KANDUNGAN :
Bil |
Fokus Soalan |
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13 |
Nilai tanggungjawab
Peristiwa berkaitan teknik saspens yang
Kritikan sosial
Watak sampingan
Latar masyarakat
Teknik plot
Peristiwa klimaks
Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
Peristiwa yang disampaikan secara imbas kembali.
Penyelesaian atau bahagian akhir cerita
Nilai kasih sayang
Peristiwa yang mengundang rasa sedih pembaca
Peristiwa yang menarik |
Jawab soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut:
Azfa Hanani karya Hallis Azhan
Mohd Hanafiah
Kembara Amira karya Amer Hamzah
L. Kadir
1.
Berdasarkan novel yang anda pelajari,
huraikan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
tanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan. Buktinya, Azfa
Hanani telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum
Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.
tanggungjawab terhadap
kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani
tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang
“dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.
tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain.
Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku
Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin
Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang
dihadapinya. |
nilai tanggungjawab terhadap kesejahteraan hidup orang
lain.
Contohnya Ludin menunaikan tanggungjawab menjaga anak
saudaranya Itai setelah Tau mengambil keputusan untuk
menyendiri di dalam hutan kerana malu dengan tindakan
isterinya Ipah melarikan diri.
Nilai tanggungjawab terhadap ahli
keluarga dipaparkan melalui
hubungan antara Profesor Zaidah dan Amira. Profesor
Zaidah berasa risau setelah Amira dihanyutkan oleh arus
deras dan apabila Amira menangis kerana risau akan
Jacinta yang pengsan, Profesor Zaidah memeluk dan
membelai Amira untuk menenangkannya.
Tanggungjawab menjaga khazanah alam
dilaksanakan oleh Malique yang telah mencipta virus
sendiri bagi menggagalkan projek mencari emas oleh John
O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
|
2.
Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa berkaitan
teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Peristiwa Pertemuan Azfa
dengan datin Maziah buat kali pertama
Ketika Syafinaz memberitahu
Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia
mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga.
Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin
Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
Peristiwa Azfa dipanggil ke
bilik Pengetua
Azfa yang telah melakukan
kesalahan mencuri buku gelisah apabila dipanggil ke
bilik pengetua. Tambahan pula, pencuri buku di
perpustakaan telah dikenal pasti oleh pihak sekolah.
Pembaca tertanya-tanya tujuan Azfa dipanggil, sama ada
berkaitan dengan buku yang hilang atau sebaliknya.
Peristiwa terbongkarnya
penyamaran Azfa Hanani
Datin Maziah mengetahui
penyamaran Azfa setelah mendengar pergaduhan antara Azfa
dengan anaknya Tengku Muzaffar. Pembaca tertanya-tanya
tentang peristiwa seterusnya yang bakal menimpa Azfa. |
Peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai
Pembaca berasa suspens dengan peristiwa Amira terjatuh
ke dalam sungai setelah tergelincir dari batu yang licin.
Pembaca suspens sama ada Amira selamat atau sebaliknya.
Peristiwa Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau
Amira telah diselamatkan oleh orang asli yang tidak
dikenali. Pembaca dan watak Amira sendiri suspens
apabila diselamatkan oleh dua Orang Asli sama ada mereka
jujur atau sebaliknya.
Kehilangan Jacinta juga satu suspens.
Pembaca dan Amira tertanya-tanya ke masa Jacinta
menghilang.
Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak
Lias ketika menuruni bukit menyebabkan pembaca berasa
suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung yang
dalam?
Gerakan mencari Malique juga satu suspens sama ada
Malique berjaya dijumpai atau sebaliknya dia mengalami
nasib yang sama seperti pemandu lori balak atau pekerja
O’Hara yang hiang.
|
3.
Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda pelajari, nyatakan kritikan sosial yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. (8m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
a. Masyarakat yang
mementingkan darjat.
Tengku Muzaffar menghalang
hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana
menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin.
b. Masyarakat yang buruk
sangka.
Datuk Tengku Makmur menghina
Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya bekerja
menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah.
Beliau telah mencampakkan wang berjumlah RM500.00 kepada
Azfa Hanani sebagai upah.
c. Masyarakat yang
terlalu mengikut perasaan.
Datin Maziah bertindak
mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan
menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberi peluang
kepada Azfa Hanani untuk menjelaskan hal sebenar.
d. Masyarakat yang
mementingkan diri sendiri.
Iskandar mendesak Azfa
Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu
menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan
perbuatan itu dianggap kurang wajar kerana berlaku
pergaulan bebas.
|
a. Sikap ibu bapa yang
terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan
anak.
Profesor Zaidah terlalu
memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk
menjalankan kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus
sehingga anaknya Amira hampir lemas dibawa arus sungai.
Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.
b. Masyarakat yang mudah
percaya kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin membenarkan Johnny
meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin
termakan dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya
Johnny membawa lari Ipah dan Sabi.
c. Masyarakat yang tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah
sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai
kerana mengikut Johnny setelah sekian lama tinggal
bersama-sama masyarakat Orang Asli. Tindakannya ini
menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri
di dalam hutan. |
4.
Watak dalam novel berperanan untuk
menhidupkan penceritaan. Huraikan dua watak sampingan dalam
sebuah novel yang telah anda pelajari. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Datin Maziah
Penyayang
Ibu
yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan
tunggalnya, Tengku Murni
Sukar menerima kenyataan / dugaan hidup
Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku
Murni.
Hidup dalam kesunyian
Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur
bernikah dengan seorang gadis muda |
Profesor Zaidah
tekun
Dia
tekun melakukan kerja cari gali yang dibantu oleh Dr.
Zawawi dan Rosdi sehingga dia tidak memberikan perhatian
yang sewajarnya kepada anaknya Amira. Setiap penemuan
baru akan dianalisis dengan teliti.
Penyayang.
Contohnya Prof. Zaidah sayangkan anaknya Amira. Dia
menyesal kerana tidak memberikan perhatian kepada Amira
selepas Amira diselamatkan daripada lemas oleh Itai dan
Tau
Mudah bekerjasama dengan orang lain
Prof. Zaidah telah bekerjasama dengan Tau untuk mengesan
tempat yang terdapat artifak sejarah berupa lakaran
lukisan prasejarah dan kapak batu dalam sebuah gua batu
kapur
Bertanggungjawab mengekalkan alam semulajadi
Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan
kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar
ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal |
5.
Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda pelajari, gambarkan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.
Cth
: Walaupun Azfa Hanani tidak mampu membeli buku rujukan
namun dia sanggup ‘meminjam’ buku-buku rujukan dari
perpustakaan sekolah untuk membuat ulang kaji.
Masyarakat atasan yang memandang rendah kepada orang
bawahan.
Cth:
Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur memandang rendah
terhadap Azfa Hanani kerana dia miskin dan berasal dari
kampung ketika baru menjejakkan kaki ke banglo mewah
mereka.
Masyarakat yang bertanggungjawab.
Cth
: Pak Long dan Mak Long bertanggungjawab dan sanggup
memelihara Azfa Hanani walaupun mereka banyak mempunyai
anak dan hidup susah.
Masyarakat yang sanggup berkorban.
Cth
: Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai
Tengku Murni demi membantu Datin Maziah yang mengalami
tekanan selepas kematian Tengku Murni.
|
Masyarakat yang penyayang.
Cth
: Amira menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya, Prof.
Zaidah dengan menjaga ibunya selepas terlibat dalam
kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias.
Masyarakat yang komited terhadap tugas.
Cth
: Profesor Zaidah seorang ahli arkeologi yang begitu
tekun ketika menjalankan tugas sehingga pada suatu
ketika dia sedar bahawa dia telah mengabaikan anaknya,
Amira.
Masyarakat pelajar yang suka akan cabaran
-
Setiap kali cuti sekolah, Amira akan menyusul ibunya di
tapak cari gali seperti di Bukit Mat Raya untuk membantu
ibunya menjalankan kerja-kerja arkeologi.
Masyarakat yang materialistik sehingga mengabaikan
kepentingan alam.
Cth
: John O’Hara melakukan kajian untuk memastikan hutan
Bukit Mat Raya mengandungi emas atau sebaliknya tanpa
memikirkan kemungkinan hutan belantara akan pupus akibat
perbuatan menggali emas. |
6.
Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda pelajari, huraikan teknik plot yang digunakan oleh
pengarang. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Imbas kembali
Afza Hanani teringat akan pak
long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.berlaku
semasa Azfa sedang menikmati makanan (ayam) yang menjadi
kesukaan anak-anak Pak Long. Azfa berasa sedih
memikirkan makanan yang dimakan oleh keluarga pak
longnya
Saspens
Ketika Syafinaz memberitahu
Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia
mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga.
Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin
Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama. |
imbas kembali
Peristiwa yang
telah berlaku pada zaman 1950-an yang menjadi punca
kepada konflik dalam diri Tau. menceritakan tentang
Ipah, seorang berketurunan Inggeris boleh berada di
dalam hutan itu. Pesawat yang dipandu oleh Ridley
bersama isterinya Brenda telah terhempas. Anak mereka
Samantha terselamat dan dibesarkan oleh Jidin, bapa
kepada Tau. Anak itu diberi nama Ipah.
teknik kejutan.
peristiwa Amira terkelincir apabila terpijak batu licin
dan jatuh ke dalam sungai berarus deras. Dia hanyut dan
diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kemalangan yang menimpa
Prof. Zaidah dan Pak Lias juga merupakan satu kejutan.
Peristiwa itu membuatkan Prof. Zaidah cedera pada tangan
kiri.
teknik suspens
dalam novel ini.
Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak
Lias ketika menuruni bukit menyebabkan pembaca berasa
suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung yang
dalam?
teknik dialog
melalui dialog antara Itai dengan Amira dan Jacinta
ketika Itai berkunjung ke khemah mereka. Itai datang
untuk melawat Amira dan Jacinta selepas kejadian Amira
lemas dan Jacinta sesat di hutan. Melalui dialog mereka,
pembaca mendapat tahu bahawa Itai seorang pelajar
sekolah di Bandar dan tinggal di asrama. Dia belajar
berburu daripada Pak Cik Tau.
|
7.
Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda pelajari, huraikan peristiwa klimaks yang membawa
kepada penyelesaiaan masalah dakan setiap novel tersebut. (8m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
-
Hanani berpeluang bersemuka dengan Ekran dan mendengar
penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan
Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu.
-
Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa
hubungan Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh
Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan tersebut demi
menjaga nama baik keluarga meraka.
-
Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran antara
mereka.
-
Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui
tentang penyamaran Hanani.
-
Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.
|
Peristiwa kejayaan Amira
mengesan jejak Malique
Semasa di dalam gua itu Amira telah mengesan tapak kaki
yang tidak berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua.
Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung.
Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk
berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka berusaha untuk
membawa Malique turun dari gunung itu.
Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan
mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu
Malique diserahkan kepadanya.
Keengganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan
makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias
berjaya menangkis serangan tersebut.
Ludin sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan
perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan
mereka yang berada di puncak gunung itu |
8.
Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda pelajari, jelaskan cabaran yang dihadapi oleh watak
utama dan cara watak tersebut menghadapi cabaran tersebut. (8m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
cabaran semasa mencari orang hilang.
Amira yang begitu risau dengan kehilangan Malique telah
meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Dia sanggup
menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang.
Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan
petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua
Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah
berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat
sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya.
Penyelesaian – meminta bantuan Pak Lias dan Roslan untuk
mencari lelaki itu.
cabaran untuk menghadapi hukum adat
masyarakat Orang Asli.
Hal
ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan
ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan
Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli.
Penyelesaian – mengikut nasihat Itai agar mereka
menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan atas
mereka.
cabaran ketika hampir lemas di sungai.
Amira telah terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras
semasa menunggu Malique. Nasibnya baik apabila
diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang
baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah yang
menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau |
cabaran dalam menjalani cara hidup yang
baharu.
Hal
ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar
sebagai Tengku Murni. Cara penyelesaian, dia terpaksa
mempelajari segala perwatakan dan gerak-geri Tengku
Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah
bahawa dirinya ialah Tengku Murni.
cabaran bagi meneruskan pelajaran.
Azfa
Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan
memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya
sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan.
Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30
kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan
ilmu.
Sara
penyelesaian – menerima tawaran untuk menyamar sebagai
Tengku Murni
cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah
baharu.
Azfa
Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour
yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku
Murni. Cara penyelesaian - dia tetap bersikap tenang
dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan
dirinya.
|
9.
Berdasarkan novel yang telah anda
kaji, jelaskan dua peristiwa yang disampaikan secara imbas
kembali. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Peristiwa penangkapan pencuri buku di pusat sumber
Azfa
teringat kembali berita yang disampaikan oleh Nordin,
bahawa bukan dia yang dituduh sebagai pencuri buku,
sebaliknya pencuri buku yang telah ditangkap ialah
pelajar lelaki yang tinggal di asrama.
Ingatannya terhadap keluarga pak long
Azfa
teringat kembali sikap anak-anak pak long yang akan
berebut-rebut apabila sesekali mak long menggoreng ayam.
Sepupunya yang kecil akan meratah ayam goreng dengan
berselera sekali. |
Peristiwa pesawat yang dipandu Ridley terhempas.
Imbas kembali peristiwa yang menyebabkan Ipah berada di
hutan/perkempungan orang asli. Ridley dan isterinya
meninggal, hanya Samantha (Ipah) yang terselamat dan
dipelihara oleh Jidin, bapa Tau.
Tau
teringat kembali peristiwa dia ditinggalkan oleh Ipah.
Ketika itu dia sedang memerhatikan desa karpus. Dia
teringatkan perkahwinannya dengan Ipah. Ipah melarikan
diri dengan seorang lelaki bersama-sama anak lelaki
mereka, iaitu Sabi. Ekoran itu, Tau mula mengasingkan
dirinya kerana malu kepada masyarakatnya.
|
10.
Berdasarkan novel yang telah anda
pelajari, terangkan penyelesaian/ peleraian atau bahagian
akhir cerita dalam novel tersebut. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
➥
Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani.
Mereka memberitahukan rahsia bahawa merekalah yang
menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian
ibu dan bapa Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus
dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada Hanani.
Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah.
Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi.
➥
Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan
sebanyak RM16 655.00.
➥
Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang
membonceng motosikal itu cedera parah.
➥
Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar
sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai.
➥
Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang
keluarga Ekran yang sebenarnya. |
peristiwa Malique yang berjaya menggagalkan usaha cari
gali emas di hutan kediaman masyarakat orang Asli dengan
mencipta virusnya sendiri.
Peristiwa rahsia makhluk berbulu yang terbongkar telah
menjelaskan segala-galanya tentang siapa Malique dan
hubungannya dengan Tau. Tau terpaksa menyembunyikan
Malique kerana dia tidak ingin lagi kehilangan anak yang
dirinduinya itu.
Amira, Jacinta, Itai dan Malique sedang membina kejayaan
dalam bidang masing-masing. |
11.
Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda kaji, huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat
dalam novel yang telah anda kaji. (8m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Kasih sayang terhadap keluarga
-
Azfa Hanani menyayangi keluarga pak long. Dia sanggup
menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni kerana
ingin membantu keluarga pak long.
-
Pak long dan keluarganya menyayangi Azfa Hanani – mereka
telah menjaga dan membesarkan Azfa
Hanani dengan penuh kasih sayang walaupun miskin.
Kasih sayang anak terhadap ibu bapa
-
Kasih sayang anak-anak Datin Maziah terhadapnya .
Anak-anak Datin Maziah seperti Tengku Mazran,Kak
Finaz (menantu), Tengku Muzaffar sanggup bersusah payah
menyelamatkan ibunya daripada menghadapi tekanan jiwa.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
-
Datin Maziah menyayangi anaknya Tengku Murni – Datin
Maziah amat menyayangi anaknya Tengku Murni dan hampir
gila apabila kehilangan anaknya itu.
|
Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya
-
Porfesor Zaidah yang sayang akan anaknya sehingga
sanggup meninggalkan tapak arkeologi kerana ingin
mencari Amira yang telah ke Gunung Gua Gajah untuk
menyelamatkan Malique.
Persoalan kasih sayang suami terhadap isteri
-
Tau terlalu sayang akan isterinya Ipah sehingga
mengalami tekanan perasaan setelah isterinya melarikan
diri dan membawa anak mereka Sabi.
Persoalan kasih sayang bapa terhadap anak kandung
-
Tau berjaya mendidik Itai sehingga mampu memikul tugas
sebagai Tuk Batin. Tau juga melarikan dan
menyembunyikan Malique kerana yakin Malique ialah
anaknya Sabi yang dibawa lari oleh isterinya.
|
12.
Pembaca turut berasa sedih dan
mungkin mengeluarkan air mata apabila membaca sebuah novel.
Huraikan dua peristiwa yang mengundang rasa sedih pembaca dalam
novel yang anda kaji. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Peristiwa
Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah
yang baru untuk Azfa Hanani. Menyediahkan kerana
kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai
pakaian sekolah yang lama.
Azfa Hanani menolak
jawatan pengawas kerana
tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah.
Menyedihkan kerana Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan
Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal
harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula
menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.
Peristiwa
kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang
menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat
kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar
melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di
tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan
melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis
lalu menyusukannya di tempat kejadian.
Peristiwa
Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia
penyamarannya terbongkar.
Semasa Azfa Hanani
bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah
mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui
penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa
Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah
Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila
dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni.
|
Peristiwa
masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan
kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.
Kehadiran Samantha yang
berambut perang dan bermata biru dianggap pelik.
Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah
kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada
cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya
Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa
berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan
tindakannya.
Peristiwa
Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana
ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin
lalu dihanyutkan oleh arus sungai.
Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang
dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang
dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air
Terjun Angin. Peristiwa ini menyedihkan kerana
menonjolkan hubungan setiakawan antara dua orang sahabat
Peristiwa Profesor Zaidah kemalangan
mengakui kesibukannya dalam kerja menyebabkan
perhatian terhadap anak gadisnya terabai
Dalam peristiwa ini Profesor Zaidah telah memeluk Amira
dan Jacinta sambil bertangis-tangisan. Peristiwa ini
menyedihkan kerana sebagai seorang ibu, Profesor Zaidah
sanggup merendah diri dann mengakui kesilapannya
sehingga mengabaikan anak gadisnya Amira
|
13.
Jelaskan peristiwa yang menarik
berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
AZFA HANANI |
KEMBARA AMIRA |
Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan
Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa tidak perlu risau
lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran
dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk
membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang
lumpuh.
Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk
membonceng motosikal berkuasa tingginya.
-Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang gadis
yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula dia
tidak mengenali Iskandar.
Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke
sekolah dengan menaiki bas sejauh 30 km sehari.
-Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang
gigih dan tabah menuntut ilmu |
Peristiwa Amira
memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.
-Peristiwa ini menarik
kerana menunjukkan Amira jujur dan ikhlas. Dia telah
memulangkan seketul emas yang diambil dari sungai kepada
Ludin kerana dia tidak mahu penduduk kampung maragui
Itai
Peristiwa Amira
tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut.
-Peristiwa ini menarik
kerana menunjukkan kebaikan Orang Asli Suku Semai
menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
Peristiwa Amira menemui
‘mobile disk’ di lantai gua.
-Peristiwa ini menarik
kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan
penemuan ‘mobile disk’ ini dapat membantu memberitahu
mereka kedudukan Malique.
|