| 
												 
												
												1.   
												 
												
												
												NOVEL BIMASAKTI MENARI (Sri 
												Rahayu Mohd Yusop) 
												
												
												SINOPSIS BAB 
												
													
														| 
														 
														
														Bab  | 
														
														 
														
														Sinopsis  | 
													 
													
														| 
														 
														
														Bab 1 : 
														
														
														Janji Srikandi  | 
														
														 
														
														  
														
														
														Dalam bab Janji 
														Srikandi, penulis 
														bercerita tentang Nurul 
														Hafsa yang melalui hari 
														pertamanya bekerja 
														sebagai Pegawai Sains di 
														Balai Cerap Sultan 
														Salahuddin, Kuala 
														Selangor. Sekumpulan 
														pengunjung yang terdiri 
														daripada kumpulan murid 
														dan guru pengiring dari 
														Sekolah Rendah 
														Kichihimahigashi, 
														Hiroshima hadir ke balai 
														cerap tersebut untuk 
														melihat buruj Orion atau 
														buruj Belantik dengan 
														mata kasar, tanpa 
														sebarang bantuan alat 
														pencerap. Malangnya, 
														Nurul Hafsa telah 
														menghadapi masalah di 
														luar jangkaannya apabila 
														langit pada malam 
														tersebut  yang 
														sepatutnya telah 
														benar-benar gelap tetap 
														cerah. Nurul Hafsa yang 
														pada mulanya runsing 
														dengan situasi tersebut 
														akhirnya telah mengambil 
														langkah bijak bagi 
														menyelesaikan masalah 
														tersebut dengan 
														mengemukakan hujah yang 
														dapat diterima oleh 
														kumpulan pengunjung 
														tersebut. Dia dengan 
														berani telah mengakui 
														kekurangan yang berlaku 
														pada malam tersebut 
														berpunca daripada kesan 
														negatif akibat 
														pembangunan pesat yang 
														berlaku di Kuala 
														Selangor. Pada malam 
														tersebut, Nurul Hafsa 
														telah menanam azam dalam 
														jiwa seterusnya berjanji 
														kepada para pengunjung 
														bahawa dia akan 
														memulihkan keadaan yang 
														berlaku dengan sedaya 
														upayanya. Pada mulanya, 
														Puan Wickham 
														mempersoalkan kemampuan 
														manusia untuk 
														menggerakkan bintang 
														kembali ke kawasan 
														pencerapan. Namun, Nurul 
														Hafsa dengan hujah 
														bijaknya menyatakan 
														bahawa bintang-bintang 
														sememangnya sedia ada di 
														langit, hanya mata 
														manusia sahaja yang 
														tidak dapat melihat. 
														Sedikit cahaya akan 
														membuka deria manusia, 
														manakala banyak cahaya 
														pula akan menutup deria 
														kita. Dia memaklumkan 
														bahawa tuhan menciptakan 
														deria manusia dengan 
														penuh keterhadan agar 
														kita tidak leka dengan 
														sesuatu yang tidak dapat 
														dilihat oleh deria. 
														
														
														  
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 2: 
														
														
														Wicham  | 
														
														 
														
														  
														
														
														Dalam bab ini, penulis 
														mendedahkan bahawa Puan 
														Wickham yang hadir 
														sebagai pengiring 
														kumpulan pelajar dari 
														Hiroshima, Jepun 
														merupakan ibu kepada 
														salah seorang Pegawai 
														Cerap Sultan Salahuddin 
														yang bernama Muhammad 
														Taufik. Muhammad Taufik 
														berasa kesal dengan 
														janji yang dibuat oleh 
														Nurul Hafsa terhadap 
														pengunjung tersebut 
														kerana dia benar-benar 
														kenal dengan ibunya, 
														Puan Wickham yang akan 
														datang lagi bersama 
														kumpulan pengunjung 
														tersebut untuk menuntut 
														janji yang dilafazkan 
														oleh Nurul Hafsa. 
														Walaupun Puan Wickham 
														dan anaknya, Muhammad 
														taufik tinggal berjauhan 
														namun kekerapan mereka 
														berkomunikasi melalui 
														rangkaian sosial 
														menyebabkan mereka tidak 
														kekok untuk berbual 
														setiap kali bersua muka. 
														Mereka mempunyai minat 
														dalam bidang yang sama. 
														Pada malam tersebut 
														Muhammad Taufik 
														menjemput ibunya untuk 
														bermalam di rumah 
														prototaip Ikhtiar 
														TeknoAlam yang 
														diusahakan olehnya. Hal 
														ini bagi membolehkan 
														Puan Wickham memberikan 
														pendapat beliau tentang 
														projek pembinaan rumah 
														mesra alam komersial 
														yang sedang diusahakan 
														oleh anaknya, Muhamad 
														Taufik. Muhammad Taufik 
														bersyukur atas 
														kepulangan ibunya 
														walaupun dia tahu 
														apabila subuh menjelang, 
														ibunya akan pergi 
														kembali meneruskan tugas 
														beliau. 
														
														
														   | 
													 
												 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 3: 
														
														
														Sungai Rahsia 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Nurul Hafsa memutuskan 
														untuk melakukan kajian 
														terlebih dahulu tentang 
														kebenaran kata-kata 
														kumpulan pengunjung dari 
														Hiroshima yang kecewa 
														kerana tidak dapat 
														melihat kelip-kelip di 
														Kuala Selangor sebelum 
														dia bertanyakan hal 
														tersebut kepada 
														abangnya, Budiman. Nurul 
														Hafsa telah pergi ke 
														tempat orang melihat 
														kelip-kelip dengan 
														menaiki kereta yang 
														dipandu oleh ayahnya, 
														Haji Yassir. Sesampai di 
														sana, Haji Yassir tidak 
														berminat untuk 
														bersama-sama Nurul Hafsa 
														menaiki bot untuk 
														melihat kelip-kelip. Hal 
														ini disebabkan seumur 
														hidupnya Haji Yassir 
														tinggal di Kampung 
														Kuantan dan tidak pernah 
														ke mana-mana selain ke 
														Tanah Suci Mekah. Dalam 
														imaginasi Nurul Hafsa, 
														dia nampak kelip-kelip 
														terbang dalam satu 
														gerombolan dengan jumlah 
														berjuta-juta ekor dan 
														melakukan kerlipan 
														secara serentak. 
														Malangnya, pemandangan 
														hebat tersebut hanyalah 
														khayalan semata-mata. 
														Realitinya, menunggu 
														kehadiran serangga 
														tersebut bagaikan mereka 
														menunggu kehadiran 
														tetamu yang sangat 
														pemalu. Akhirnya, Nurul 
														Hafsa menerima kanyataan 
														bahawa perkara inilah 
														yang dialami oleh 
														kumpulan pengunjung dari 
														Jepun yang terbang 
														beribu-ribu batu jauhnya 
														tetapi hanya dapat 
														menyaksikan kelip-kelip 
														yang cahayanya separuh 
														mati kerana bilangannya 
														yang sedikit. Nurul 
														Hafsa turut mengajak 
														pengemudi bot yang 
														dinaikinya untuk melalui 
														suatu kawasan cabang 
														sungai milik 
														persendirian yang 
														dikatakan menjadi tempat 
														kumpulan kelip-kelip 
														berkelip serentak 
														seperti lampu-lampu 
														hiasan. Namun demikian, 
														dia begitu kecewa kerana 
														kawasan persendirian 
														tersebut tidak dapat 
														dilalui oleh mereka. 
														Sepanjang perjalanan 
														pulang, Nurul hafsa 
														melayan perasaan sambil 
														memikirkan sudut hujahan 
														yang bakal dibentangkan 
														dalam satu persidangan 
														kemuncak fantasi. Kuala 
														Selangor yang berubah 
														menjadi bandar 
														pelancongan telah 
														dicemari oleh pencemaran 
														cahaya dengan senyap. 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 4: 
														
														
														Budiman 
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Budiman kembali ke rumah 
														dengan menaiki sebuah 
														kereta jenis hibrid 
														seperti yang diimpikan 
														oleh Nurul Hafsa. 
														Budiman dan adiknya 
														makan tengah hari 
														bersama ayah mereka, 
														Haji Yassir. Seusai 
														solat Zohor berjemaah, 
														Budiman bertanyakan 
														khabar Nurul Hafsah 
														tentang hari pertama dia 
														bekerja di balai cerap. 
														Setelah mendapat jawapan 
														yang mengecewakan 
														daripada adiknya, 
														Budiman yang merupakan 
														seorang guru Sains di 
														Sekolah Menengah 
														Kebangsaaan Tanjung 
														Keramat sejak tiga tahun 
														yang lalu membaca 
														laporan menggunakan 
														Skala Langit Gelap 
														Bortle yang ditaip 
														adiknya, Nurul Hafsah. 
														Skala ini dicipta oleh 
														John E Bortle untuk 
														membantu peminat-peminat 
														kaji falak amatur 
														membandingkan tahap 
														kegelapan langit di 
														sesuatu tempat 
														pencerapan dengan tempat 
														pencerapan lain. 
														Berdasarkan skala ini, 
														Kuala Selangor yang 
														pernah diklasifikasikan 
														sebagai kelas 1 sebelum 
														ini, kini berada di 
														kelas 8, iaitu langit 
														terbias dengan warna 
														putih atau oren 
														disebabkan cahaya lampu. 
														Nurul Hafsah mengeluh 
														apabila Kuala Selangor 
														yang baru empat tahun 
														ditinggalkannya telah 
														berubah. Budiman 
														mengakui penduduk Kuala 
														Selangor belum menyedari 
														bahawa pembangunan dan 
														kemudahan yang dinikmati 
														jika tidak dirancang 
														dengan teliti akan 
														membawa kesan buruk 
														terhadap alam sekitar. 
														Nurul Hafsa terkejut 
														namun gembira  apabila 
														menyedari bahawa Budiman 
														turut menyokong usahanya 
														untuk menyelamatkan 
														Kuala Selangor daripada 
														terus tercemar akibat 
														pembangunan yang tidak 
														terancang.    | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 5: 
														
														
														Jiwa ayahanda 
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Tan Sri Muhaimin 
														mengambil tempat 
														pemandunya yang 
														keletihan menunggu 
														kepulangan beliau di 
														lapangan terbang dan 
														memandu laju ke sebuah 
														kawasan kampung tempat 
														projek rumah Ikhtiar 
														TeknoAlam yang didiami 
														anaknya Muhammad Taufik. 
														Sepanjang pemanduannya, 
														beliau mengimbas kembali 
														kenangan perpisahan 
														antara beliau dengan 
														isterinya Maryam Wickham 
														Abdullah kerana Muhammad 
														Taufik telah menghantar 
														pesanan ringkas tentang 
														kehadiran bekas 
														isterinya untuk bermalam 
														di situ. Beliau berasa 
														puas dapat membuktikan 
														kepada bekas isterinya 
														bahawa beliau telah 
														melakukan yang terbaik 
														untuk anak mereka. 
														Sesampai beliau di rumah 
														Muhamamad Taufik, air 
														muka beliau berubah 
														apabila dimaklumkan 
														anaknya bahawa Puan 
														Maryam telah pulang. 
														Beliau tetap bertanyakan 
														khabar Puan Maryam 
														kepada anaknya ketika 
														mereka bersama dengan 
														pemandunya Sobirin 
														menghadap hidangan yang 
														dimasak Puan Maryam 
														sebelum bekas isterinya 
														itu pergi. Walaupun Tan 
														Sri Muhaimin terpaksa 
														melepaskan isterinya 
														kerana perbezaan 
														pendapat dan membawa 
														haluan masing-masing, 
														namun mereka tidak 
														pernah bermusuh dan 
														zuriat menjadi 
														penyambung silaturahim 
														mereka berdua. 
														  | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 6: 
														
														
														Cita-cita 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														Nurul Hafsa membuat 
														keputusan untuk bercakap 
														dengan Puan Foziah, 
														Pegawai Atasan Pejabat 
														Majlis Daerah Kuala 
														Selangor berkaitan 
														dengan laporan tentang 
														tahap kecerahan langit 
														Kuala Selangor yang 
														telah dihantarnya. Namun 
														demikian, Nurul Hafsa 
														hanya dinasihati agar 
														tidak mengharapkan 
														sebarang tindkan diambil 
														kerana Puan Foziah 
														memaklumkan tiada 
														undang-undang alam 
														sekitar yang telah 
														dilanggar di Kuala 
														Selangor. Namun 
														demikian, Nurul hafsah 
														tetap mengingati 
														janjinya terhadap 
														kumpulan pengunjung 
														kanak-kanak dari Jepun 
														yang ingin melihat 
														bintang di Kuala 
														Selangor dan impiannya 
														yang sejak dulu hingga 
														kini adalah untuk 
														menjadikan Kuala 
														Selangor, Bukit Melawati 
														dan Balai Cerap Sultan 
														Salahuddin tempat 
														tumpuan peminat-peminat 
														langit seluruh dunia 
														melihat bintang. Dalam 
														masa yang sama, Nurul 
														Hafsah bertanyakan 
														abangnya Budiman sama 
														ada dirinya telah hilang 
														akal dan bimbang tentang 
														hal yang remeh-temeh. 
														Budiman menasihati Nurul 
														Hasfa agar bertenang dan 
														beristighfar serta 
														mendengar kata hati. 
														Akhirnya, dia bertekad 
														tidak akan membiarkan 
														masalah pencemaran di 
														Kuala Selangor daripada 
														terus berlaku. Mereka 
														sedar perkara ini tidak 
														boleh dilakukan tanpa 
														bantuan orang lain. 
														Budiman bersedia untuk 
														membawa adiknya berjumpa 
														dengan ‘ lelaki 
														kelip-kelip’. Lelaki 
														tersebut merupakan 
														individu yang memagar 
														sungai kecil di kawasan 
														orang melihat 
														kelip-kelip dan dialah 
														juga yang menghantar 
														Budiman pulang ke rumah 
														dengan kereta hibrid. 
														Pada awalnya, Nurul 
														Hafsa tidak senang 
														dengan lelaki tersebut, 
														namun Budiman menasihati 
														adiknya agar tidak 
														terburu-buru bersangka 
														buruk terhadap orang 
														lain.  Nurul Hafsa 
														bersedia untuk berjumpa 
														lelaki tersebut dengan 
														folio yang dihasilkannya 
														dengan tajuk Kuala 
														Selangor: Kawasan Simpan 
														Langit Gelap. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 7: 
														
														
														Lelaki kelip-kelip 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														Nurul Hafsa menyiapkan 
														dirinya untuk bertemu 
														lelaki kelip-kelip 
														dengan berhati-hati. Dia 
														beranggapan bahawa dia 
														akan bertemu dengan 
														seorang lelaki 
														berpangkat bapa dan 
														berpengaruh seperti yang 
														dikatakan oleh abangnya, 
														Budiman. Setelah mereka 
														berdua sampai di kawasan 
														rumah lelaki 
														kelip-kelip, Nurul Hafsa 
														ternampak seorang lelaki 
														muda sedang membuat 
														kerja-kerja pertukangan 
														yang melibatkan 
														pembinaan sebuah 
														peralatan pertanian 
														kecil-kecilan. Apabila 
														Nurul Hafsa melihat 
														wajah lelaki tersebut, 
														mindanya cuba mengingati 
														kembali wajah-wajah yang 
														pernah dia lihat 
														sepanjang usianya. 
														Akhirnya, Nurul Hafsa 
														mengecam wajah lelaki 
														tersebut. Budiman 
														memanggil lelaki 
														tersebut dengan nama 
														Muhammad Taufik dan 
														bertanyakan beliau sama 
														ada masih mengingati 
														adiknya, Nurul Hafsa. 
														Rupa-rupanya Muhammad 
														Taufik merupakan rakan 
														sekolah abangnya ketika 
														bersekolah di Tanjung 
														Keramat. Budiman 
														memaklumkan bahawa 
														selepas tahun 6, dia 
														belajar di Otago. Dalam 
														masa yang sama, Nurul 
														Hafsa menyindir 
														perbuatan Muhammad 
														Taufik yang memagar 
														sebahagian daripada 
														sungai Selangor. 
														Muhammad Taufik 
														menjelaskan bahawa dia 
														yang meminta ayahnya 
														membelikan tanah yang 
														menyusuri tepi anak 
														sungai di Kampung 
														Kuantan, terus ke 
														kampung Api-api yang 
														berkeluasan 50 hektar. 
														Semua ini dilakukannya 
														apabila dia mendapati 
														populasi kelip-kelip di 
														Kampung Kuantan semakin 
														berkurangan akibat 
														kehadiran pelancong yang 
														ramai dengan bunyi enjin 
														motor bot, cahaya lampu 
														di jeti, pencemaran air 
														sungai, pemusnahan 
														kawasan paya bakau, 
														cahaya dari kawasan 
														petempatan manusia dan 
														cahaya roda ferris 
														yang semuanya membawa 
														ancaman kepada populasi 
														kelip-kelip. Dia memagar 
														anak sungai tersebut 
														dengan harapan 
														kelip-kelip mempunyai 
														tempat untk bersembunyi 
														dan akan meruntuhkan 
														pagar itu apabila 
														populasi kelip-kelip 
														sudah pulih kembali. 
														Nurul Hafsa yang 
														mendengar penjelasan 
														tersebut memohon maaf 
														daripada En. Taufik 
														kerana telah tersalah 
														anggap terhadap pemuda 
														tersebut.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 8: 
														
														
														Bebas Grid  | 
														
														 
														
														Budiman mencadangkan 
														Muhammad Taufik 
														menunjukkan projek yang 
														sedang dilaksanakannya 
														kepada Nurul Hafsa. 
														Muhammad Taufik 
														bersetuju lalu mengajak 
														Budiman dan adiknya 
														meneliti rumah 
														tradisional Melayu yang 
														mempunyai ciri-ciri 
														berteknologi tinggi yang 
														dibinanya. Setelah 
														mendengar penjelasan 
														Muhammad Taufik tentang 
														sistem rumah tersebut, 
														lalu Nurul Hafsa membuat 
														kesimpulan bahawa 
														Muhammad Taufik mencipta 
														satu model tempat 
														tinggal di luar grid. 
														Muhammad Taufik mengakui 
														bahawa dia hendak 
														mendirikan rumah di atas 
														tanah satu per lapan 
														ekar untuk sebuah 
														keluarga, yang dapat 
														mengurangkan 
														kebergantungan penduduk 
														terhadap grid utiliti 
														yang sedia ada. 
														Hasratnya adalah untuk 
														menyampaikan mesej dan 
														menanamkan kesedaran 
														bahawa apabila manusia 
														kembali bergantung 
														kepada alam semula jadi 
														secara terus, manusia 
														akan menyedari betapa 
														pentingnya alam sekitar. 
														Hal ini disokong oleh 
														Nurul Hafsa. Sepanjang 
														pertemuan tersebut, 
														Nurul Hafsa sering 
														bersetuju dengan 
														pendapat Muhammad Taufik 
														menyebabkan abangnya, 
														Budiman tersenyum 
														melihat gelagat dua 
														pencinta alam etrsebut. 
														Namun begitu, dia sedar 
														bahawa adiknya Nurul 
														Hafsa dan sahabatnya 
														Muhammad Taufik 
														emmpunyai misi penting 
														yang tidak boleh 
														dilalaikan dengan emosi. 
														Akhirnya, Muhammad 
														Taufik mengingatkan 
														Nurul Hafsa tentang 
														tujuan asal mereka 
														bertemu Muhammad Taufik 
														menolongnya membawa 
														kembali kegelapan ke 
														Kuala Selangor. 
														
														
														   | 
													 
												 
												
												
												  
												
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 9: 
														
														
														Zuriat 
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Bab ini menceritakan 
														Muhammad Taufik meminta 
														pertolongan ayahnya Tan 
														Sri Muhaimin untuk 
														menyokong rancangannya 
														untuk menjadikan Kuala 
														Selangor satu kawasan 
														simpan langit gelap 
														secara industri untuk 
														tujuan kaji bintang 
														amatur dan profisional 
														dan untuk menghalang 
														kepupusan kelip-kelip. 
														Pertemuan Tan Sri 
														Muhaimin dengan rakan 
														lamanya Tan Sri Yahya 
														telah membuka ruang 
														kepada mereka untuk 
														berbicara tentang zuriat 
														masing-masing. Pada 
														akhir perbualan, Tan Sri 
														Muhaimin bertahmit 
														apabila menyedari bahawa 
														usaha-usaha anaknya 
														selama ini merupakan 
														gabungan ciri-ciri 
														terbaik dua orang 
														manusia bernama Muhaimin 
														dan Maryam.   
														 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 10: 
														
														
														Sidang sejuta 
														kelip-kelip 
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Muhammad Taufik 
														tersinggung jika sering 
														dikaitkan dengan 
														kedudukan dan kemewahan 
														ayahnya. Muhammad Taufik 
														ketawa mengenangkan 
														peristiwa dia selalu 
														didampingi oleh 
														perempuan-perempuan yang 
														ingin mengambil 
														kesempatan atas 
														kemewahannya. Namun 
														begitu, mereka akan 
														meninggalkannya setelah 
														mengenali Muhamad Taufik 
														yang sebenarnya. Kini, 
														dia berhadapan dengan 
														seorang gadis yang 
														terang-terangan tertarik 
														oleh 
														keistimewaan-keistimewaan 
														yang ada pada dirinya. 
														Muhammad Taufik dan 
														Nurul Hafsa bertemu di 
														dalam bilik tutorial di 
														Perpustakaan Awam Sultan 
														Syarafuddin, Kuala 
														Selangor untuk 
														berbincang tentang 
														pembentangan tentang 
														projek Kuala Selangor. 
														Di situ mereka 
														berbalas-balas hujah 
														bagi memantapkan 
														pembentangan yang akan 
														dilaksanakan nanti. 
														Budiman menemankan 
														mereka berdua tetapi 
														tidak mengganggu 
														perbincangan mereka. 
														Muhammad Taufik kagun 
														akan kesetiaan Budiman 
														sebagai saudara tua yang 
														hadir untuk menjaga 
														tatatertib perhubungan 
														antara lelaki dan wanita 
														yang bukan mahram. Nurul 
														Hafsa mengemukakan 
														rasional pelaksanaan 
														projek tersebut, iaitu 
														untuk mengembalikan 
														populasi kelip-kelip ke 
														Kuala Selangor sebelum 
														pupus sepenuhnya dan 
														mengembalikan 
														kegemilangan Kuala 
														Selangor sebagai pusat 
														kajian falak yang 
														terkenal di peringkat 
														antarabangsa. Selesai 
														perbincangan, Muhammad 
														Taufik mempelawa mereka 
														berdua ke rumahnya malam 
														tersebut untuk menebus 
														kekecewaan Nurul Hafsa 
														yang tidak dapat melihat 
														kelip-kelip di jeti 
														Kampung Kuantan tempoh 
														hari.  
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 11: 
														
														
														Lewat Satu Milenium 
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														Muhammad Taufik memilih 
														untuk menggerakkan 
														sampan menggunakan 
														pendayung, bukannnya 
														dengan menggunakan enjin 
														motobot elektrik untuk 
														membawa Nurul Hafsa dan 
														Budiman ke kawasan 
														kelip-kelip. Mereka 
														berhenti setelah sepuluh 
														minit mendayung. 
														Berdasarkan pandangan 
														Nurul Hafsa, keadaan 
														gelap di situ adalah 
														pada skala dua. Sambil 
														menantikan kelip-kelip 
														yang mula hadir, 
														Muhammad Taufik 
														menerangkan kepada dua 
														beradik itu tentang 
														jenis kelip-kelip atau 
														dalam bahasa 
														saintifiknya 
														pteroptyx tener.  
														Kemudian bilangan 
														kelip-kelip menjadi 
														semakin banyak lalu 
														menjadi satu gerombolan 
														kelip-kelip yang 
														berkerlipan secara 
														serentak bagaikan 
														lingkaran Bimasakti. 
														Pada malam itu Nurul 
														Hafsa terkejut apabila 
														dimaklumkan Muhammad 
														Taufik bahawa Puan 
														Wickham ialah ibunya. 
														Nurul Hafsa bersetuju 
														dengan permintaan 
														Muhammad Taufik bahawa 
														dia akan meneruskan 
														pencerapan data populasi 
														kelip-kelip andai 
														sesuatu terjadi kepada 
														Muhammad Taufik. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 12:  
														
														
														Strategi 
														
														
														   | 
														
														 
														
														Muhammad Taufik akan 
														mengambil masa seminggu 
														untuk meminta bapanya 
														menggunakan pengaruh 
														beliau agar dia dan 
														Nurul Hafsa dapat 
														bertemu dengan pegawai 
														daerah dan panel 
														penasihatnya. Di hadapan 
														dua insan penting 
														tersebut, Nurul Hafsa 
														memulakan pembentangan 
														dengan membaca surah 
														al-A,raaf, ayat 56.  
														Setelah dia dan Muhammad 
														Taufik selesai membuat 
														pembentangan dan 
														menjelaskan segala 
														kekeliruan Dato’ Haji 
														Mustofa , pegawai daerah 
														Kuala Selangor, mereka 
														meminta Beliaumeneliti 
														cadangan mereka untuk 
														mewartakan Kuala 
														Selangor sebagai kawasan 
														simpan langit gelap yang 
														pertama di negara ini.  | 
													 
												 
												
												
												  
												
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 13: 
														
														
														Dendam kembali mekar 
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Dalam bab ini, Dato’ 
														Haji Mustafa telah 
														mengunjungi individu 
														bernama Johann 
														Arlington- Majid. Beliau 
														memaklumkan minat 
														mendalam menteri besar 
														terhadap idea projek 
														Kawasan Simpan Langit 
														Gelap. Johann marah 
														dengan berita tersebut 
														kerana hal itu bermakna 
														dia tidak dapat 
														meneruskan penguasaan 
														tender membekalkan 
														lampu-lampu daripada 
														syarikat miliknya. 
														Johann merupakan ahli 
														perniagaan yang hanya 
														mementingkan kekayaan. 
														Dia merupakan  musuh 
														lama Tan Sri Muhaimin 
														apabila Marion Wickham 
														wanita yang dicintainya 
														memilih Tan Sri Muhaimin 
														sebagai suami. Dato’ 
														Mustafa memaklumkan 
														bahawa Muhammad Taufik 
														akan  membuat 
														pembentangan terbuka 
														tentang projek tersebut 
														di hadapan menteri 
														besar, ahli akademik, 
														ahli perniagaan dan 
														orang awam di  bangunan 
														SUK Shah Alam. Beliau 
														meminta Johann untuk 
														belajar dan memberikan 
														tempoh selama seminggu 
														untuk berfikir bagi 
														mendapatkan tender 
														projek tersebut jika 
														mahu. Namun Johann tetap 
														berkeras dengan 
														pendiriannya, dan rasa 
														tamaknya. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 14: 
														
														
														Gelap dalam terang 
														
														
														   | 
														
														 
														
														Johan Arlington-Majid 
														tetap hadir dalam sesi 
														pembentangan terbuka 
														projek yang diusahakan 
														Nurul Hafsa dan Muhammad 
														Taufik. Namun 
														kehadirannya bukan untuk 
														memberi sokongan malah 
														untuk mengganggu dan 
														membuat kecoh pada hari 
														itu.  Nurul Hafsa dengan 
														ditemani Muhammad Haimin 
														disisinya telah 
														membentangkan projek 
														tersebut kepada yang 
														hadir. Segala sanggahan 
														daripada Johann telah 
														berjaya dibidas dan 
														Menteri Besar sentiasa 
														menyokong pandangan dan 
														hujahannya. Pembentangan 
														pada hari tersebut 
														banyak berkisar tentang 
														jenis penggunaan lampu 
														dan pencahayaan yang 
														sesuai. Menteri Besar 
														turut menegur sikap 
														buruk Johann dalam 
														majlis tersebut. Pada 
														akhir pembentangan 
														Menteri Besar 
														mengumumkan bahawa pihak 
														kerajaan negeri akan 
														mengiklankan tender 
														dalam masa terdekat. 
														Johann yang sentiasa 
														bergelumang dengan 
														dendam kesumat dalam 
														diam mengatur rancangan  
														untuk mengupah tiga 
														orang tonto bagi 
														menyiasat pergeragan 
														Nurul Hafsa dan Muhammad 
														Taufik dan memastikan 
														mereka tidak dapat 
														melaksanakan projek 
														tersebut. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 15: 
														
														
														Khianat 
														
														
														   | 
														
														 
														
														Nurul Hafsa memerhatikan 
														lampu-lampu jalan yang 
														terdapat di lorong 
														menuju ke rumahnya 
														sambil memandu. Walaupun 
														lorong tersebut sepi 
														tetapi dia tidak pernah 
														berasa terancam. Lorong 
														ke rumahnya memang tiada 
														berorang melainkan dua 
														tiga hari kebelakangan 
														terdapat tiga orang 
														lelaki memotong rumput 
														di tepi-tepi jalan. 
														Namun demikian, dia 
														hairan walaupun tiga 
														orang pemotong rumput 
														bekerja tetapi lalang 
														masih meninggi. Ketika 
														dia menghentikan 
														kenderaannya di sisi 
														motosikal Budiman, dia 
														menerima berita Taufik 
														ditimpa kemalangan. 
														Mereka terus pergi 
														mencari Taufik dan 
														bertemu dengannya dalam 
														rimbunan lalang dengan 
														bajunya dibasahi darah 
														di bahagian rusuk. Nurul 
														Hafsa segera menelefon 
														ambulans dan Taufik 
														dibawa ke Hospital Besar 
														Tanjung Karang. Menerut 
														siasatan awal, polis 
														memberitahu walaupun 
														penyerang mengambil 
														barang-barang berharga 
														milik Taufik, namun 
														mereka meninggalkan 
														telefon bimbitnya 
														sebagai suatu mesej 
														peribadi penjenayah 
														kepada mangsa. Pihak 
														hospital memaklumkan 
														bahawa Muhammad Taufik 
														berada dalam keadaan 
														stabil. 
														
														
														   | 
													 
												 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
													
														| 
														 
														
														Bab  | 
														
														 
														
														Sinopsis  | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 16: 
														
														
														Dua kelip-kelip terakhir 
														di dunia 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Nurul Hafsa bersama 
														dengan ayah dan abangnya 
														menuju ke hospital untuk 
														melawat Muhammad Taufik. 
														Setibanya mereka di 
														sana, Nurul Hafsa 
														melihat ibu dan bapa 
														Muhammad Taufik sedang 
														berbual dan sedikit 
														bertelagah tentang 
														kejadian yang menimpa 
														anak mereka. Nurul Hafsa 
														meminta izain untuk 
														berbual dengan mereka 
														berdua dan menceritakan 
														keazaman Muhammad 
														Taufik. Selepas itu 
														mereka solat subuh 
														berjemaah di surau 
														hospital. Kemudian, 
														mereka mendapat khabar 
														tentang keadaan Muhammad 
														Taufik yang semakin baik 
														walaupun belum sedar. 
														Nurul Hafsa melawat 
														Muhammad Taufik dua hari 
														kemudian sambal ditemani 
														abangnya, Budiman. Dia 
														memohon maaf kepada 
														rakan seperjuangannya 
														itu atas segala yang 
														terjadi. Dia bersedia 
														jika Muhammad Taufik 
														ingin mengundurkan diri. 
														Namun begitu, temannya 
														itu masih berkobar-kobar 
														untuk meneruskan 
														perjuang mereka bersama. 
														Dalam pertemuan 
														tersebut, Muhammad 
														Taufik sempat 
														bertanyakan Nurul Hafsa 
														tentang sebab dia tidak 
														memakai selendang hitam 
														bermanik Kristal.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 17:  
														
														
														Jalan yang ditinggalkan 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														Tan Sri Muhaimin 
														memberitahu Muhammad 
														Taufik ketika beliau dan 
														bekas isterinya berada 
														di hospital bersama 
														Muhammad Taufik bahawa 
														Ketua Inspektor Lim 
														menasihati beliau agar 
														memberitahu pihak media 
														bahawa kejadian yang 
														menimpa anaknya 
														merupakan kejadian 
														jenayah biasa bagi 
														memudahkan pihak polis 
														menjalankan siasatan. 
														Namun begitu, Muhammad 
														Taufik tidak bersetuju 
														dan meminta ayahnya 
														memberitahu perkara 
														sebenar bahawa serangan 
														tersebut bermotifkan 
														khianat kerana dia yakin 
														motif serangan tersebut 
														adalah untuk membuktikan 
														kegelapan sebagai punca 
														jenayah seterusnya 
														menghalang projek 
														kawasan Simpanan Langit 
														Gelap akan dihentikan. 
														Setelah Menteri Besar 
														berbincang dengan Tan 
														Sri Muhaimin melalui 
														perbualan telefon, 
														keesokan harinya akhbar 
														mengeluarkan berita 
														bahawa Kuala Selangor 
														Akan Diwartakan Sebagai 
														Kawasan Simpan Langit 
														Gelap.  | 
													 
												 
												
												
												  
												
													
														| 
														 
														
														Bab  | 
														
														 
														
														Sinopsis  | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 18: 
														
														
														Kerasukan 
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Sejak Muhammad Taufik 
														dimasukkan ke hospital, 
														sudah hampir seminggu 
														kerja mencerap populasi 
														kelip-kelip terhenti. 
														Sebagai menunaikan janji 
														mereka terhadap Muhammad 
														Taufik, Nurul Hafsa dan 
														Budiman meneruskan kerja 
														tersebut dengan 
														menggunakan peralatan 
														pencerapan yang telah 
														disampaikan oleh Tan Sri 
														Muhaimin kepada mereka 
														berdua. Ketika meranduk 
														semak samun untuk balik 
														ke kereta mereka selepas 
														melakukan aktiviti 
														pencerapan, tiba-tiba 
														Nurul Hafsa terdengar 
														suatu bunyi dan 
														ternampak Budiman 
														tergelimpang di tanah. 
														Sepantas kilat, dia 
														dicapai oleh 
														tangan-tangan ganas. Dia 
														ternampak susuk tiga 
														orang lelaki sebelum 
														mulutnya dibalut dengan 
														pita pelekat bersaiz 
														lebar dan kepalnya 
														disarung dengan kain 
														gelap. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 19: 
														
														
														Selendang hitam manik 
														kristal 
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Muhammad Taufik 
														bersiap-siap untuk 
														keluar dari Hospital dan 
														mengikut ibunya pulang 
														ke Otago apabila dia 
														kejutkan dengan 
														jambangan bunga berbalut 
														selendang hitam bermanik 
														kristal. Dia menjumpai 
														sekeping nota dalam 
														jambangan tersebut yang 
														memintanya berada di 
														stesen petronas pada jam 
														8.30 pagi hari tersebut. 
														Hatinya bertambah bibang 
														apabila melihat 
														kerongsang yang 
														yakininya milik Nurul 
														Hafsa. Muhammad Taufik 
														meminta Tan Sri Muhaimin 
														menghentikan kereta di 
														stesen petronas ketika 
														dalam perjalanan ke 
														lapangan terbang dengan 
														alasan ingin ke tandas. 
														Tanpa disedari kedua-dua 
														orang tuanya, dia pergi 
														ke tempat van putih 
														seperti yang tercatat 
														dalam nota yang 
														diterimanya. Ketika itu, 
														dia diarahkan masuk ke 
														dalam van tersebut 
														sebelum disarung 
														sebelumnya tangannya 
														diikat dan dimasukkan ke 
														dalam but kereta. 
														Kepanya disarung dengan 
														kain hitam sepanjang 
														perjalanan. Muhammad 
														Taufik dibawa ke lokasi 
														yang sama dengan tempat 
														Nurul Hafsa ditahan. 
														Menyedari situasi 
														tersebut, dia cuba 
														menenagkan Nurul Hafsa 
														walaupun tidak dapat 
														melihat apa-apa sebelum 
														dia dipukul di rusuknya 
														sehingga tidak sedarkan 
														diri.  
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 20: 
														
														
														Nyawa untuk nyawa 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Nurul Hafsa telah 
														dibebaskan oleh 
														penculik. Dia bimbang 
														dengan keadaan Muhammad 
														Taufik yang belum 
														dibebaskan. Dalam 
														keadaan tersebut, Nurul 
														Hafsa berasa bertuah 
														kerana tidak 
														dicederakan. Dia pasti 
														bahawa perancang jenayah 
														ini sebenarnya ingin 
														mencapai sesuatu yang 
														boleh diukur dengan 
														wang. Jika rancangan 
														tersebut gagal 
														sekalipun, mereka masih 
														boleh melepaskan diri 
														daripada tuduhan 
														mencederakan, merogol 
														atau membunuh mangsa.  
														Dengan bantuan pemandu 
														van sekolah yang 
														ditahannya ketika dia 
														berjalan seorang diri, 
														dia telah membuat 
														laporan polis. Haji 
														Yassir dan Budiman 
														bersyukur keran Nurul 
														Hafsa selamat. Haji 
														Yassir menenangkan Tan 
														Sri Muhaimin dengan 
														meminta beliau bersabar, 
														berdoa dan menyerahkan 
														segalnya kapada Allah. 
														Kehilangan Muhammad 
														Taufik disiarkan dalam 
														berita setiap jam di 
														semua stesen televisyen 
														tempatan. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														Bab 21:  
														
														
														Lagasi baju biru 
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab ini menceritakan 
														kronologi penculikan 
														Nurul Hafsa dan Muhammad 
														Taufik. Dengan bantuan 
														CCTV, pihak polis cuba 
														mengecam van putih yang 
														digunakan oleh penculik 
														tersebut. Malangnya, 
														nombor pendaftaran 
														kenderaan tersebut sukar 
														dikesan kerana kabur. 
														Tan Sri Muhaimin telah 
														memaklumkan kepada Ketua 
														Inspektor Lim tentang 
														pesanan ringkas yang 
														dihantar ke telefon 
														bimbitnya yang 
														memintanya menarik balik 
														sebut harga Dedaun Emas 
														jika tidak mahu menerima 
														padah. Berita tengah 
														hari yang membawa khabar 
														tentang penculikan 
														sensasi etrsebut secara 
														besar-besaran telah 
														membuahkan hasil. 
														Seorang penduduk 
														tempatan telah membuat 
														aduan tentang aktiviti 
														bukan perladangan di 
														sebuah ladang kelapa 
														sawit yang terletak jauh 
														di pedalaman Bestari 
														Jaya. Pasukan Gerak Khas 
														telah diarahkan ke 
														lokasi tersebut untuk 
														mengadakan serbuan dan 
														tangkapan. Selepas 
														berbalas tembakan, 
														Muhammad taufik berjaya 
														diselamatkan. 
														
														
														   | 
													 
													
														| 
														 
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														  
														
														
														Bab 22: 
														
														
														Cinta pejuang 
														
														
														   | 
														
														 
														
														  
														
														
														Nurul Hafsa, Haji Yassir 
														dan Budiman berada di 
														Masjid Jamik Sultan 
														Ibrahim Kuala Selangor 
														untuk menghadiri kenduri 
														kesyukuran bagi meraikan 
														pernikahan kali kedua 
														Tan Sri Muhaimin dan 
														bekas isterinya. Tan Sri 
														Muhaimin menyampaikan 
														ucapan ringkas 
														menyatakan rasa syukur 
														beliau ke hadrat Ilahi 
														dengan kembalinya anak 
														dan isteri ke pangkuan 
														beliau. Musuh 
														perniagaannya pula bakan 
														menghadapi pengadilan. 
														Dalam majlis tersebut, 
														Muhammad Taufik 
														meluahkan isi hatinya 
														terhadap Nurul Hafsa. 
														Dia telah mengembalikan 
														selendang hitam manik 
														kristal yang disimpannya 
														semenjak hari pertama 
														dia mengetahui Nurul 
														Hafsa diculik.  Muhammad 
														Taufik menyampaikan 
														hasratnya untuk 
														menghantar rombongan 
														lamaran ke kediaman 
														orang tau Nurul Hafsa. 
														Dalam keadaan malu dan 
														meminta diri untuk 
														membantu mengemaskan 
														kenduri yang baru 
														selesai, dia menerima 
														pesanan ringkas daripada 
														Muhammad Taufik bertulis
														kita ialah dua 
														kelip-kelip terakhir di 
														dunia. 
														
														
														   | 
													 
												 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												TEMA 
												
												
												-         
												
												
												Kegigihan anak muda dalam usaha 
												melestarikan alam sekitar. 
												
												
												Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan 
												Budiman telah bersatu hati dalam 
												berjuang untuk melestarikan alam 
												sekitar. Mereka cuba memulihkan 
												populasi kelip-kelip dan 
												mengembalikan kegelapan langit 
												di Kuala Selangor sebagai 
												kawasan mencerap bintang. Mereka 
												telah berusaha mendapatkan 
												sokongan pihak kerajaan terhadap 
												projek Kawasan Simpan Langit 
												Gelap yang pertama di Asia 
												Tenggara. Dalam masa yang sama 
												Muhammad Taufik sedang 
												mengusahakan projek perumahan 
												Ikhtiar TeknoAlam dengan membina 
												rumah mesra alam.  
												
												
												  
												
												
												PERSOALAN 
												
												
												1.   
												
												
												Persoalan kebijaksanaan dalam 
												menangani masalah. 
												
												
												-         
												
												
												Nurul Hafsa mengemukakan hujah 
												bijak yang dapat diterima oleh 
												kumpulan pengunjung Balai Cerap 
												Sultan Salahuddin, Kuala 
												Selangor pada malam bintang 
												tidak dapat dicerap dengan mata 
												kasar akibat langit tidak 
												menjadi gelap pada waktu malam. 
												
												
												  
												
												
												2.   
												
												
												Persoalan hubungan kasih sayang 
												antara ibu dengan anak. 
												
												
												-         
												
												
												Puan Wickham tetap mengambil 
												berat tentang projek Ikhtiar 
												TeknoAlam yang diusahakan 
												anaknya Muhammad Taufik walaupun 
												mereka jarang-jarang dan sukar 
												untuk bertemu. 
												
												
												  
												
												
												3.   
												
												
												Persoalan cinta akan alam 
												sekitar. 
												
												
												-         
												
												
												Budiman dan adiknya sama-sama 
												prihatin terhadap pencemaran 
												cahaya yang berlaku di Kuala 
												Selangor dan berazam untuk 
												menyelamatkan Kuala Selangor 
												daripada pencemaran akibat 
												pembangunan yang tidak terancang. 
												
												
												  
												
												
												4.   
												
												
												Persoalan penceraian tidak 
												menghalang kasih sayang antara 
												ibu bapa dengan anak. 
												
												
												-         
												
												
												Puan Wickham dan Tan Sri 
												Muhaimin tidak pernah bermusuh 
												tentang penjagaan anak mereka 
												Muhamad Taufik, malah sering 
												memberikan sokongan kepadanya 
												walaupun mereka telah bercerai. 
												
												
												  
												
												
												5.   
												
												
												Persoalan ketaatan kepada ajaran 
												agama 
												
												
												-         
												
												
												Budiman menemani Nurul Hafsa 
												ketika berbincang dengan 
												Muhammad Taufik di bilik 
												tutorial di Perpustakaan Awam 
												Sultan Syarafuddin, Kuala 
												Selangor kerana mereka bukan 
												mahram. 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												6.   
												
												
												Persoalan perasaan dendam yang 
												tidak berkesudahan 
												
												
												-         
												
												
												Johan Arlington-Majid menaruh 
												dendam yang tidak pernah padam 
												terhadap Tan Sri Muhaimin 
												berpunca daripada Maryam Wickham 
												memilih Tan Sri Muhaimin sebagai 
												suami sehingga membawa kepada 
												kes penculikan anak mereka, 
												iaitu Muhammad Taufik. 
												
												
												  
												
												
												   |