Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                      

 

 VIRUS ZEL UNTUK ABAH


SINOPSIS

Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.

Soalan KBKK

S1. Jika anda ialah Zel, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat perceraian ibu bapa?

Jawapan : Skop berlainan
1. Mendekatkan diri kepada Tuhan - banyak berwirid, mengaji, mendalami ilmu agama
2. Mencari teman untuk berkongsi masalah - kaunselor/ ustaz/ rakan sebaya
3. Melakukan aktiviti berfaedah - sukan dan rekreasi/ melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan/kerja amal
4. Bersikap positif terhadap ujian yang menimpanya - reda kepada ketentuan Ilahi/ kuatkan semangat

S2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk membantu golongan ibu tunggal ?

Jawaban - skop berlainan

1. Mencadangkan mereka menubuhkan persatuan bagi membela nasib ibu tunggal.
2. Memberi bantuan elaun khas bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ibu tunggal
3. Membuka peluang perniagaan yang lebih banyak kepada golongan ini
4. Menghantar mereka menjalani kursus untuk meningkatkan "nilai tambah" kepada diri.

S3. Pada pendapat anda, mengapakah bidang ICT sangat penting pada masa kini?

Jawaban : skop berlainan

1. Menyimpan data berkaitan perniagaan dengan cara sistematik dan selamat
2. Mempromosi perniagaan dengan cara efisien melalui laman web dan blog
3. Memperoleh maklumat yang cepat dan berguna untuk menggerakkan perniagaan
4. Mereka bentuk dan membuat inovasi produk melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan yangbersumberkan perisian dan perkakasan komputer

S4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dicadangkan untuk merapatkan semula hubunganantara Zel dengan mama dan papanya?

Jawaban : skop berlainan
1. Saling menghubungi melalui kecanggihan ICT - telefon bimbit, e-mel, sidang video
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama - contoh : melancong
3. Bersikap positif dan berprasangka baik antara satu sama lain - elakkan pergaduhan, guna kata-kata kesat
4. Saling bertukar hadiah dan ucapan pada hari-hari yang bernostalgia seperti hari lahir, ulang tahunperkahwinan

Sumber: http://klikbm.blogspot.com/

 

 

© BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama