| 
												 
												
												
												CERPEN GERHANA MANUSIA 
												
												
												(Aminah Mokhtar) 
												
												
												  
												
												
												
												SINOPSIS 
												
												
												Cerpen Gerhana Manusia karya 
												Aminah Mokhtar mengisahkan 
												kesibukan di Wad ICU sebuah 
												hospital. Ketika itu, di wad ICU 
												terlantar Tuan Dayusa yang 
												sedang mengalami jangkitan kuman 
												dalam paru-paru akibat gaya 
												hidupnya yang tidak sihat. Tuan 
												Dayusa memerlukan pek darah yang 
												banyak untuk meneruskan hidup. 
												Nusia seorang jururawat yang 
												bertugas membantu Dr Prajudi dan 
												Dr Moralis di Wad ICU yang 
												menempatkan Tuan Dayusa. Dr 
												Prajudi dan Dr Moralis 
												 bertanggungjawab merawat semua 
												pesakit di wad tersebut. 
												 
												
												
												            Ketika itu, terdapat 
												beberapa orang pesakit lain yang 
												memerlukan  darah untuk membantu 
												merawat mereka. Antaranya ialah 
												Solehah yang tenat akibat 
												keguguran dan Al-Hafiz pula 
												terlibat dalam kemalangan yang 
												teruk. Pada wad yang sama 
												terdapat seorang bayi yang 
												dibuang di tepi jalan dan telah 
												cedera digigit oleh anjing liar. 
												Selain itu, terdapat seorang 
												gadis yang menjadi mangsa 
												sumbang mahram oleh ayahnya dan 
												seorang mahasiswa yang mengidap 
												leukimia. 
												
												
												            Nusia telah 
												dipertanggungjawab untuk 
												membantu Dr Moralis merawat 
												semua pesakit di wad ICU  dan 
												dipantau oleh Dr Prajudi. Dr 
												Prajudi lebih memberi perhatian 
												kepada Tuan Dayusa kerana Tuan 
												Dayusa merupakan seorang ahli 
												korporat  yang ternama. Tuan 
												Dayusa banyak memberi sumbangan 
												kepada kelab elit hospital 
												berkenaan. Selain itu, Tuan 
												Dayusa juga telah menderma 
												beratus ribu ringgit untuk 
												majlis makan malam hospital 
												tersebut. Nusia tidak berpuas 
												hati apabila Dr Prajudi tidak 
												memperdulikan pesakit lain 
												 disebabkan taraf  sosial 
												berbeza. 
												
												
												            
												
												Nusia tidak berpuas hati dengan 
												arahan Dr Prajudi yang 
												menyuruhnya membawa lima pek 
												darah untuk merawat Tuan Dayusa 
												sedangkan darah-darah tersebut 
												sangat diperlukan oleh pesakit 
												lain. Tuan Dayusa memang tidak 
												mempunyai harapan untuk sembuh. 
												Nusia tidak berpuas hati 
												terhadap tindakan Dr Prajudi 
												lalu menyuarakan ketidakpuasan 
												hatinya kepada Dr Moralis. 
												
												
												            Dr Moralis tidak 
												mampu untuk berbuat apa-apa 
												kerana Dr Prajudi lebih berkuasa 
												di wad tersebut. Namun demikian, 
												 akhirnya Tuan Dayusa telah 
												meninggal dunia dan Dr Moralis 
												telah dipersalahkan kerana tidak 
												memberi bantuan darah kepada 
												Tuan Dayusa. Dr Moralis sedar 
												bahawa  setiap insan wajib 
												ditolong tidak kira pangkat dan 
												darjat. Nusia dan Dr Moralis 
												sendiri akhirnya yang menderma 
												darah mereka untuk membantu 4 
												orang pesakit di wad tersebut 
												yang masih memerlukan darah. 
												
												
												  
												
												
												TEMA 
												
												
												Tema Gerhana Manusia menjurus 
												kepada konflik terhadap etika 
												kerja.Konflik antara memenuhi  
												etika seorang jururawat dan 
												tuntutan dari pihak atasan dalam 
												membantu pesakit yang lebih 
												berpengaruh. 
												
												
												Contoh: 
												
												
												Doktor Prajudi menyuruh Nausia 
												memberi bantuan darah  kepada 
												Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa 
												banyak memberi sumbangan 
												kewangan kepada hospital 
												sedangkan pada masa yang sama 
												masih ramai lagi pesakit lain 
												yang sangat memerlukan darah 
												tersebut. 
												
												
												  
												
												
												Persoalan: 
												
												
												Persoalan yang terdapat dalam 
												cerpen Gerhana Manusia adalah : 
												
												
												1.   
												Persoalan tanggungjawab 
												seorang doktor terhadap pesakit. 
												
												
												Contoh: Dr Prajudi dan Dr 
												Moralis bertanggungjawab 
												merawat  pesakit di hospital. 
												
												
												  
												
												
												2.   
												Persoalan perbezaan 
												golongan berpangkat dengan 
												masyarakat. 
												
												
												Contoh : Tuan Dayusa diberi 
												layanan istimewa berbanding 
												pesakit lain kerana dia seorang 
												korporat ternama  dan juga 
												menjadi penyumbang kepada kelab 
												elit hospital. 
												
												
												  
												
												
												3.   
												Persoalan kepentingan 
												menderma darah dalam masyarakat. 
												
												
												Contoh : Tuan Dayusa, Soleha, 
												Al-Hafiz, bayi dan gadis yang 
												malang itu amat memerlukan 
												bekalan darah untuk merawat 
												mereka. 
												
												
												  
												
												
												4.   
												Persoalan peranan wad ICU 
												kepada pesakit kritikal. 
												
												
												Contoh : Soleha, Al-Hafiz, bayi 
												dan gadis yang malang itu 
												dimasukkan ke wad ICU kerana 
												memerlukan rawatan yang rapi. 
												
												
												  
												
												
												5.   
												Persoalan pengambilan 
												alkohol memudaratkan kesihatan. 
												
												
												Contoh: Tuan Dayusa telah 
												dijangkiti dengan virus pada 
												paru-paru akibat pengambilan 
												alkohol. 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												   |