DIMENSI KELUARGA
TAHUN
SOALAN
2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan
syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia
Penjana Masyarakat Harmoni ”
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan
institusi keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan
kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya
bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan
sahsiah anak-anak.
2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri
sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap
manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya.
Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan
ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka
bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan
dan jiran mengunjungi majlis tersebut.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak
membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari
seminggu
2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin
kebahagiaan sesebuah keluarga.
Bincangkan.
2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang
terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda
sekeluarga.
Sumber:
http://galusbm1.blogspot.com
|