Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998 |
|
* CONTOH JAWAPAN KERTAS BMSPM JUN 2009 |
|
Contoh Jawaban Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa SPM JUN 2009 Disediakan oleh Cikgu Ghalib
Jawaban Soalan 3(a) Membina Ayat daripada frasa:
(i) Cerpen tersebut banyak menerapkan nilai murni kepada pembaca seperti nilai kerjasama, kasih sayang, dan sebagainya. (ii) Sebagai ketua, kita mestilah pandai untuk menggunakan budi bicara bagi menyelesaikan sesuatu masalah. (iii) Penduduk di negara kita terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, dan sebagainya. (iv) Dalam era globalisasi ini, pelbagai masalah sosial telah melanda remaja negara kita seperti gejala perlumbaan motosikal haram, bohsia, gengsterisme, dan buli. (v) Semangat patriotik dalam kalangan remaja perlu dipertingkatkan dan diperkukuh kerana mereka merupakan pewaris kepemimpinan negara pada masa depan. (vi) Kerajaan telah melancarkan pelbagai program yang melibatkan semua ahli keluarga dalam kalangan masyarakat untuk melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
Jawaban Soalan 3(b) Menggabungkan ayat tunggal (i) Puan Jamalaiah bukan guru tetapi kerani. (ii) Dia memandang kami sambil melambai-lambaikan tangannya. (iii) Ali membeli komputer riba yang sangat ringan. (iv) Dia mencapai kejayaan cemerlang kerana rajin mengulang kaji pelajaran. (v) Dato` Bahaman dan Mat Kilau pejuang kemerdekaan. (vi) Rumah Pak Ali berbentuk tradisional, manakala rumah Encik Cheng berbentuk moden.
Jawaban Soalan 3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
Kesalahan Ejaan Jawapan Soalan 3(d)-Kesalahan kata atau istilah dan Kesalahan Tatabahasa
Kesalahan kata atau istilah:
Soalan 3(e) Peribahasa
Maksud Peribahasa: (i) Tiada rotan akar pun berguna: Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga. (ii) Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri: Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu (iii) Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya: Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. Sumber: http://agy7500.blogspot.com/ * Contoh jawapan ini bukanlah skema rasmi LPM.
|
|
TERIMA KASIH |
|
|