TAHUN |
SOALAN |
2004 (N) |
Masyarakat Malaysia masih kurang
memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat
dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara
maju.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.
|
2005 (J) |
Sastera tradisional seperti pantun,
syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang
diminati.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
mempopularkan sastera tradisional ini.
|
2005 (N) |
”Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat
diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut,
tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam
kehidupan masyarakat majmuk.
|
2006 (J) |
Remaja kini kurang berminat untuk membaca
karya yang bertemakan semangat patriotik.
Berikan saranan anda bagaimana untuk
menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang
bertemakan semangat patriotik.
|
2006 (N) |
Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya
sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam
kalangan pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan
tersebut.
|
2007 (J) |
Pembacaan karya-karya sastera dapat
meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan
karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri
murid.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan
di atas.
|
2007 (N) |
Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang
berakhir dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku
lakukan selama ini
memang salah !
Haris : Syukurlah, engkau telah sedar!
Masih belum terlambat
untuk engkau kembali ke pangkal jalan
|
2008 (J) |
Peribahasa "Belakang parang pun jikalau
diasah nescaya tajam" membawa maksud bahawa orang yang
kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga
akhirnya.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud
peribahasa di atas. |
2008 (N) |
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting
dalam kehidupan manusia.
Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam
masyarakat. |
Sumber:
http://galusbm1.blogspot.com
|