BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2
SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)
STRATEGI MERUMUS KARANGAN
PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan
teliti kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran
dan
cara-cara memupuk semangat kejiranan.
Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kemakmuran
sesebuah negara amat bergantung pada
kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap
lapisan masyarakat. Hubungan yang erat
antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri
masyarakat yang berkualiti. Semngat
kejiranan dapat memainkan peranan yang amat
penting dalam menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni.
Jiran ialah
orang yang tinggal paling hampir dengan
tempat kediaman kita. Segala perkara yang
berlaku pada diri kita terlbih dahulu
diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran
merupakan orang yang paling mudah memberikan
petolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak berwajib atau
sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar
belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan
budaya akan memberikan manfaat yangbbesar
kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita
kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran
yang sepakat dan bersatu padu mampu
menjamin keselamatan setempat daripada
sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara
yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah
dengan semangat kerjasama dan keprihatinan
sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat,
penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah
dapat dibendung jika jiran memainkan peranan
dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada
pihak berkuasa. Kita perlu bertindak
sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli
keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu
yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan
payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup
dalam suasana bekerjasama dan mengambil
berat antara satu sama lain sudah semestinya
dapat menjana program yang menyumbang
kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia
kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap
sesama jiran.
Perpaduan ialah
kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui
hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik
ialah jiran yang berjaya memupuk semangat
tolenrasi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada
perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya,
jelaslah kepada kita betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
Hanya negara yang makmur dan sejahtera
sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa
akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan
daripada Kejiranan,
Cara Kekalkan
Hubungan Baik,
oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)
A:
STRATEGI
MENGHASILKAN ISI TERSURAT
STRATEGI 1:
Baca dan fahamkan
petikan rumusan yang diberi
sekurang-kurangnya 2 kali,
- Bacaan kali pertama untuk dapatkan
gambaran keseluruhan petikan.
(masa
dicadangkan 2 minit)
-
Bacaan kali
kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa
dicadangkan 5 minit)
STRATEGI 2:
Tentukan kata tugas
dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan
gariskan
perkataan-perkataan
tersebut.
-
Fokus 1 = Isi tersurat
-
Fokus 2 = Isi tersirat
Sebagai contoh dalam petikan
contoh 1 Fokus 1 iaitu
faedah-faedah hidup berjiran
merupakan fokus untuk isi tersurat manakala
Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk
semangat kejiranan pula merupakan
fokus untuk isi tersirat.
CONTOH 1
Baca petikan di bawah
dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang
faedah-faedah hidup berjiran
[ISI TERSURAT] dan
cara-cara memupuk
semangat kejiranan.
[ISI TERSIRAT]
Panjang rumusan hendaklah
tidak
melebihi 120 patah perkataan.
STRATEGI 3:
Baca perenggan 1 petikan yang
diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi
tersurat
untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Kemakmuran sesebuah
negara amat bergantung pada kemamtapan dan
keutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran
dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat
yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat
memainkan peranan yang amat penting dalam
(menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni). [ISI
1]
Baca perenggan 2 petikan
yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi
tersurat
untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Jiran ialah orang yang
tinggal paling hampir dengan tempat kediaman
kita. Segala perkara yang berlaku pada diri
kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling
(mudah memberikan pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana) [ISI 2].
Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak berwajib atau
sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar
belakang) pekerjaan, pendidikan, agama
dan budaya akan (memberikan manfaat yang
besar kepada kita) [ISI 3]. Hal
ini kerana (mereka memiliki pengetahuan
dan kemahiran yang boleh kita kongsi
bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2]
Di samping itu, jiran yang sepakat dan
bersatu padu (mampu menjamin keselamatan
setempat) [ISI 4] daripada
sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang
diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi
tersurat
untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
(Segala perkara
yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)
[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan
keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial)
seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan
kes-kes jenayah (dapat dibendung)
[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan
mengambil inisiatif melaporkannya kepada
pihak berkuasa. Kita perlu bertindak
sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli
keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu
yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan
payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup
dalam suasana bekerjasama dan mengambil
berat antara satu sama lain sudah semestinya
(dapat menjana program yang menyumbang
kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI
7] Rahsia kejayaan program ini terletak
pada persepakatan dan persefahaman yang
mantap sesama jiran.
Baca perenggan 4 petikan
yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi
tersurat
untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Perpaduan ialah
kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai. (Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran).
[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang
berjaya (memupuk semangat toleransi,
saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka). [ISI
9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada
perbalahan dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan
yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi
tersurat
untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Kesimpulannya,
jelaslah kepada kita betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam (menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara) [ISI 10] Hanya negara
yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan
dapat meneruskan agenda pembangunan yang
lebih gemilang pada masa akan datang.
STRATEGI 4:
Senaraikan Fokus 1
(isi-isi tersurat) yang terdapat dalam
petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.
Isi-isi Tersurat :
faedah-faedah hidup berjiran
- Dapat
menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni [ 8 ]
- Mudah
memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana. [ 8 ]
- Jiran
yang berbeza latar belakang memberikan
manfaat yang besar kepada
kita. [ 11
]
Atau
-
Dapat
berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka [ 8 ]
- Mampu
menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
- Dapat
mencegah perkara yang mencemarkan
keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
- Gejala
sosial dapat dibendung. [4 ]
- Dapat
menjana program yang menyumbang kabijakan
kepada masyarakat
setempat. [ 9 ]
-
Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
-
Memupuk semangat toleransi, saling
mempercayai dan mengamalkan
perkongsian
pintar sesama mereka. [ 11 ]
-
Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. [ 6 ]
STRATEGI 5:
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi
sebuah perenggan yang lengkap.
PERINGATAN:
-
Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh
itu anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi kerana jumlah
perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk
fokus 1 ialah 60 – 65 patah
perkataan.
-
Anda
perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam
ayat pertama
perenggan isi tersurat.
CONTOH:
Antara faedah
hidup berjiran ialah dapat menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Selain mudah memberikan pertolongan pada
saat kita ditimpa bencana, kita dapat
berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu
menjamin keselamatan setempat, dapat
membendung gejala sosial serta melahirkan
perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]
B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI
TERSIRAT
STRATEGI:
-
Isi tersirat dibina
berdasarkan Fokus 2 soalan.
Isi ini tidak terdapat
dalam
petikan
yang diberikan. Contoh dalam
Petikan 1 Fokus 2 ialah:
cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina
melalui tafsiran dan analisis yang mendalam
berdasarkan
isi tersurat dan Fokus 2
dalam arahan soalan.
-
Binalah perenggan isi
tersirat dengan memasukkan
sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
-
Kata tugas untuk Fokus 2
perlu dimasukkan dalam ayat pertama
perenggan
isi tersirat.
STRATEGI 1:
Kenal pasti dan senaraikan
isi tersirat berdasarkan fokus 2
iaitu cara-cara
memupuk semangat
kejiranan.
CONTOH :
-
Mengadakan majlis gotong
royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia
memberi pertolongan / tolong
menolong [ konsep: bekerjasama ]
-
Mengadakan rumah terbuka /
majlis keraian / ziarah menziarahi /
perihatin
atau ambil berat hal ehwal
jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan
kejiranan / bertegur sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak
formal ]
-
Membuat rondaan bersama pada
waktu malam / rukun tetangga.
-
Mengadakan tabung kebajikan /
kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.
- Mengadakan jawatankuasa
kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun
tetangga / persatuan belia /
JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]
-
Mengadakan hari keluarga /
sukaneka / riadah / pertandingan
-
Mengikis sikap negatif dalam
diri individu / jangan mementingkan diri /
tidak
sombong / berbaik sangka
dengan jiran .
STRATEGI 2:
Membina perenggan isi
tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI
TERSIRAT
Antara cara
memupuk semangat kejiranan ialah dengan
mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat.
Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga
mampu memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]
C : STRATEGI MENGHASILKAN
PENDAHULUAN RUMUSAN
STRATEGI :
- Fahami
maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
- Kenal
pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana
berdasarkan Fokus 1 itulah
penfahuluan
rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda
perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat
yang anda bina itu
menjadi
ayat anda sendiri.
- Tulis
pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
-
Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan
membincangkan /
membicarakan …….
CONTOH PENDAHULUAN:
Fokus 1 :
Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahuluan:
Petikan membincangkan
peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat
di
negara kita.
atau
Petikan membincangkan
kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat
/ hidup
berjiran dalam masyarakat
D : STRATEGI MENGHASILKAN
KESIMPULAN RUMUSAN
- Kaji
semula fokus soalan sama ada Fokus 1
dan Fokus 2.
-
Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan
fokus soalan tersebut.
-
Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda
terhadap fokus tersebut
berserta
kesan atau akibat cadangan / harapan
tersebut.
- Anda
juga perlu menghubungkan antara cadangan /
harapan dengan kesan
atau akibat
cadangan dengan menggunakan kata hubung,
‘agar, supaya,
demi’.
-
Gunakan penanda wacana atau rangkai kata,
frasa yang menunjukkan
bahawa ayat
tersebut merupakan ayat kesimpulan.
-
Contoh :
Kesimpulannya, ….Justeru, …
CONTOH KESIMPULAN:
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai
jiran agar kehidupan yang
sejahtera
dapat diwujudkan
Atau
Justeru,
semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab
mereka dalam
masyarakat
dengan berkesan agar sebuah komuniti yang
sejahtera dapat
diwujudkan.
CONTOH PETIKAN RUMUSAN
YANG LENGKAP
Petikan membincangkan
kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah
masyarakat.
Antara
faedah hidup berjiran ialah dapat menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Selain mudah memberikan pertolongan pada
saat kita ditimpa bencana, kita dapat
berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu
menjamin keselamatan setempat, serta dapat
membendung gejala sosial dan melahirkan
perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga
dapat mencegah perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Antara
cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan
mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat.
Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga
mampu memupuk semangat kejiranan.
Kesimpulannya,
semua pihak perlu menghargai jiran agar
kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
|