pengalamannya.


GAYA BAHASA


1. Kata dialek Indonesia, Contohnya, dong ( kata pelembut) dan menabrak (melanggar).
2. Personifikasi. Contohnya, bunyinya sungguh bising dan itu tandanya kereta itu
berlari laju.

3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, Assalammualaikum
4. Metafora. Contohnya, sebesar hama pun rasa dendam


 

NILAI


1. Kasih sayang. Contohnya, Pak Ismawan kasih akan anaknya
2. Simpati. Contohnya, Irnawati sahabat baik Iswan mengunjung Pak Ismawan untuk menyatakan rasa simpatinya.
3. Kerajinan. Contohnya, Iswan pemain badminton yang rajin berlatih.
4. Yakin akan diri. Contohnya, Iswan yakin bahawa dia dapat mengalahkan pemain yang paling handal supaya ia terpilih mewakili negara.
5. Mengakui kesalahan.Contohnya,George Bulang berjumpa dengan Pak Ismawan dan mengakui kesalahannya kerana tidak sengaja melanggar Iswan.
6. Kerjasama. Contohnya, Pak Ismawan membantu pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya berkempen.



PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara ayah dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib malang.
4. Kita hendaklah berani mengakui kesalahan yang telah kita lakukan dan meminta maaf kepada orang yang menjadi mangsa perbuatan kita.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan janganlah menyimpan perasaan
dendam.
6. Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dalam mengatasi sesuatu masalah
7. Kita perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyesal di kemudian hari.


 

 

 

© BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama