TAHUN |
SOALAN |
2004 (N) |
Golongan remaja merupakan aset
penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka
bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi
tenaga yang memajukan negara dan menjaga
kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan,
bincangkan peranan anda untuk mencapai
ketiga-tiga hasrat tersebut
|
2005 (J) |
Pelbagai cabaran perlu anda
hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut
serta langkah-langkah yang perlu anda ambil
untuk mengatasinya.
|
2005 (N) |
Remaja memang suka mengikut trend
semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian.
Trend ini akan mempengaruhi
budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan
datang.
Ulas pernyataan di atas
|
2006 (J) |
Anda mengambil bahagian dalam
pertandingan syarahan di peringkat daerah
sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan
anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda
selengkapnya
|
2006 (N) |
Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada
masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang anda
peroleh dengan menguasai kemahiran ICT
|
2007 (J) |
Setiap individu perlu mengamalkan
sifat berjimat-cermat.
Huraikan cara-cara anda
melaksanakan amalan ini.
|
2007 (N) |
Anda mengambil bahagian dalam
pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk
Rakyat Berkualiti ’
Sediakan teks syarahan itu
selengkapnya.
|
2008 (J) |
Kitar semula merupakan satu
daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan
kitar semula
|
2008 (N) |
Sebagai setiausaha sidang redaksi
majalah sekolah, anda ditugaskan untuk
menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah
Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya |