| 
														 
														
														i.   Cikgu Amirulnizam 
														(Abdullah Kayan) berada 
														di balai raya untuk 
														belajar dan menyaksikan 
														rakan-rakan dan anak 
														muda sedang belajar dan 
														berlatih menari zapin.  
														Dia tertarik hati dengan 
														anak Tauke Lim (Tauke 
														Ong) , Ai Ling (Ong See 
														Hwa) yang turut serta 
														dalam aktiviti itu.  
														Setelah selesai 
														berlatih, Amirulnizam 
														berbual-bual dengan 
														Tauke Lim. Anak Tauke 
														Lim itu mengingatkannya 
														kepada Aiman (Haiqal).  
														Semasa di rumah, 
														Amirulnizam berehat 
														sambil memandang rumah 
														Tauke Lim. Amirulnizam 
														teringat peristiwa 
														sewaktu Tauke Lim 
														mula-mula datang ke 
														kampungnya.  Asalnya dia 
														seorang yang susah dan 
														datang berjumpa dengan 
														arwah ayahnya untuk 
														mengambil upah menoreh 
														kebun getah milik ayah 
														yang terbiar selama 
														ini.  Sejak hari itu 
														hubungan ayah dan Tauke 
														Lim bertambah baik.  Dia 
														seorang yang rajin 
														sehingga mampu mengumpul 
														duit untuk membeli tanah 
														kebun ayah.  sudah 18 
														tahun dia menetap di 
														kampung itu dan amat 
														disenangi oleh penduduk 
														kampung.  Semasa arwah 
														ayahnya masih hidup, dia 
														menganggap anak Tauke 
														Lim iaitu Ai Ching dan 
														Ai Ling seperti cucunya. 
														
														
														      Pada suatu pagi 
														Tauke Lim meminta 
														Amirulnizam untuk 
														menumpangkan anaknya ke 
														sekolah kerana bateri 
														keretanya tidak 
														berfungsi.  Amirulnizam 
														mencadangkan Ai Ling 
														menumpang dia sahaja ke 
														sekolah setiap hari.  
														Semasa di sekolah, 
														Amirulnizam diberitahu 
														cikgu Latifah yang Ai 
														Ling seperti berminat 
														dengan kelas Pendidikan 
														Islam.  Dia rasa dia 
														mungkin ada peluang 
														untuk rapat dengan Ai 
														Ling.  
														
														
														  
														
														
														ii.   Setelah membantu 
														Tauke Lim menggantikan 
														bateri kereta, 
														Amirulnizam dipelawa 
														oleh Tauke Lim ke pekan 
														untuk belanjanya minum.  
														Semasa berbual-bual, 
														Tauke Lim menyatakan 
														persetujuannya untuk 
														membenarkan Ai Ling 
														menumpangnya ke sekolah 
														setiap hari.  Amirul 
														berterus-terang dengan 
														Tauke Lim yang dia 
														kesunyian semenjak 
														ayahnya meninggal dunia 
														dan dia terpisah dengan 
														anaknya Aiman. 
														
														
														  
														
														
														iii.  Setelah selesai 
														latihan zapin, Pak Haji 
														Salam iaitu Ketua 
														Kumpulan Zapin Purnama 
														meminta Amirulnizam  dan 
														beberapa orang untuk 
														berkumpul.  Dia 
														menjelaskan bahawa YB 
														Samsuri akan datang ke 
														kampung itu dua minggu 
														lagi dan pegawai Yayasan 
														Wawasan Negeri juga 
														ingin datang kerana 
														hendak mengkaji dan 
														mempelajari rentak zapin 
														jincat.  Amirul diminta 
														untuk menyiapkan atur 
														cara persembahan nanti 
														agar ramai yang hadir.  
														Tauke Lim pula berjanji 
														untuk menanggung kos 
														jamuan untuk tetamu 
														nanti.  Abang Bakir 
														mencadangkan agar majlis 
														itu diselitkan dengan 
														acara deklamasi puisi  
														dan Amirulnizam dapat 
														memilih peserta melalui 
														murid sekolahnya. 
														 Amirulnizam teringat 
														kembali zaman 
														kegemilangannya dalam 
														bidang tersebut. 
														
														
														  
														
														
														iv.    Amirul berasa 
														gembira kerana Ai Ling 
														merupakan salah seorang 
														peserta yang menyertai 
														pertandingan deklamasi 
														puisi yang dirancangnya 
														di sekolah. Ai Ling 
														meminta agar Amirulnizam 
														mengajarnya cara 
														mendeklamasikan sajak.  
														Amirulnizam bersetuju 
														dan setelah berjanji, 
														petang itu Ai Ling 
														ditemani Ai Ching datang 
														ke rumahnya. Ai Ling 
														memberitahu bahawa ibu 
														bapanya membenarkannya  
														mendeklamasikan sajak di 
														rumah Amirulnizam. 
														Amirulnizam mengajak Ai 
														Ling dengan 
														bersungguh-sungguh 
														sehinggakan dia dapat 
														mendeklamasikan sajak 
														dengan baik. Setelah Ai 
														Ling dan Ai Ching 
														pulang, tiba-tiba sahaja 
														Amirulnizam teringatkan 
														Aiman. 
														
														
														  
														
														
														v.      Kemenangan Ai 
														Ling dalam pertandingan 
														deklamasi puisi 
														murid-murid tahap satu 
														telah menjadi perbualan 
														ramai. Tauke Lim sangat 
														gembira. Dia mengucapkan 
														terima kasih kepada 
														Amirunizam kerana 
														mengajar anaknya 
														sehingga menang. Tauke 
														Lim, Abang Bakir, dan 
														Roslan meminta supaya 
														Amirulnizam aktif semula 
														dalam bidang penulisan 
														sajak dan cerpen. 
														Sebenarnya, sejak 
														perpisahannya dengan 
														isteri dan anaknya, dia 
														telah membuat keputusan 
														untuk berhenti berkarya 
														kerana kehilangan 
														semangat. Kehadiran Ai 
														Ling mempengaruhi 
														hidupnya. Ai Ling 
														seolah-olah pengganti 
														kepada anaknya, Aiman 
														sebagai tempat 
														mencurahkan kasih 
														sayang.  
														
														
														  
														
														
														vi.       Kehadiran YB 
														Samsuri dan beberapa 
														pegawai Yayasan Warisan 
														disambut meriah. Ramai 
														orang kampung yang 
														datang memenuhi majlis 
														tersebut. Semasa Ai Ling 
														membuat persembahan 
														deklamasi sajak, 
														Amirulnizam 
														terbayang-bayang Ai Ling 
														dan Aiman berada di 
														pentas itu. Lamunannya 
														dikejutkan oleh tepukan 
														gemuruh orang ramai 
														setelah persembahan 
														selesai. Selepas itu, 
														pelbagai persembahan 
														lain yang 
														dipersembahkan. Majlis 
														malam itu diakhiri 
														dengan persembahan lagu 
														Gholiyabu yang 
														dinyanyikan 
														beramai-ramai oleh 
														penduduk kampung.  
														Sebelum pulang, YB 
														Samsuri berjumpa dengan 
														Amirulnizam secara 
														peribadi dan mengucapkan 
														tahniah kepadanya.  
														Beliau berharap agar 
														Amirulnizam dapat 
														mengembangkan sastera 
														dan bahasa  di kampung 
														itu dan menjadikan 
														Kampung Seri Purnama 
														sebagai perkampungan 
														sastera. 
														
														
														  
														
														
														vii.  Ai Ling sudah 
														berusia dua belas tahun 
														dan Amirulnizam 
														menganggapnya seperti 
														anaknya sendiri.  
														Kesihatan yang kurang 
														memuaskan telah 
														membataskan 
														aktivitinya.  Suatu 
														petang Amirulnizam 
														membawa Ai Ling dan Ai 
														Ching ke Pantai 
														Punggur.  Amirulnizam 
														berbual-bual dengan Ai 
														Ling.  Ai Ling bertanya 
														tentang anak Amirulnizam 
														iaitu Aiman.  
														Amirulnizam memberitahu 
														bahawa Aiman berada di 
														Terengganu dan seusia 
														dengan Ai Ling.  Ai Ling 
														teringin untuk berjumpa 
														dengan Aiman dan 
														berkawan dengannya. 
														
														
														  
														
														
														viii.  Amirulnizam 
														semakin sibuk dengan 
														persiapan aktiviti untuk 
														acara sambutan Hari 
														Kemerdekaan peringkat 
														mukim dan program 
														Berkampung Bersama Puisi 
														yang akan dilancarkan 
														tidak lama lagi.  Tahap 
														kesihatannya semakin 
														merosot dan bergantung 
														kepada ubat untuk 
														mengurangkan kesakitan.  
														Petang itu Ai Ling 
														datang ke rumah 
														Amirulnizam.  Dia 
														bertanyakan helaian 
														kertas kajang yang 
														ditulis oleh 
														Amirulnizam.  
														Amirulnizam berjanji 
														akan menjadikan Ai Ling 
														orang pertama yang 
														membaca hasil tulisan 
														itu apabila siap nanti.  
														Bagi Amirulnizam, Ai 
														Ling merupakan orang 
														yang menjadikan hidupnya 
														yang kesepian menjadi 
														lebih bermakna.  Ai Ling 
														bertanyakan keadaan 
														Amirulnizam yang 
														kelihatan pucat dan 
														kurus. Namun dia 
														menjelaskan bahawa dia 
														penat dan banyak kerja.  
														Ai Ling juga turut 
														bertanya tentang Aiman 
														yang menyebabkan 
														Amirulnizam sukar untuk 
														menjawabnya. 
														
														
														  
														
														
														ix.   Dua hari sebelum 
														majlis pelancaran Malam 
														Sekampung Puisi 
														dilangsungkan, segala 
														persiapan majlis itu 
														berjalan dengan rancak.  
														Amirulnizam menggunakan 
														masanya hingga larut 
														malam untuk menyiapkan 
														puisi yang akan 
														dideklamasikannya dan 
														sempat menaip dan 
														menyimpan manuskripnya.  
														Sakit kepalanya semakin 
														kerap menyerang.  Pada 
														malam itu dia rasa aneh 
														kerana kerinduan 
														terhadap Aiman begitu 
														kuat .  Dia hanya mampu 
														menatap gambar anaknya 
														sambil menangis 
														teresak-esak.  |