| 
												 
												  
												
												
												
												CINTA AHMAD MUTAWAKKIL 
												
												
												(Zainal Rashid Ahmad) 
												
												
												  
												
												
												
												Sinopsis 
												
												
												            Cerpen Cinta 
												Ahmad Mutawakkil ( Zainal 
												Rasyid Ahmad) telah menggunakan 
												pendekatan sorot balik tentang 
												kisah perjuangan Ahmad 
												Mutawakkil dalam menzahirkan 
												cintanya terhadap bangsa dan 
												negara. Ahmad Mutawakkil yang 
												parah ditembak telah 
												memeranjatkan penduduk kampung 
												yang ketika itu sedang berdoa 
												seusai solat maghrib. Setelah 
												menjelaskan keadaan Ahmad 
												Mutawakkil yang parah, terkulai 
												lalu pengsan, penulis mula 
												mengimbas kembali kisah 
												perjuangan anak muda tersebut 
												bermula daripada perubahan 
												sosioekonomi penduduk kampung 
												kesan kehadiran Tuan Booth 
												sekeluarga. Kehadiran mereka 
												bukan sahaja berjaya 
												meningkatkan ekonomi penduduk 
												kampung, malahan Ahmad 
												Mutawakkil membesar sebagai 
												pemuda berilmu hasil bantuan 
												anak Tuan Booth, Sandra. Dia 
												bukan sahaja menjadi penyebar 
												maklumat tentang hal ehwal 
												semasa kepada masyarakat di 
												kampungnya, malahan turut 
												bekerja membaca dan menjawab 
												surat-surat rahsia daripada 
												Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.
												 
												
												
												Cerpen ini diteruskan lagi 
												dengan Ahmad Mutawakkil 
												menyampaikan khabar kepada 
												penduduk kampung tentang 
												pengeboman Hiroshima dan 
												Nagasaki yang membawa kelegaan 
												dan rasa syukur mereka. Ahmad 
												Mutawakkil kemudiaannya 
												digambarkan sebagai pemuda yang 
												berjiwa pemimpin apabila dia 
												dapat mempengaruhi penduduk 
												kampung dengan pidatonya yang 
												membangkitkan semangat 
												patriotisme dalam jiwa mereka. 
												Dalam masa yang sama Ahmad 
												Mutawakkil berjaya mengajak 
												penduduk kampung untuk 
												menjalinkan silaturahim dengan 
												Tuan Booth sekeluarga yang tidak 
												pernah memusuhi masyarakat di 
												situ. Cerpen ini juga 
												dikembangkan dengan kisah 
												hubungan antara Ahmad Mutawakkil 
												dengan Sandra yang sering 
												menjadi tanda tanya kepada 
												penduduk di situ.  
												
												
												Plot dirumitkan lagi dengan 
												situasi 16 Jun 1948 di Perak 
												apabila darurat diisytiharkan 
												kerana Parti Komunis Malaya mula 
												menggila. Ahmad Mutawakkil tetap 
												mengajak masyarakat kampungnya 
												berjuang tanpa menghiraukan 
												keselamatan dirinya walaupun 
												pihak komunis telah memberi 
												amaran kepadanya melalui Tuan 
												Booth agar tidak menghasut orang 
												kampung membenci komunis. 
												 
												
												
												  
												
												
												Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil 
												berjaya meniupkan semangat 
												perjuangan yang begitu mendalam 
												dalam jiwa penduduk kampung 
												melalui pidato citra merdeka dan 
												kritikan terhadap bangsa Melayu 
												yang sanggup diperalat Parti 
												Komunis Malaya. Setelah ditemui 
												oleh seorang budak lelaki yang 
												tidak dikenali seusai majlis 
												ceramah tersebut, Ahmad 
												Mutawakkil pergi dan tidak 
												pulang-pulang sehingga dia 
												datang pada malam esoknya di 
												surau kampung dalam keadaan 
												berlumuran darah. Ahmad 
												Mutawakkil terbunuh namun 
												semangat perjuangannya terus 
												membara dalam masyarakat kampung 
												sama seperti mereka rindu akan 
												kata-kata semangat anak muda itu 
												“ Tanah Melayu pasti merdeka!”. 
												Tuan Booth sekeluarga pulang ke 
												England seminggu selepas Tanah 
												Melayu merdeka namun rasa cinta 
												yang mendalam Sandra terhadap 
												Ahmad Mutawakkil telah membawa 
												dia pulang ke kampung tersebut 
												untuk meneruskan kehidupannya di 
												situ.   
												
												
												  
												
												
												
												Tema 
												
												
												Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil 
												(Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan 
												tema perjuangan mementang 
												penjajah. Ahmad Mutawakkil yang 
												merupakan watak utama dalam 
												cerpen ini telah menzahirkan 
												cintanya terhadap bangsa dan 
												negara melalui perjuangan 
												menentang penjajah Inggeris, 
												Jepun dan Komunis. Ahmad 
												Mutawakkil telah menggunakan 
												penguasaan ilmunya dalam menjadi 
												penyebar maklumat tentang 
												penjajah kepada mesyarakat di 
												kampungnya. Sejak usia belasan 
												tahun lagi, Ahmad Mutawakkil 
												telah menonjolkan dirinya 
												sebagai seorang pemimpin muda 
												yang berpengaruh. Hal ini 
												dibuktikan melalui pidato- 
												pidato yang disampaikan kepada 
												masyarakat kampung untuk 
												meniupkan semangat patriotisme 
												dalam diri setiap ahli 
												masyarakat. Ahmad Mutawakkil 
												merupakan seorang pemuda yang 
												mempunyai semangat perjuangan 
												yang tinggi sehinggakan tidak 
												sanggup menerima sebarang pujian 
												selagi Tanah Melayu belum 
												merdeka. Dia sanggup 
												menggadaikan nyawanya untuk 
												menentang komunis dan akhirnya 
												dia terbunuh sebelum mengecap 
												kemerdekaan Tanah Melayu. 
												Perjuangan dan pengorbanannya 
												terus diingati oleh masyarakat 
												kampungnya sama seperti mereka 
												mengingati kata-kata anak muda 
												itu “Tanah Melayu pasti 
												merdeka!”. 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												
												Persoalan 
												
												
												1.   
												
												
												Persoalan perubahan sosioekonomi 
												masyarakat kampung 
												
												
												Contoh: Kedatangan Tuan Booth 
												dan keluarga telah merubah 
												sosioekonomi masyarakat kampung 
												apabila beliau telah mengupah 
												beratus-ratus buruh termasuk 
												penduduk kampung sendiri untuk 
												meneroka belukar bagi meluaskan 
												penanaman getah. (m/s 40) 
												
												
												  
												
												
												2.   
												
												
												Persoalan kepentingan sikap 
												berdikari dalam kehidupan 
												
												
												Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar 
												berdikari setelah kematian 
												bapanya, Wan Sadir dengan cara 
												bekerja dengan orang putih. (m/s 
												41) 
												
												
												  
												
												
												3.   
												
												
												Persoalan kesan kedatangan 
												penjajah 
												
												
												Contoh:Kedatangan penjajah yang 
												membawa kepada serangan telah 
												menyebabkan seluruh ketenangan 
												hidup masyarakat kampung hilang. 
												(m/s 42) 
												
												
												  
												
												
												4.   
												
												
												Persoalan tanggungjawab seorang 
												pemimpin 
												
												
												Contoh: Imam Ngah Deraman 
												bergegas meninggalkan surau 
												selepas solat isyak untuk 
												mencari Ahmad Mutawakkil yang 
												kehilangan tempat menumpang 
												nasib setelah pemergian Tuan 
												Booth sekeluarga akibat 
												kedatangan Jepun dan mengambil 
												Ahmad Mutawakkil sebagai anak 
												angkatnya.(m/s 43) 
												
												
												  
												
												
												5.   
												
												
												 Persoalan kepentingan menguasi 
												ilmu dalam kehidupan 
												
												
												 Contoh: Ahmad Mutawakkil 
												menjadi tempat penduduk kampung 
												mendapatkan    
												
												
												 maklumat tentang hal ehwal 
												semasa kerana dia boleh menulis 
												dan bercakap   
												
												
												 dalam bahasa Inggeris. (m/s 44) 
												
												
												  
												
												
												6.   
												
												
												Persoalan semangat patriotisme 
												dalam perjuangan mendapatkan 
												kemerdekaan 
												
												
												Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru 
												ahli masyarakat agar mengikis 
												tabiat buruk,  berjuang mengubah 
												sikap dan pandangan sempit 
												bangsa Melayu untuk merdeka. 
												(m/s 50) 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												   |