| 
												 
												GURINDAM 
												BEBERAPA PETUA HIDUP 
												
												  
												
												TEMA 
												
												Nilai-nilai 
												murni dalam kehidupan seharian. 
												Gurindam ini menekankan 
												penghayatan yang perlu ada dalam 
												diri setiap insan/seseorang 
												
												  
												
												MAKSUD 
												
												Rangkap 1 
												
												Orang yang 
												kurang berfikir dan belajar 
												hidupnya akan 
												tersasar/mengakibatkan mereka 
												salah langkah. 
												
												Rangkap 2 
												
												Sesiapa yang 
												bercakap kurang sopan dan biadap 
												akan mengalami bencana. 
												
												Rangkap 3 
												
												Sesiapa yang 
												suka bergaduh sesama sendiri 
												hidupnya akan diselubungi 
												kesedihan. 
												
												Rangkap 4 
												
												Sekiranya 
												mempelajari ilmu separuh jalan/ 
												tidak selesai tidak akan berguna 
												dalam kehidupan 
												
												Rangkap 5 
												
												Ilmu pengetahuan 
												boleh diperolehi sekiranya 
												belajar dengan tekun. 
												
												Rangkap 6 
												
												Dunia merupakan 
												tempat untuk bergaul dan 
												berinteraksi serta mencari  
												rakan yang sesuai. 
												
												Rangkap 7 
												
												Sesiapa yang 
												melakukan kebaikan namanya akan 
												disanjung sepanjang zaman. 
												
												Rangkap 8 
												
												Orang yang 
												menganiayai orang  lain akan 
												dimurkai oleh Tuhan. 
												
												  
												
												PERSOALAN 
												
												Persoalan 
												berfikiran baik dalam kehidupan.
												 
												
												Contoh : ( R1) 
												    Kurang fikir kurang 
												siasat 
												
												Tentu dirimu 
												kelak sesat 
												
												Menjaga 
												percakapan sesama insan. 
												 
												
												Contoh ; (R2) 
												     Kalau mulut tajam dan 
												kasar 
												
												Boleh ditimpa 
												bahaya besar 
												
												Persoalan 
												memilih rakan baik dalam 
												pergaulan.  
												
												Contoh (R6) 
												                        Dunia 
												ini taman pergaulan 
												
												 Hendaklah pilih 
												sahabat dan taulan 
												
												Persoalan 
												berbudi dan berjasa dengan 
												ikhlas sesama manusia. 
												
												 Contoh : (R7) 
												   Barang siapa berbuat jasa 
												
												Mulia namanya 
												segenap masa 
												
												  
												
												Persoalan 
												tentang setiap perbuatan akan 
												ada balasan.  
												
												Contoh : 
												(R8)     Barang siapa berbuat 
												khianat 
												
												
												                                
												                Tuhan kelak 
												memberi laknat. 
												
												  
												   |