RUMUSAN (S1/K2)
Pengenalan :
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor keracunan makanan.
Isi Tersurat ( Punca-punca keracunan makanan )
Nota : Isi tersurat 1-4 ( perenggan kedua ), isi tersurat 5-7 (
perenggan ketiga ) dan isi tersurat 8 ( perenggan keempat )
1.Pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan diri.
2.Pengendali makanan tidak menghiraukan aspek kebersihan makanan
yang dihidangkan.
3.Ada pengendali makanan yang menghisap rokok, batuk dan meludah
semasa menyediakan makanan dan minuman.
Contoh jawaban lengkap.
Keracunan makanan berlaku kerana pengendali makanan tidak mengambil
berat tentang kebersihan diri, tidak menghiraukan aspek kebersihan
makanan yang dihidangkan serta menghisap rokok, batuh dan meludah
semasa menyediakan makanan dan minuman. ( 3 isi dipersembahkan dalam
satu ayat )
4.Pengusaha premis makanan juga sering mengabaikan kebersihan dengan
membiarkan premis mereka kotor.
5.Seseorang individi mengambil makanan atau minuman yang tercemar
oleh bakteria, virus dan organisme berbahaya.
6.Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Selain itu, keracunan makanan berlaku kerana pengusaha premis
makanan sering mengabaikan kebersihan dengan membiarkan premis
mereka kotor, seseorang individu mengambil makanan atau minuman yang
tercemar oleh bakteria dan virus serta makanan yang tidak dimasak
dengan sempurna.
7.Amalan memakan makanan yang telah lama disimpan.
8.Penggunaan bahan kimia beracun yang semakin berleluasa dalam
penanaman sayur-sayuran.
Keracunan makanan juga berlaku akibat amalan memakan makanan yang
telah lama disimpan disamping penggunaan bahan kimia beracun yang
semakin berleluasa dalam penanaman sayur-sayuran.
*** Pelajar dikehendaki menyatakan 6
isi tersurat sahaja.
ISI TERSIRAT. ( Kesan-kesan
keracunan makanan )
1.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat
rawatan awal.
2.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh
atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.
3.Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara
akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi atau
tubuh kontang terik.
4.Boleh menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan
buah pinggang,
5.Boleh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan
juga koma.
6.Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke
dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
7.Meningkatkan kos untuk mendapat rawatan di klinik atau hospital.
8.Aktiviti harian terganggu / produktiviti bekerja akan menurun.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, masyarakat perlu berganding bahu untuk mengelakkan
kes keracunan makanan agar dapat melahirkan rakyat yang sihat.
Nota: Jawaban cadangan ini merupakan jawaban peribadi penulis blog
berdasarkan pembacaan dan pengalaman bekerja. Jawaban ini bukan
jawaban rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.