| 
												 
												
												1.   
												 
												
												
												
												ERTI HIDUP BERERTI 
												
												
												
												  
												
												
												
												1.0       Maksud 
												
												
												
												Rangkap 1 
												
												
												Fikiran penyajak sering dihimbau 
												oleh nasib malang yang 
												mengongkongi hidupnya dan tidak 
												pernah berubah. Tiada siapa yang 
												datang menziarahinya. Keluhan 
												daripada seorang insan tua yang 
												kesunyian. 
												
												
												
												Rangkap 2 
												
												
												Kebahagiaan  hidup yang 
												diimpikan  oleh penyajak  hanya 
												angan-angan sahaja  sehingga 
												penghujung hidupnya. Anak-anak 
												kandungnya sendiri sudah 
												melupainya dan tidak sanggup 
												untuk menjaganya. Anak-anaknya 
												saling menolak untuk menjaganya. 
												Penyajak mencari kehidupannya 
												sendiri dan menanggung 
												penderitaan hidup tanpa ada 
												tempat bergantung yang kukuh. 
												
												
												
												Rangkap 3 
												
												
												Penyajak menganggap dirinya 
												tidak  dihargai dan diperlukan 
												lagi walaupun mereka anak 
												kandungnya sendiri. Penyajak 
												berharap agar anak-anaknya sama 
												ada yang sanggup berbakti atau 
												yang telah melupakannya akan 
												diberikan keinsafan. Penyajak 
												berharap agar hidup dengan 
												berkasih sayang dan menggantikan 
												hubungan yang hambar sebelum ini. 
												Manusia jangan leka, dalam 
												putaran hidup ini akan ada yang 
												hidup dan mati kecuali Tuhan 
												yang kekal. 
												
												
												
												2.0       Tema 
												
												
												Keluhan ibu tua yang diabaikan 
												oleh anaknya sendiri. 
												
												
												- Seorang ibu yang mengharapkan 
												belaian kasih sayang anak-anak 
												pada penghujung usianya. Namun 
												begitu anak-anak tidak 
												mengendahkan dan mengambil 
												tanggungjawab menjaganya. Jauh 
												di sudut hatinya masih 
												mengharapkan anak-anaknya akan 
												insaf. 
												
												
												
												3.0       Persoalan 
												
												
												1.        
												
												
												Kasih sayang seorang ibu 
												
												
												Contoh: ibu yang mengandungkan 
												dan menjaga anak semasa kecil 
												
												
												  
												
												
												2.        
												
												
												Berbakti kepada  ibu 
												
												
												Contoh: anak-anak tidak boleh 
												mengabaikan ibu yang melahirkan 
												dan  
												
												
												               membesarkan 
												mereka  
												
												
												  
												
												
												3.        
												
												
												Kebahagiaan hidup ialah impian 
												semua orang 
												
												
												Contoh: harapan seorang ibu agar 
												anak-anak dapat memberikan 
												kebahagiaan  
												
												
												               pada hari tuanya 
												
												
												  
												
												
												4.        
												
												
												Tanggungjawan seorang anak 
												
												
												Contoh : anak-anak perlu insaf  
												terhadap tanggungjawab menjaga 
												kebajikan  
												
												
												 ibu kandung dan memberikan 
												kebahagian kepadanya 
												
												
												  
												
												
												5.        
												
												
												Kekuasaan Tuhan 
												
												
												Contoh: ada yang mati 
												
												
												               ada yang hidup 
												
												
												               tiada yang kekal 
												kecuali Tuhan 
												
												
												  
												
												   |