KOLEKSI SOALAN BMSPM - NOVEL (2001-2009)
TAHUN 2001 (N)
4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang
mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda
pelajar ?
4b Huraikan empat persoalan yang
terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.
TAHUN 2002 (J)
4a Tulis sinopsis novel yang telah
anda pelajari.
4b Huraikan empat nilai murni yang
terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.
TAHUN 2002 (N)
4a Jelaskan tema novel yang telah anda
pelajari
4b Huraikan latar masyarakat dalam
novel yang telah anda pelajari
TAHUN 2003 (J)
4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah
novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan
klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa
kepada kesudahan cerita.
4b Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel
yang telah anda pelajari.
TAHUN 2003 (N)
4a Kegigihan merupakan salah satu
persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Buktikan
pernyataan tersebut.
4b Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari
TAHUN 2004 (J)
4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan
pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.
4b Huraikan empat pengajaran daripada
novel yang telah anda pelajari
TAHUN 2004 (N)
4a Huraikan tiga nilai kasih sayang
yang terdapat dalam novel yang anda kaji
4b Konflik merupakan perkara yang
menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca,
jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.
TAHUN 2005 (J)
4a Watak sampingan turut memainkan peranan penting
dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari,
huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan
tersebut.
4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca
melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan
tiga peristiwa yang dapat anda teladan
berdasarkan novel yang anda pelajari.
TAHUN 2005 (N)
4a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan
dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik
dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat
demikian?
4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari,
bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.
TAHUN 2006 (J)
4a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam
sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan
pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda
telah kaji.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji,
jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel
tersebut.
TAHUN 2006 (N)
4a Huraikan pengajaran yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
4b Berdasarkan dua buah novel yang
anda telah kaji, jelaskan satu persoalan daripada
setiap novel tersebut.
TAHUN 2007 (J)
4a Nilai setia kawan sering dipaparkan
dalam sesebuah novel.
Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan tema dalam setiap novel itu.
TAHUN 2007 (N)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
persoalan maruah.
4b Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel
menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.
TAHUN 2008 (J)
4a Pemilihan tajuk sesebuah novel
dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda
kaji.
4b Berdasarkan dua novel yang telah
anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam
setiap novel.
TAHUN 2008 (N)
4a Bahagian permulaan sebuah novel
memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian
permulaan novel itu menarik minat anda.
4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan
perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua
buah novel yang anda pelajari.
TAHUN 2009 (J)
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan
terhadap perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua
peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,
huraikan satu latar masa dalam setiap novel.
TAHUN 2009 (N)
4a Ketabahan watak utama dalam
sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang
dapat membuktikan pernyataan di atas.
4b Berdasarkan dua buah novel yang
telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang
yang terdapat dalam setiap novel.
Sumber:
http://twoohiok.wordpress.com/2010/04/10/analisis-soalan-novel-bahasa-malaysia-spm/
dan
http://bm2pgt.blogspot.com |