PLOT
* Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan
akibat perceraian ibu dan ayahnya.
* Perkembangan - digambarkan watak Zel yang semakin
memuncak perasaan benci terhadap ayahnya. Namun, ibunya
melarang dia menyimpan perasaan
dendam.
* Perumitan -Perasaan benci Zel terhadap Awi, Aman
dan Arif (adik beradik tirinya) kerana bersikap seolah-olah
cuba memisahkan diri Zel dengan ayahnya.
* Puncak/ klimaks - Zel ingin menghantar virus
komputer bagi merosakkan program ZQ 1308 yang sangat penting
kepada ayahnya. Win mengingatkan Zel bahawa hasratnya itu
akan turut menyusahkan dirinya sendiri dan mamanya.
* Peleraian - Zel membatalkan niatnya .
GAYA BAHASA
1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior,
career woman dan sebagainya.
2. Personifikasi. Contohnya, halilintar yang datang
meragut tangkai jantungku
3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, ukhuwah
4. Pengulangan kata. Contohnya, Tentang keinginan Zel,
tentang harapan Zel, tentang masa depan Zel
5. Simile. Contohnya, persis halilintar
6. Metafora. Contohnya, konkrit derita
NILAI
1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel
2. Simpati. Contohnya, Win,sahabat baik Zel menyatakan rasa
simpatinya terhadap nasib Zel yang menjadi mangsa perceraian.
3. Ketabahan. Contohnya, mama tabah menjalani kehidupan
sebagai ibu tunggal
4. Yakin akan diri. Contohnya, mama yakin dia mampu berjaya
walaupun tanpa bantuan suami.
5. Kebijaksanaan.Contohnya,mama bijak menguruskan perniagaan
hingga berjaya
6. Kerajinan. Contohnya, Zel dan Win yang rajin menuntut
ilmu.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama
dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang
tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa
kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah bersikap adil dan rasional .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mempunyai
perasaan dendam.
6. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
7. Kita perlu mengikuti perkembangan semasa terutamanya
dalam bidang komputer
supaya tidak ketinggalan.