Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

 

TEMA & PERSOALAN NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Kelolaan :

 

Pn.Salma Bt Che Hassan

Guru Bahasa Melayu SPM

SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan

 

(Pelajar-pelajar diingatkan agar membaca dahulu keseluruhan novel ini sebelum meneliti peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam web ini.Hal ini akan lebih membantu calon terutama untuk menjawabkertas1103/2  soalan nombor empat )

 

 

TEMA

 

Novel ini memaparkan semangat cinta akan tanah air  atau semangat kebangsaan atau semangat perjuangan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah . Pengarang berharap, melalui penghasilan karya ini , dapat menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab sebenar dalam usaha mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh bangsa asing .

Semangat cinta akan tanah air ini dapat dilihat menerusi watak-watak yang ditonjolkan oleh pengarang dalam novel ini sama ada melalui watak utama , ataupun watak- watak sampingan.

Contoh:

1.     Melalui watak utama iaitu Ratu Bongsu, yang enggan menyerahkan puncak gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun ditawar dengan beberapa ganjaran yang menarik dan lumayan. Ratu Bongsu dan Kusina (pengikutnya) sama-sama berusaha mempertahankan puncak gunung tersebut daripada ditawan oleh orang Inggeris.

2.     Pengarang memaparkan sikap benci dan antiInggeris dengan mempermainkan dan memperbodohkan watak Tuan William dan Tuan Robert  _  (Talui nama-nama pejuang Melayu yang disebut oleh pengarang dalam novel ini iaitu auan Robert tergila-gilakan  perempuan Sakai dan akhirnya mati terjatuh dari pokok kelapa.

3.     Pengarang mendedahkan sikap buruk penjajah melaui watak Tuan William  dan Tuan Robert yang tamak, bongkak  dan memandang rendah terhadap orang Melayu.

4.     Pengarang juga menyebut tentang perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah dalam usaha untuk menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

 

(Pelajar-pelajar, sila bincangkan  lebih lanjut tema ini dengan guru masing-masing )

 

 

PERSOALAN

 

1.Pengaruh barat yang membawa kesan buruk kepada masyarakat.

 

(Orang Melayu bergaul bebas lelaki dan perempuan sehingga ada yang mengandung tanpa nikah.

 

2.Pendirian tegas dan tidak mementingkan diri sendiri.

 

(Perempuan tua dan Ratu Bongsu tidak terpengaruh dengan kekayaan yang ditawarkan oleh orang Inggeris sebagai ganjaran penukaran hak milik gunung Tahan kepada orang Inggeris)

 

3. Persoalan tentang sikap bongkak dan tamak orang Inggeris  yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

 

(Sikap Tuan Robert dan Tuan William yang tamak dan bercakap angkuh iaitu membangga-banggakan bangsanya tetapi merendah-rendahkan bangsa Melayu menyebabkan mereka terkorban .Hasrat untuk mendapatkan puncak gunung Tahan akhirnya gagal.)

 

 Sumber: http://www.scribd.com/doc/5384679/FOLIO-PUTERA-GUNUNG-TAHAN

 

© BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama