| 
												 
												
												1.   
												 
												
												
												  
												
												
												HIPERTENSI 
												
												
												Illias Zaidi 
												
												
												Sinopsis 
												
												
												            Cerpen Hipertensi  
												(Illias Zaidi) memaparkan watak 
												utama, Aiman Aqil yang sering 
												berhalusinasi. Aiman sering 
												menimbulkan kemarahan gurunya 
												kerana tidak menumpukan 
												perhatian terhadap pembelajaran 
												di dalam kelas. Dia sering 
												berangan-angan menjadi 
												tokoh-tokoh hebat dalam bidang 
												Sains. Aiman Aqil mudah bosan 
												dengan cara pembelajaran di 
												sekolah menyebabkan dia sering 
												ponteng sekolah. Hal ini 
												menimbulkan kemarahan ayahnya 
												sehingga dia kerap dirotan. 
												Aiman sentiasa mengambil 
												kesempatan untuk mewujudkan 
												halusinasi futuristik penuh 
												cabaran. Dia pernah membayangkan 
												dirinya telah lulus pengajian 
												tinggi dalam bidang aeroangkasa. 
												Walaupun Aiman Aqil sering 
												berhalusinasi, namun dia 
												mempunyai prinsipnya yang 
												tersendiri. Dia tidak mahu 
												berangan-angan seperti Mat Jenin 
												dan Si Luncai. Angan-angan Aiman 
												terus mekar apabila dia terus 
												berhalusinasi menjalani latihan 
												intensif di bawah program 
												aeroangkasa di bawah Rusia. 
												Kemudian, dia terus 
												berangan-angan hendak 
												memantapkan diri sebagai 
												persediaan untuk berlepas ke 
												angkasa. Halusinasi Aiman tidak 
												terhenti setakat itu sahaja, 
												malah dia turut membayangkan 
												jutaan khalayak menyaksikan 
												siaran langsung perlepasan kapal 
												angkasa yang dinaikinya. Aiman 
												akhirnya berjaya mendarat di 
												bulan dalam halusinasinya itu. 
												
												
												             
												
												
												Setelah asyik melayan 
												halusinasinya, akhirnya Aiman 
												teringat akan bisikan halus yang 
												didengarinya ketika di planet 
												bulan melalui pentas 
												halusinasinya. Suara ghaib itu 
												mengajaknya lebih mendekatkan 
												diri kepada Ilahi. Akhirnya, 
												Aiman sedar daripada khayalannya 
												bahawa dia perlu berusaha untuk 
												mendapatkan sesuatu bukan 
												sekadar berangan-angan. Jauh di 
												sudut hati Aiman, dia 
												memanjatkan doa dan harapan ke 
												hadrat Ilahi. 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												Tema 
												
												
												            Cerpen Hipertensi 
												(Illias Zaidi) bertemakan 
												halusinasi futuristik yang penuh 
												cabaran. Mindanya sering 
												dipenuhi dengan halusinasi 
												tentang tokoh-tokoh hebat dalam 
												bidang Sains. Aiman Aqil yang 
												merupakan watak utama sering 
												berhalusinasi sebagai seorang 
												angkasawan. Aiman Aqil sentiasa 
												berangan-angan tidak kira tempat 
												sama ada ketika di rumah ataupun 
												ketika sedang mengikuti 
												pembelajaran di dalam kelas. Dia 
												pernah membayangkan bahawa 
												dirinya sudah lulus pengajian 
												tinggi dalam bidang aeroangkasa. 
												Walaupun dia sering 
												berhalusinasi, namun dia sekali-kali 
												tidak akan membiarkan 
												angan-angannya menjadi seperti 
												angan-angan Mat Jenin dan Si 
												Luncai yang tidak sampai ke 
												mana-mana. Angan-angan tentang 
												kehebatannya dalam bidang 
												aeroangkasa semakin mekar 
												sehinggakan dia bukan sahaja  
												membayangkan bahawa dia pernah 
												mengikuti latihan intensif di 
												bawah program aeroangkasa 
												bersama dengan Rusia, malahan 
												dia pernah mendarat di Stesen 
												Angkasa Antarabangsa (ISS). 
												
												
												  
												
												
												Persoalan 
												
												
												1.   
												
												
												Persoalan adab menuntut ilmu 
												
												
												Contoh: Sikap Aiman yang tidak 
												fokus terhadap pengajaran Cikgu 
												Faridah di dalam kelas telah 
												menyebabkan Cikgu Faridah hilang 
												sabar. (m/s: 43) 
												
												
												  
												
												
												2.   
												
												
												Persoalan kebanggaan terhadap 
												identiti diri 
												
												
												Contoh: Aiman Aqil bengga akan 
												nama yang diberikan kerana nama 
												tersebut mempunyai makna yang 
												baik. (m/s:44) 
												
												
												  
												
												
												3.   
												
												
												Persoalan kepekaan akan situasi 
												sekeliling 
												
												
												Contoh: Aiman cepat-cepat 
												membetulkan jawapannya apabila 
												dia menyedari wajah Cikgu 
												Faridah berubah dengan jawapan 
												awal yang diberikannya. (m/s: 
												45) 
												
												
												  
												
												
												4.   
												
												
												Persoalan sikap memandang rendah 
												terhadap keupayaan orang lain 
												
												
												Contoh: Aiman menyindir 
												adik-adiknya dan rakannya Chee 
												Keong kerana lambat 
												menyelesaikan tugasan Matematik. 
												(m/s : 45 & 46) 
												
												
												  
												
												
												5.   
												
												
												Persoalan peranan ibu bapa dalam 
												keluarga 
												
												
												Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin 
												mengetahui punca Aiman ponteng 
												sekolah. (m/s: 46) 
												
												
												  
												
												
												6.   
												
												
												Persoalan ketagasan guru dalam 
												mendidik pelajar 
												
												
												Contoh: Guru kelas Aiman memberi 
												amaran keras kepadanya kerana 
												mengganggu rakan-rakan. (m/s: 
												46) 
												
												
												  
												
												
												7.   
												
												
												Persoalan kepentingan prinsip 
												hidup 
												
												
												Contoh: Aiman bertekad tidak 
												akan menjadi seperti Si Luncai 
												dan Mat Jenin yang hanya 
												memasang angan-angan tanpa 
												merealisasikan angan-angan 
												tersebut. (m/s: 48) 
												
												
												  
												
												
												8.   
												
												
												Persoalan kasih sayang seorang 
												ibu 
												
												
												Contoh:Ibu Aiman begitu 
												tersentuh hati apabila melihat 
												Aiman dirotan oleh ayahnya. 
												(m/s: 48) 
												
												   |