ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS
BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUANTAN
PAHANG
KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
Kemahiran aras tinggi
selepas mendengar, bertutur dan
membaca.
Peringkat menengah atas,
kemahiran menulis jelas dalam
Huraian Sukatan Pelajaran.
OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)
OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
Pelajar dapat menghasilkan
penulisan kreatif dan bukan
kreatif menggunakan bahasa yang
gramatis dan laras yang tepat
serta memperlihatkan pertautan
idea dan wacana yang kemas.
Ceraian (viii)
JENIS
KARANGAN BUKAN KREATIF
Syarahan
Ceramah/Ucapan
Perbahasan
Rencana
Laporan
Wawancara/Dialog
Perbincangan
Surat
Surat Tidak Rasmi
Berita
Penerangan Fakta
Komentar
Minit Mesyuarat
Ulasan/Kritikan
JENIS
KARANGAN KREATIF
Cerpen
Skrip Drama
Sketsa
Cerita berdasarkan peribahasa
BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
Tatabahasa Dewan
Daftar Ejaan Rumi
Kamus Dewan terkini
2.Laras yang tepat
Variasi bahasa
Bahasa klasik, bahasa istana,
bahasa perundangan
3.Pertautan idea
Perhubungan yang erat ( kohesi
)
Kejelekitan
Kesinambungan antara satu ayat
dengan ayat yang berikut
( koheren )
4.Wacana yang kemas
Sebuah karangan yang lengkap
Terdiri daripada perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan
perenggan penutup
PERTAUTAN IDEA DARI SEGI
1. PERTAUTAN NAHUAN
2. PERTAUTAN LEKSIKAL
3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap
dan bukan hanya susunan kata
atau kalimat”
-Harimurti Kridalaksana, 1978
WACANA
YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satuan bahasa yang
terlengkap dan tertinggi atau
terbesar dengan koherensi dan
kohesi yang tinggi,
berkesinambungan awal dan akhir
serta disampaikan secara lisan
atau bertulis”
-Taringan, 1987
WACANA
YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan
perenggan-perenggan, setiap
perenggan berfokus kepada satu
isi. Setiap ayat bertautan
antara satu sama lain. Pertautan
membawa kesinambungan yang logik
antara satu ayat dengan ayat
yang berikutnya.Teks penulisan
terbentuk sebagai satu satuan
yang jitu”
– Khatijah binti Abdul Hamid,
1996
PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN
TIGA PILIHAN PERENGGAN :
Perenggan Deduktif
- ayat topik diikuti oleh ayat
huraian
Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat
topik
Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian ->
ayat simpul
SOALAN CONTOH
Usaha menangani kemelut
ekonomi menuntut komitmen dan
pengorbanan semua pihak
terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang
usaha-usaha yang patut
dilaksanakan secara berterusan
oleh anggota keluarga untuk
menangani masalah yang melanda
negara kini.
FOKUS
SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota
keluarga ( ibu, bapa dan
anak-anak ) untuk menangani
masalah yang melanda negara kini
(kemelut ekonomi).
RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 :
Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari
sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 :
Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 :
Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan,
harapan
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA /
RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa,
bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan
sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang
berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup
perenggan
1I ( SEKIRANYA )
Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa
CONTOH
APLIKASI RUMUS
Menabung
(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa
terjamin terutama sekali pada
masa kecemasan sekiranya
tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )
(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung
telah direka dan ditawarkan oleh
bank-bank atau institusi
kewangan untuk menarik perhatian
kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )
(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)
CONTOH APLIKASI RUMUS
Merancang perbelanjaan
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :
ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI
SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
GUNAKAN FORMULA YANG
DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
PERENGGAN SEIMBANG
ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
SATU ISI -SATU PERENGGAN
KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu
dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu
dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren
perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah
kreativiti untuk memudahkan
pelajar mengingat
langkah-langkah pengembangan isi
agar huraian menjadi jelas.
PENUTUP
KARANGAN
Penutup karangan merupakan
rumusan keseluruhan atau
kesimpulan terhadap isi-isi yang
telah dikemukakan terdahulu.
Jadi, pelajar-pelajar diingatkan
supaya tidak mengulangi isi-isi
yang telah dibincangkan.
Bahagian ini juga menjadi
ruang pengukuh bicara dan
pengunci pendirian pelajar
terhadap isu yang telah
dibincangkan.
Penanda wacana yang sesuai
hendaklah digunakan untuk
memberi gambaran bahawa karangan
sudah tiba ke penghujung.
Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan.
Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.
Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.
SEKIAN
SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH