Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

PEMBERITAHUAN

 

  1. Laman web ini ialah laman web percuma untuk para pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu 1103/1/2/3.

  2. Mula dibina pada Oktober 1998 di www.geocities.com/ikaz2/bmspm.html di bawah judul Bahasa Melayu SPM. (Rujuk sejarah di http://web.archive.org/web/2019*/www.geocities.com/ikaz2/bmspm.html )

  3. Berpindah ke server baru di www.bmspm.net pada Januari 2006. Mulai Ogos 2007, diberi judul baru Bahasa Malaysia SPM selaras dengan dasar kerajaan pada ketika itu. Kini menggunakan URL sebagai judul baru.

  4. Disusun dan diolah sepenuhnya mengikut Sukatan Pelajaran terkini yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  5. Semua bahan sumber yang disediakan ialah atas usaha atau hak milik webmaster kecuali dinyatakan sumbernya.

  6. Bahan-bahan sumber yang diambil sebahagiannya daripada buku-buku teks, rujukan, rencana akhbar, laman web atau sumber-sumber lain telah dan akan dinyatakan sumber rujukan dan cara mendapatkannya di pasaran.

  7. Secara tidak langsung, bahan-bahan itu menjadi promosi percuma kepada penerbit dan penulis asal bahan-bahan itu. Webmaster tidak mendapat apa-apa manfaat kewangan daripada usaha promosi yang dibuat secara ikhlas itu.

  8. Iklan-iklan yang telah, sedang atau akan dipaparkan, mengenakan caj minimum untuk membantu urusan pengendalian laman web ini semata-mata, bukannya bertujuan komersial kerana pelawat tidak dikenakan sebarang caj untuk melayari laman web ini.

  9. Sebarang sumbangan guru atau pelajar hendaklah yang asli atau mendapat kebenaran daripada pemilik hak ciptanya. Webmaster tidak akan bertanggungjawab jika bahan-bahan sumbangan pihak luar itu melanggar hak cipta.

  10. Sebarang bahan sumber daripada laman web itu hendaklah digunakan untuk tujuan persendirian atau berkumpulan sahaja. Ia tidak boleh diperdagangkan dalam apa cara sekalipun.

  11. Webmaster tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan bahan-bahan sumber daripada laman web ini dengan apa-apa cara yang melanggar undang-undang oleh mana-mana pihak.

  12. Webmaster juga tidak akan bertanggungjawab jika sebarang pautan yang disediakan menjurus kepada bahan-bahan yang tidak berkaitan atau yang melanggar undang-undang.

  13. Webmaster tidak melarang mana-mana pihak yang ingin membuat pautan ke laman web ini di laman web mereka tetapi hendaklah diberitahu kepada webmaster untuk tujuan rekod webmaster. Sebarang pautan hendaklah bukan untuk tujuan perdagangan.

  14. Sekiranya anda bersetuju dengan segala syarat di atas, anda dibenar melayari laman web ini. Jika tidak, anda dinasihatkan keluar daripada laman web ini.

  15. Laman web ini dikendalikan sepenuhnya secara freelance oleh webmaster. Tiada kaitan secara langsung dengan mana-mana institusi.

  16. Sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan laman web ini hendaklah dikemukakan kepada webmaster. 

Webmaster laman web Bahasa Melayu SPM
Mohd. Zaki Hj. Awang Mat

© BMSPM 1998-2021. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan.

Ke Menu Utama