Gerbang Maklumat BMSPM  Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

TEMA/TAJUK FOKUS BMSPM
PILIHAN GCBM CIKGU GHALIB YUNUS
KERTAS 1
 
 


BM Kertas 1
 

Bahagian A
Punca-punca amalan gotong-royong semakin dipinggirkan oleh masyarakat.
 

Bahagian B

1. Pengalaman mengikuti sesuatu aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan sesuatu yang sukar dilupakan. Anda telah mengikuti aktiviti tersebut. Nyatakan aktiviti tetsebut dan ceritakan penngalaman menarik yang telah anda lalui.
 

2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu kejayaan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran selain pihak sekolah, guru dan rakan-rakan mereka.
Bincangkan penyataan ini.
 

3. Pengangguran dalam kalangan siswazah akan menjejaskan kemajuan negara.
Bincangkanusaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar penganguran dalam kalangan siswazah.
 

4. Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Tajuk syarahan tersebut ialah 'Kehadiran pekerja asing di negara kita membawa kesan positif dan negatif kepada negara dari segi ekonomi.'
Sediakan teks syarahan tesebut selengkapnya.
 

5. Pantun di.bawah merupakan warisan.bangsa yang dibawa turun-temurun kepada generasi hari.ini.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan dalam hati.
Dengan berdasarkan maksud pantun di atas, huraikan sebab-sebab masyarakat dahulu sering mengamalkan sikap saling memaafkan dalam kehidupan.
 

(Sumber: Abdul Ghalib Yunus)

 

 
 
 

Ke Menu Utama

BMSPM 1998-2016. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan.