Kajian Novel
- Jangan ambil mudah. Jawaban anda hendaklah tepat. Jangan bagi
jawaban yang umum. Contoh latar tempat. Anda menulis stesen minyak.
Tapi stesen minyak yang mana? Dalam sesebuah novel, tempat-tempat yang
dipilih mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi sila jelaskan tempat itu
yang mana secara spesifik. Sebutkan stesen Minyak Shell Jalan Setapak,
baru betul dan satu markah diberikan. Sekiranya fakta salah, huraian
tidak akan diberikan markah walaupun huraian betul.
- Setiap huraian bagi fakta yang disertakan mesti menyebutkan
peristiwa dengan jelas dengan menyebutkan nama watak dalam novel
tersebut.
- Berikan penekanan dalam tema, persoalan, plot dan teknik plot,
latar dan nilai dan pengajaran. Aspek gaya bahasa dan sudut pandangan
mungkin tak keluar kerana aspek itu agak dalam dan hanya sesuai untuk
pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu. Beri perhatian khusus dalam
teknik plot, nilai-nilai kemanusiaan dan persamaan watak.
- Bersedia jika keluar satu novel sahaja kerana dalam PMR hanya
keluar panas Salju. Manalah tahu hanya keluar dari Novel Bukit Kepong
sahaja...
- Yang pentingnya jawaban anda mesti memperlihatkan kematangan dan
penghayatan calon terhadap novel tersebut.
Sumber:
http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM
|