-
-
JENIS KARANGAN
BERFORMAT
- Wawancara/dialog/temuramah
- Berita
- Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
- Surat kiriman biasa/rasmi
- Laporan aktiviti/minit mesyuarat
- Perbahasan
JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT
- Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
- Deskriptif/cereka
- Peribahasa/cogan kata
PEMILIHAN TAJUK
- Mengikut format baru 2004, terdapat 5
tajuk dikemukakan untuk pilihan.
- Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan
KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis.
- Semua tajuk itu meliputi
perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan
ekonomi.
- Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa
terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu
diberikan perhatian.
- Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh
dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang
berformat atau tidak.
- Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
- Hal ini mungkin kerana jenis-jenis
tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis
surat contohnya.
- Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai
format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan
untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.
- Pilih tajuk yang dapat dikemukakan
lebih daripada 4 isi utama.
- Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal
ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.
- Oleh sebab markah bahasa paling
tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan
bahasa yang cemerlang:
- Memuaskan dan lancar;
- Tiada kesalahan tatabahasa;
- Mengandungi pelbagai jenis ayat;
- Kosa kata yang sangat luas dan
tepat penggunaannya; dan
- Penggunaan tanda baca yang betul
dan tepat.
SUMBANG SARAN KENDIRI
SEMASA MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN
- Sumbang saran kendiri yang
dimaksudkan ialah proses mencatatkan apa sahaja isi yang
terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi
utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat
aliran fikiran.
- Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja
apa yang terlintas di kepala anda!
- Hanya pelajar yang cukup terlatih
dapat berbuat begitu dan untuk menjadi terlatih anda perlu
selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
- Setelah isi ditulis, barulah
difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa
dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu
dan utuh.
PENULISAN PENDAHULUAN
- Pendahuluan perlu ditulis mengikut
jenis karangan.
- Karangan berformat harus mengikut
format yang betul seperti yang telah dipelajari.
- Karangan jenis perbincangan dan
seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan
sahaja.
- Ia harus menarik dan boleh
menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.
- Jika perlu, pendahuluan yang berciri
provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.
- Jangan masukkan isi dalam perenggan
pendahuluan.
PENULISAN ISI
- Untuk semua jenis karangan, jumlah
isi minimum yang diterima ialah 3.
- Walau bagaimanapun, disarankan anda
menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.
- Setiap isi utama harus diikuti oleh
isi sokongan, huraian dan contoh.
- Isi sokongan mungkin 1 atau 2
mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.
- Pastikan setiap isi ditulis dalam
satu perenggan.
- Gunakan penanda wacana yang
bersesuaian pada permulaan perenggan supaya kelihatan
berkaitan dengan perenggan sebelumnya.
- Susun isi mengikut urutan peristiwa
dan urutan kepentingan.
PENULISAN
KESIMPULAN
- AMAT PENTING! Semak karangan anda
sebelum tulis kesimpulan supaya tiada isi penting yang
tertinggal.
- Setelah pasti, barulah tulis
perenggan pendahuluan.
- Kesimpulan juga harus mengikut jenis
karangan.
- Pastikan ia ditulis dalam 1
perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
- Kesimpulan harus merupakan rumusan
kepada isi karangan secara keseluruhan.
- Ia mungkin merupakan penegasan atau
cadangan terhadap fokus soalan.
- Jika ingin memberikan pendapat,
pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus
soalan.
|