| 
												 
												
												1.    
												
												
												
												Novel  Songket  Berbenang  Emas 
												(Khairuddin Ayip) 
												 
												  
												
												
												
												Sinopsis Keseluruhan 
												
												
												Novel ini mengisahkan kehidupan 
												Dahlia, seorang murid yang 
												cerdik dan disenangi oleh 
												teman-temannya. Namun, Dahlia 
												menghadapi masalah keluarga 
												sehingga mengganggu tumpuannya 
												terhadap peperiksaan STPM yang 
												bakal didudukinya. Sebagai anak 
												sulung, Dahlia terpaksa 
												memberikan perhatian kepada 
												adik-adiknya setelah pelbagai 
												masalah melanda keluarganya. 
												Ibunya, Saleha dirawat di 
												Hospital Permai kerana mengalami 
												masalah tekanan mental. Ayahnya 
												dipatuk ular sehingga dimasukkan 
												ke wad selama beberapa hari. 
												Adik lelakinya pula terpengaruh 
												dengan kawan-kawan sehingga 
												tidak berminat untuk belajar. 
												Situasi ini telah menyebabkan 
												Dahlia terpaksa keluar dari 
												asrama untuk menjaga 
												adik-adiknya. Tekanan hidup 
												Dahlia semakin bertambah apabila 
												hubungannya dengan Azhari 
												dipandang serong oleh jirannya. 
												Tindakan berani Dahlia terjun ke 
												sungai untuk menyelamatkan Said 
												tidak dihargai, malah dicemuh 
												pula kerana gagal 
												menyelamatkannya. Walau 
												bagaimanapun, Dahlia tetap tabah 
												menghadapi dugaan. Hadiah atas 
												kesabarannya menghadapi pelbagai 
												dugaan hidup ialah kejayaan 
												Dahlia yang dapat melanjutkan 
												pelajaran ke Jepun dan 
												pertunangannya dengan Azhari. 
												 
												
												
												
												Sinopsis Bab demi Bab 
												 
												
												
												
												Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
												 
												
												
												Setelah penat berlatih bola 
												jaring untuk bertanding dengan 
												pelajar tingkatan enam rendah, 
												Dahlia berbual-bual dengan Siti 
												Wangi, rakan karibnya mengenai 
												kertas kerja yang disuruh oleh 
												Cikgu Hisyam. Dia memberitahu 
												Siti Wangi, isi telah dicari 
												tetapi fakta-fakta masih tidak 
												lengkap.  
												
												
												Kemudian, Kavita datang menemui 
												Dahlia dengan membawa pesanan 
												seorang lelaki mahu bertemunya 
												di kantin. Dahlia pergi bertemu 
												dengan lelaki itu yang bernama 
												Azhari. Lelaki itu memberitahu 
												Dahlia, dia telah habis belajar 
												dan akan mendapat segulung 
												ijazah pada bulan Ogos nanti. 
												Azhari juga memaklumkan  
												keluarganya akan datang ke rumah 
												Dahlia untuk tujuan merisik. 
												Dahlia meminta Azhari mengerti 
												bahawa dia masih belajar dan 
												ingin membantu keluarganya 
												kerana dia merupakan anak 
												sulung.  
												
												
												
												Bab 2: Detik-detik Hati 
												Tersentuh  
												
												
												Pada petang itu, Azhari 
												menghantar Dahlia pulang ke 
												kampungnya tetapi sehingga ke 
												jambatan sahaja. Jirannya yang 
												bernama Aton telah menegurnya 
												semasa dia turun dari kereta 
												Azhari. Aton juga menyindir 
												Dahlia yang selalu balik dengan 
												mengatakan bahawa dia tidak suka 
												tinggal di asrama. Dahlia 
												membalas sindiran Aton dengan 
												mengatakan bahawa orang tuanya 
												masih ada. Dahlia tidak suka 
												akan Aton kerana Aton mengatakan 
												emaknya tak betul.  
												
												
												Sewaktu sampai di rumahnya, 
												Dahlia terdengar adiknya, 
												Anggerik menangis kelaparan. 
												Melati memberitahu emak mereka 
												telah keluar rumah dan belum 
												pulang lagi. Dahlia terus 
												mendapatkan Anggerik dan 
												memarahi Melati kerana membuat 
												susu yang terlalu cair. 
												Sebenarnya, susu telah habis. 
												Dahlia telah menyiapkan makan 
												malam manakala Melati disuruh 
												pergi ke kedai Tauke Lim untuk 
												membeli susu dan gula pasir 
												sekilo  secara hutang.   
												 
												
												
												Selepas itu, Dahlia pergi 
												mencari emaknya di kebun getah. 
												Dahlia terdengar emaknya 
												bercakap sendirian dan tidak 
												mempedulikan panggilannya. Hati 
												Dahlia benar-benar tersentuh 
												apabila melihat ibunya sebegitu. 
												Emaknya juga tidak mengenalinya 
												menyebabkan Dahlia menangis. 
												Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul 
												dan bertanyakan sebab Dahlia di 
												situ kerana sudah masuk waktu 
												Maghrib. Dahlia menuding ke arah 
												emaknya. Embong cuba memujuk 
												Saleha balik ke rumah tetapi 
												Saleha mengatakan rumahnya di 
												tengah kebun getah itu dan dia 
												tidak mahu diganggu. Dahlia 
												mencadangkan ayahnya supaya 
												mendapatkan bantuan orang 
												kampung sebelum emaknya pergi 
												lebih jauh ke dalam kebun.
												 
												
												
												
												Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
												 
												
												
												Selepas solat Isyak, Dahlia 
												asyik befikir tentang penyakit 
												emaknya itu. Dia tertanya-tanya 
												sama ada emaknya terkena buatan 
												orang. Akan tetapi, Dahlia tidak 
												tahu orang yang berhasad dengki 
												dengan keluarganya. Akhirnya, 
												Dahlia pasrah dan mengakui 
												bahawa semua yang berlaku itu 
												adalah ketentuan Allah. Dahlia 
												berdoa agar Allah menguatkan 
												imannya, memberi ketabahan dan 
												kekuatan untuk melalui hari-hari 
												yang mendatang. Dia juga berdoa 
												agar emaknya pulih seperti 
												sediakala. Setelah habis berdoa, 
												Dahlia terdengar suara Nek 
												Kiah,ibu kepada emaknya.  
												 
												
												
												Nek Kiah memarahi Embong kerana 
												mengikat Saleha. Ayah Dahlia 
												memberitahu, beliau terpaksa 
												berbuat sedemikian kerana takut 
												Saleha lari. Nek Kiah memang 
												tidak suka akan keluarga Dahlia 
												kerana mereka hidup dalam 
												kemiskinan. Nek Kiah 
												membandingkan keluarga Dahlia 
												dengan anak-anaknya yang lain 
												yang semuanya hidup 
												senang-lenang. Haji Sulaiman 
												selaku Ketua Kampung Parit Haji 
												Rais datang membawa orang dari 
												Hospital Batu Pahat. Tujuan 
												kedatangan mereka adalah untuk 
												membawa Saleha mendapatkan 
												rawatan. Walaupun anak-anak dan 
												Nek Kiah melarang Saleha untuk 
												dibawa ke hospital namun Embong 
												serba salah menghadapi situasi 
												itu.  
												
												
												
												Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
												 
												
												
												Dahlia menyelesaikan kerja 
												rumah, kerja sekolah dan 
												membantu  Melati menyiapkan 
												latihan Matematik. Dahlia 
												merebahkan dirinya di sebelah 
												Anggerik. Dahlia mengimbas 
												kembali pantun yang diungkapkan 
												oleh Azhari sewaktu 
												menghantarnya pulang pada hari 
												Khamis yang lalu. Dahlia tidak 
												sanggup untuk melukakan hati 
												sesiapa. Dia meminta agar Azhari 
												mengerti keadaan keluarganya 
												yang belum sempurna. Dahlia juga 
												meminta izin Azhari untuk 
												membaiki diri sendiri dan 
												keluarganya.  
												
												
												Pada petang Khamis itu, dia 
												dihantar oleh Azhari pulang ke 
												kampung tetapi Dahlia meminta 
												Azhari memberhentikannya jauh 
												dari rumahnya untuk mengelakkan 
												salah faham orang kampung. Pada 
												keesokan paginya,Dahlia 
												dikejutkan oleh ayahnya yang 
												menyuruhnya pergi ke sekolah. 
												Embong memberitahu Dahlia bahawa 
												beliau akan menguruskan hal 
												berkaitan adik-adik Dahlia 
												walaupun sebenarnya beliau 
												sendiri tidak tahu akan cara 
												untuk menyelesaikan masalah 
												tersebut kerana beliau terpaksa 
												bekerja mencari nafkah keluarga. 
												Perkara inilah yang menjadi 
												punca beliau tidak mahu 
												menghantar isterinya ke 
												hospital. Embong pasrah 
												memikirkan masalah tersebut, 
												beliau menyerahkan 
												segala-galanya kepada Tuhan. 
												 
												
												
												Embong mengimbas kembali 
												perbualannya dengan Saleha 
												mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah 
												yang tidak suka akan keluarga 
												mereka. Nek Kiah tidak suka 
												keluarga mereka disebabkan 
												mereka hidup miskin tidak 
												seperti anak-anaknya yang lain. 
												Anak-anak Saleha dan Embong 
												tidak diumpamakan sebagai cucu 
												oleh Nek Kiah. Embong juga  
												teringat semula peristiwa 
												isterinya pernah memberitahu 
												bahawa sejak belakangan ini 
												beliau terasa ada bayang-bayang 
												mengejarnya. Telinganya juga 
												sering terdengar suara yang 
												pelik-pelik. Badannya juga 
												terasa lemah.   
												
												
												Embong dikejutkan oleh suara 
												Dahlia yang disangkakan 
												isterinya. Embong memberitahu 
												Dahlia doktor memaklumkan 
												emaknya hanya runsing, Embong 
												tidak menceritakan perkara 
												sebenar yang berlaku kepada 
												Saleha di bilik kurungan di 
												hospital  itu kerana bimbang 
												Dahlia tidak dapat menumpukan 
												perhatian terhadap pelajarannya. 
												Embong juga memberitahu bahawa 
												beliau akan memetik buah kelapa 
												sawit Haji Sulaiman pada 
												keesokannya. Mereka dikejutkan 
												oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang 
												sudah tiga hari tidak balik ke 
												rumah dan rela menjadi 
												gelandangan setelah mendapat 
												gred  tiga dalam SPM. 
												 
												
												
												
												Bab 5: Kata Setajam Pedang
												 
												
												
												Dahlia menaiki bas JMBC berjalur 
												merah untuk ke sekolah. Dia yang 
												sepatutnya pulang pada hari 
												Sabtu ke asrama tidak berbuat 
												demikian kerana adiknya, 
												Anggerik asyik menangis. Dahlia 
												tidak rela dituduh  mementingkan 
												diri sendiri oleh sebab itu dia 
												pergi ke sekolah pada hari Ahad 
												itu dari rumahnya. Dahlia sampai 
												lewat ke Sekolah Menengah 
												Kebangsaan Temenggong Ibrahim 
												iaitu lima minit pukul lapan 
												pagi. Pintu pagar telah 
												berkunci. Dahlia ternampak Cikgu 
												Salwani, warden asramanya sedang 
												menuju ke bilik guru. Dahlia 
												ditanya oleh Cikgu Salwani punca 
												kelewatannya dan meminta Dahlia 
												berjumpa dengannya pada petang 
												itu.   
												
												
												Dahlia tidak dapat menumpukan 
												perhatiannya di dalam kelas. Dia 
												asyik teringat emak, Anggerik 
												dan ayahnya. Siti Wangi 
												mengingatkan Dahlia, mereka ada 
												janji temu pada pukul 2:00 
												petang untuk membincangkan 
												kertas kerja yang akan 
												dibentangkan pada hari Khamis. 
												Dahlia memberitahu dia tidak 
												bersedia dan pada petang itu dia 
												hendak melawat emaknya di  
												hospital. Pada petang itu, 
												Dahlia tidak bertemu dengan 
												Cikgu Salwani kerana dia risau 
												akan ditanya macam-macam. Dahlia 
												telah keluar dari asrama tanpa 
												kebenaran wardennya dan terus 
												pergi ke hospital untuk berjumpa 
												emaknya. Dahlia terserempak 
												dengan Haji Sulaiman ketika di 
												hospital. Haji Sulaiman 
												memaklumkan emaknya telah dibawa 
												ke Hospital Permai, Johor Bahru.
												 
												
												
												
												Bab 6: Ditelan Arus Deras 
												 
												
												
												Dahlia telah dihantar oleh Haji 
												Sulaiman ke rumahnya. Haji 
												Sulaiman telah memberitahu 
												abahnya tentang Saleha yang 
												telah dihantar ke Hospital 
												Permai. Abah seolah-olah 
												menyalahkan nasibnya yang 
												sebegitu. Pada petang itu Nek 
												Kiah telah datang ke rumahnya 
												bertanyakan emaknya yang 
												dikatakan telah dihantar ke 
												rumah orang gila. Dahlia amat 
												terpukul dengan perkataan  
												orang gila yang dilafazkan oleh 
												Nek Kiah, nenek yang melahirkan 
												emaknya. Nek Kiah memberitahu 
												beliau geram apabila semua orang 
												bercakap mengenai emak Dahlia di 
												balai raya. Dia memberitahu 
												punca emak Dahlia gila kerana 
												rumah itu dilanggar hantu dan 
												penuh syaitan dan selepas ini 
												mungkin ahli keluarga yang lain 
												pula akan terkena. Nek Kiah 
												telah mengeluarkan kapur dan 
												menggores pintu rumah dan pintu 
												tengah dengan tanda pangkah 
												supaya hantu tidak masuk rumah. 
												Dahlia mengucap dua kalimah 
												syahadah beberapa kali kerana 
												tidak percaya dengan tindakan 
												neneknya itu. Segala yang 
												berlaku adalah ketentuan Tuhan. 
												 
												
												
												Tiba-tiba Dahlia dikejutkan 
												dengan jeritan di tebing sungai 
												yang mengatakan Said telah 
												hilang dibawa arus sungai. 
												Dahlia terus terjun ke dalam 
												sungai untuk mencari Said. 
												Akhirnya, Dahlia telah menemui 
												Said setelah dibantu oleh 
												seorang pemuda yang bukan 
												daripada penduduk kampung itu. 
												Malangnya, denyutan jantung Said 
												sudah terhenti. Nek Kiah telah 
												menyuruh pemuda itu membawa Said 
												keliling rumah tujuh kali kerana 
												dikatakan nyawanya boleh kembali 
												tetapi malangnya Said telah 
												tiada.  
												
												
												
												Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
												 
												
												
												Dahlia menangis setelah pulang 
												daripada menziarahi mayat Said. 
												Embong kehairanan kerana selama 
												ini Dahlia telah dididik berjiwa 
												kuat dan mampu menghadapi setiap 
												dugaan. Selepas itu, Embong ke 
												rumah Aton untuk menziarahi 
												mayat Said. Said merupakan anak 
												tunggal Aton. Aton mencari 
												Embong dan memarahinya dengan 
												mengatakan anaknya, Dahlialah 
												yang menyebabkan Said mati dan 
												Embonglah yang mahu Said mati. 
												Embong terdiam mendengar 
												kata-kata Aton. Embong turun ke 
												bawah dan masuk ke dalam 
												kelompok orang ramai di halaman 
												di bawah pokok-pokok getah. 
												Embong membiarkan Aton 
												berkata-kata tentang dirinya dan 
												Dahlia, beliau yakin kebenaran 
												akan terbukti kelak. Embong 
												terdengar suara-suara yang 
												mempersoalkan kematian Said dan 
												percakapan mereka yang semakin 
												menyakitkan hatinya. Namun, 
												Embong tetap bersabar dan beliau 
												tidak mahu mencari musuh.  
												 
												
												
												Dalam perjalanan pulang ke 
												rumahnya, Embong bertemu dengan 
												Tauke Lim. Tauke Lim memuji 
												keberanian Dahlia yang cuba 
												menyelamatkan Said. Embong sudah 
												tahu punca Dahlia menangis 
												setelah pulang dari rumah Aton. 
												Memandangkan masa baru pukul 
												10.25 pagi, Embong pergi  
												memotong buah kelapa sawit di 
												Parit Haji Kadir. Embong 
												mengimbas kembali peristiwa pada 
												petang semalam ketika Dahlia 
												sedang memasak di dapur dalam 
												keadaan yang lemah selepas 
												menyelamatkan Said. Tersentuh 
												hati Embong kerana sepatutnya 
												masa remaja Dahlia dihabiskan 
												dengan buku-buku pelajaran dan 
												bukan kerja-kerja dapur. Embong 
												bertekad untuk bekerja kuat demi 
												masa depan anak-anaknya. Setelah 
												tiba di kebun kelapa sawit itu, 
												Embong terbau sesuatu. Beliau 
												ternampak ular sawa sebesar paha 
												melingkari pokok kelapa sawit. 
												Sewaktu Embong pergi mencari 
												buluh, ular sawa itu telah 
												hilang. Tanpa diduga, ular itu 
												menjatuhkan tubuh ke arah Embong 
												hingga menyebabkan Embong panik.
												 
												
												
												
												Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
												 
												
												
												Dahlia bermimpi  buruk tentang 
												ular sawa itu  yang cuba 
												membelitnya. Dahlia tersedar 
												apabila terdengar tangisan 
												Anggerik. Anggerik demam panas. 
												Dahlia bercadang untuk membawa 
												Anggerik ke klinik pada petang 
												itu. Dahlia ternampak dua orang 
												lelaki bersongkok ke rumah Aton. 
												Dia teringat semula kata-kata 
												orang yang menuduhnya lambat 
												menyelamatkan Said.   
												
												
												Dahlia melakukan kerja-kerja di 
												dapur sambil mendukung adiknya. 
												Melati meluahkan kata-kata untuk 
												berhenti sekolah dan mahu Dahlia 
												yang meneruskan persekolahannya. 
												Melati bertindak sedemikian 
												kerana malu apabila ada orang 
												yang mengatakan emak mereka 
												gila. Dahlia menasihati Melati 
												supaya tidak mendengar kata-kata 
												orang kerana orang itu tidak 
												akan menyenangkan kehidupan 
												mereka.    
												
												
												Embong pulang membawa ular sawa 
												di atas pungkis. Dahlia 
												ketakutan. Embong kehairanan 
												apabila melihat Dahlia 
												menggeletar ketakutan dan 
												menyuruhnya membuang ular itu. 
												Embong membawa ular itu pulang 
												sebagai bukti beliau telah 
												berjuang dengan maut untuk 
												menyelamatkan dirinya. Embong 
												cuba mendapatkan Dahlia untuk 
												mengetahui punca dia ketakutan. 
												Dahlia memberitahu akan mimpinya 
												itu. Embong keluar dari rumah 
												dan pergi  memerhatikan aliran 
												sungai yang deras berhampiran 
												rumahnya itu, dia memikirkan 
												kesanggupan Dahlia berjuang 
												menyelamatkan nyawa orang lain 
												sehingga sanggup mengetepikan 
												nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong 
												dikejutkan dengan kehadiran 
												seorang pemuda Melayu 
												bersama-sama gadis India yang 
												merupakan kawan Dahlia. 
												 
												
												
												
												Bab 9: Apabila Tamak Menguasai 
												Jiwa  
												
												
												Najib telah datang bersama 
												dengan Kavita untuk berjumpa 
												dengan Dahlia. Najib melihat 
												kedaifan hidup keluarga Dahlia. 
												Kini barulah dia memahami punca 
												Dahlia menolak hasratnya untuk 
												datang pada Hari Raya 
												Aidilfitri. Najib mempelawa 
												Dahlia untuk membawa adiknya ke 
												klinik.   
												
												
												Pada ketika itu, bapa saudara 
												Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke 
												rumah Nek Kiah. Seman 
												memberitahu Nek Kiah dia malu 
												apabila orang bercakap tentang 
												adiknya Saleha yang telah dibawa 
												ke hospital di Johor Bahru. 
												Seman menuduh Embong mempelajari 
												ilmu sehingga Leha sanggup 
												berkahwin dengannya yang tidak 
												diketahui asal usulnya. Seman 
												mencadangkan agar tanah yang 
												diduduki oleh keluarga Dahlia 
												dijual. Seman berjanji dengan 
												emaknya untuk mencari pembeli. 
												Nek Kiah bersetuju dengan 
												cadangan Seman apabila mendengar 
												nilai tanah itu yang dapat 
												dijual dengan harga RM15,000 .
												 
												
												
												
												Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama 
												Puteri !  
												
												
												Cikgu Salwani memarahi Dahlia 
												yang telah mengambil keputusan 
												untuk keluar dari asrama. Beliau 
												memaksa Dahlia untuk memberitahu 
												puncanya tetapi Dahlia hanya 
												memberitahu bahawa dia ada 
												masalah keluarga. Dahlia tidak 
												mahu menceritakan perkara 
												sebenar. Cikgu Salwani meminta 
												Dahlia agar jangan keluar dari 
												asrama kerana STPM tinggal hanya 
												empat bulan sahaja. Dahlia 
												menenangkan dirinya di 
												perpustakaan.   
												
												
												Tiba-tiba dia disergah oleh 
												Kavita yang memberitahu bahawa 
												Cikgu Hisyam, guru kelasnya 
												ingin berjumpa dengan Dahlia di 
												Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam 
												telah mengetahui masalah Dahlia 
												daripada Kavita yang pernah 
												berkunjung ke rumah Dahlia. 
												Cikgu Hisyam mengatakan bahawa 
												Dahlia berpotensi untuk lulus 
												dengan cemerlang dalam STPM.
												 
												
												
												
												Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah 
												Anak  
												
												
												Embong marah akan Abu Bakar, 
												anak lelaki tunggal yang tidak 
												boleh diharap dan suka 
												berseronok sahaja. Abu Bakar 
												kerap tidak pulang ke rumah. 
												Kemarahan Embong semakin membara 
												apabila Bakar tidak mempedulikan 
												kata-katanya dan terus 
												menunggang motosikal. Embong 
												teringat kembali ular sawa yang 
												telah diberikan kepada Tauke 
												Lim. Tiba-tiba Embong berasa 
												kesal dan takut. Lamunan Embong 
												terhenti apabila Mawar, anaknya 
												yang bersekolah di Sekolah 
												Menengah Sains Johor di Kluang, 
												pulang bercuti. Mawar 
												memberitahu bahawa dia balik 
												kerana rindu akan emaknya. Mawar 
												bertanya tentang emaknya tetapi 
												Embong mengatakan nanti Mawar 
												akan tahu sendiri. Pada hari 
												itu, Dahlia pergi menziarahi 
												emaknya di Hospital Permai. 
												Embong tidak pergi kerana 
												masalah kewangan. Beliau tidak 
												sanggup  lagi untuk meminjam 
												daripada Haji Sulaiman dan Tauke 
												Lim lagi walaupun mereka berdua 
												sangat baik dan suka 
												membantunya.  
												
												
												
												Bab 12: Air Mata Menitis di 
												Hospital Permai   
												
												
												Dahlia menaiki teksi ke Hospital 
												Permai. Dahlia tiba di situ pada 
												pukul 3:15 petang. Dia 
												membayangkan kedatangannya 
												disambut oleh emaknya dengan 
												baik.  Lamunan Dahlia dikejutkan 
												oleh seorang wanita berusia 
												30-an yang bertanya tentang 
												tujuan kedatangannya. Wanita itu 
												mencadangkan agar Dahlia 
												berjumpa dengan doktor yang 
												merawat emaknya. Doktor Ridhuan 
												memberitahu Dahlia penyakit 
												ibunya sudah sampai ke tahap 
												berbahaya dan ingin mengetahui 
												hal-hal yang  menyebabkan 
												emaknya menjadi sebegitu. Beliau 
												juga menjelaskan kemungkinan 
												penyakit emak Dahlia berpunca 
												daripada tekanan.   
												
												
												Doktor Ridhuan memanggil Azhari 
												untuk membawa Dahlia  melawat 
												emaknya di bilik 16. Dahlia 
												terkejut kerana Azhari bekerja 
												di situ.  Azhari memberitahu  
												bahawa dia bekerja sementara di 
												situ baru dua minggu. Azhari 
												ingin mengetahui punca Dahlia 
												berada di situ. Dahlia dan 
												Azhari pergi melawat emaknya, 
												tetapi Saleha tidak mengenali 
												anaknya itu dan dikatakan Dahlia 
												sebagai pengutip hutang. Keadaan 
												tersebut sangat menyedihkan 
												Dahlia. Emaknya juga menyuruh 
												Dahlia pergi dari situ. 
												 
												
												
												
												Bab 13: Pahitnya Menelan 
												Kenyataan  
												
												
												Embong terkejut apabila melihat 
												Dahlia pulang dengan kereta yang 
												dipandu oleh seorang lelaki. 
												Embong berprasangka yang 
												bukan-bukan terhadap Dahlia. 
												Pada malam itu, Dahlia 
												memberitahu keluarganya supaya 
												tidak risau akan keadaan Saleha 
												yang sedang dirawat. Apabila 
												Dahlia melihat ayahnya 
												keseorangan di pintu barulah 
												Dahlia menceritakan perkara 
												sebenar. Dahlia tidak mahu 
												adik-adiknya risau akan keadaan 
												emak mereka. Tambahan pula, 
												Mawar akan menghadapi 
												peperiksaan SRP tidak lama lagi. 
												Dahlia juga memberitahu abahnya 
												bahawa dia telah keluar dari 
												asrama. Tiba-tiba, Embong 
												terdengar sesuatu di kandang 
												kambingnya. Embong terkejut 
												apabila melihat dua ekor kambing 
												peliharaannya telah hilang.
												 
												
												
												
												Bab 14: Hilang dari Kandang
												 
												
												
												Tauke Lim datang kerana mahu 
												membeli kambing Embong. Dia 
												berasa hampa apabila mendapat 
												tahu kambing tersebut telah 
												hilang. Embong meluahkan rasa 
												kesal kerana kambing itu menjadi 
												harapannya. Embong yakin kambing 
												peliharaannya telah dicuri 
												orang. Embong meminta Tauke Lim 
												memberitahu kepadanya jika ada 
												orang yang ingin menjual kambing 
												kepada Tauke Lim kerana dia 
												ingin memastikan sama ada 
												kambing itu miliknya atau milik 
												orang lain.   
												
												
												Dahlia teringat akan Azhari yang 
												tetap ingin melamarnya walaupun 
												telah mengetahui keadaan 
												emaknya. Azhari  masih ingin 
												mengikat tali pertunangannya 
												dengan Dahlia kerana ibu bapanya 
												mendesaknya berbuat sedemikian. 
												Kemudian, Dahlia dikejutkan 
												dengan kedatangan tetamu. 
												Rupa-rupanya yang datang itu 
												ialah rombongan keluarga Azhari 
												yang ingin merisiknya.   
												 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												
												Bab 15: Ingin Mempersunting 
												Bunga di Taman  
												
												
												Keluarga Azhari telah datang 
												merisik Dahlia. Embong berasa 
												berat untuk menerima lamaran 
												tersebut kerana Dahlia merupakan 
												anak sulung yang menjadi harapan 
												keluarga. Embong sangat berharap 
												Dahlia dapat belajar hingga ke 
												universiti dan dapat membantu 
												keluarga. Walau bagaimanapun, 
												ibu Azhari yang mengetuai 
												rombongan itu kerana suaminya ke 
												Kuala Lumpur. Beliau mengatakan 
												bahawa perkara itu tidak menjadi 
												halangan kepada ikatan Azhari 
												dan Dahlia. Mereka sanggup 
												menunggu Dahlia hingga tamat 
												pengajiannya. Akhirnya, Embong 
												menyerahkan keputusan itu kepada 
												Dahlia, cincin merisik 
												diletakkan dia atas meja. 
												Selepas itu, Embong bersiap-siap 
												untuk menunaikan solat di 
												masjid. Semasa mandi, Embong 
												telah dipatuk oleh seekor ular 
												di pahanya.  
												
												
												
												Bab 16: Bisa Ular Tedung 
												 
												
												
												Embong terpaksa dimasukkan ke 
												wad untuk mendapatkan rawatan. 
												Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia 
												terpaksa menguruskan banyak 
												perkara. Melihatkan keadaan itu, 
												Mawar menyuarakan hasratnya 
												untuk berhenti sekolah agar 
												dapat menjaga adik-adiknya. 
												Dahlia melarang hasrat Mawar 
												kerana Mawar pernah berjanji 
												kepada emak mereka untuk 
												memperoleh keputusan yang 
												cemerlang dalam SRP.  
												 
												
												
												Sewaktu Dahlia melawat abahnya 
												di Hospital Batu Pahat, dia 
												terserempak dengan Cikgu Hisyam 
												dan Kavita yang kebetulan 
												menghantar Siti Wangi yang 
												pengsan semasa menjalani latihan 
												bola jaring. Kemudian, Cikgu 
												Hisyam dan Kavita menziarahi 
												abah Dahlia. Cikgu Hisyam 
												meminta Kavita untuk membuat 
												salinan nota-nota sepanjang  
												Dahlia tidak hadir ke sekolah 
												supaya dia tidak ketinggalan 
												dalam pelajaran.  
												
												
												Pada petang itu,Nek Kiah dan 
												Seman datang melawat Embong. Nek 
												Kiah memberitahu Dahlia 
												sangkaannya bahawa rumah itu 
												berhantu adalah benar kerana 
												seorang demi seorang keluarga 
												Dahlia mendapat bencana. Nek 
												Kiah juga memberitahu tanah itu 
												akan dijual dan menyuruh 
												keluarga Dahlia duduk di kebun 
												di hujung kampung. Dahlia tidak 
												bersetuju dengan cadangan 
												neneknya.  
												
												
												
												Bab 17: Kupertahankan Tanah 
												Sekangkang Kera  
												
												
												Dahlia tertekan kerana banyak 
												perkara yang difikirkannya. 
												Antaranya ialah pelajarannya 
												yang banyak ketinggalan 
												disebabkan dia kerap ponteng 
												sekolah, emaknya yang masih 
												dirawat di hospital, abahnya 
												dipatuk ular sedang dirawat di 
												Hospital Batu Pahat, adiknya, 
												Abu Bakar tidak boleh diharap 
												untuk membantunya dan juga 
												hasrat Azhari yang ingin 
												melamarnya. Semasa Abu Bakar 
												balik ke rumah untuk menukar 
												pakaian, Dahlia  memeriksa 
												dompet milik adiknya, dia 
												terkejut apabila terdapat RM120 
												di dalam dompet tersebut 
												sedangkan adiknya tidak bekerja.
												 
												
												
												 Azhari datang ke rumah Dahlia 
												untuk mengambil pakaian emak 
												Dahlia. Azhari terkejut apabila 
												dimaklumkan bahawa abah Dahlia 
												dimasukkan ke Hospital Batu 
												Pahat kerana dipatuk ular. 
												Selepas Azhari pergi, Nek Kiah 
												datang untuk bertanya tentang 
												rancangannya untuk menjual tanah 
												tempat tinggal keluarga Dahlia. 
												Jika keluarga Dahlia mahu terus 
												tinggal di situ mereka perlu 
												membayar sebanyak RM15000 
												kepadanya. Dahlia tidak dapat 
												membuat sebarang keputusan. 
												 
												
												
												
												Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna 
												Kulit  
												
												
												Pada pagi itu, Dahlia membawa 
												Anggerik untuk melawat abahnya 
												di hospital. Dia menunggu bas di 
												pondok bas. Tauke Lim telah 
												datang bertanyakan tanah yang 
												akan dijual. Menurut Seman, 
												Dahlia telah bersetuju untuk 
												menjual tanah tersebut, tetapi 
												Dahlia menafikannya. Tauke Lim 
												berasa hairan akan sikap Nek 
												Kiah yang tamak akan wang 
												sedangkan Nek Kiah tidak 
												mengalami masalah kewangan. 
												Tauke Lim berjanji akan 
												berbincang tentang perkara itu 
												dengan abah Dahlia. Tauke Lim 
												juga meminta agar Dahlia 
												mengajarkan anaknya, Ann dalam 
												penulisan karangan Bahasa Melayu 
												kerana anaknya lemah dalam 
												penulisan sedangkan peperiksaan 
												SRP akan menjelang tidak lama 
												lagi. Dahlia bersetuju untuk 
												menerima tawaran Tauke Lim itu. 
												Dahlia terkejut apabila 
												tiba-tiba sahaja sebuah kereta 
												Honda Civic milik Cikgu Hisyam 
												berhenti di depan pondok bas 
												tersebut.  
												
												
												
												Bab 19 : Apabila Dua Jejaka 
												Bertemu  
												
												
												Cikgu Hisyam dan Kavita 
												menasihati Dahlia supaya tidak 
												berhenti sekolah sebaliknya 
												terus bertahan lebih kurang 
												empat lima bulan sahaja lagi 
												sebelum menghadapi peperiksaan. 
												Namun begitu, Dahlia terasa amat 
												sukar untuk ke sekolah semula 
												kerana memikirkan adik-adiknya 
												yang memerlukan penjagaannya.
												 
												
												
												Najib datang ke rumah Dahlia. 
												Najib melihat ada beberapa orang 
												sedang mengukur tanah di kawasan 
												itu. Dahlia memaklumkan tanah 
												itu akan dijual. Najib bersedia 
												untuk membayar harga tanah 
												tersebut tetapi Dahlia menolak 
												tawaran Najib. Kemudian, Azhari 
												pula datang ke rumah Dahlia. 
												Timbul pelbagai persoalan dalam 
												hati Azhari mengenai hubungan 
												Najib dan Dahlia.  
												
												
												Kedatangan Najib dan Azhari ke 
												rumah Dahlia telah menyebabkan 
												Nek Kiah memandang serong akan 
												cucunya. Nek Kiah telah 
												memberitahu Dahlia, tanah 
												tersebut telah ada pembelinya. 
												Oleh itu, Dahlia perlulah 
												bersiap sedia untuk berpindah.
												 
												
												
												
												Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
												 
												
												
												Nek Kiah datang lagi untuk 
												mengingatkan Dahlia tentang 
												tanah tersebut yang akan dijual. 
												Nek Kiah terkejut apabila 
												melihat Embong ada di rumah. 
												Apabila Nek Kiah bertanya kepada 
												Dahlia sama ada dia telah 
												memberitahu abahnya tentang hal 
												tanah, Embong menggunakan 
												kesempatan itu untuk mengenakan 
												Nek Kiah dengan menggunakan 
												parang yang sedang dipegangnya 
												dengan mengatakan parang itu 
												tajam dan senang hendak potong 
												leher. Selepas itu, Nek Kiah 
												pulang ke rumah. Dahlia 
												memberitahu ayahnya dia ingin 
												bekerja bagi membantu 
												meringankan beban ayahnya. Akan 
												tetapi, Embong tidak bersetuju 
												kerana beliau mahu Dahlia 
												belajar hingga ke universiti.
												 
												
												
												Tauke Lim datang ke rumah Embong 
												dan menyatakan kesanggupannya 
												untuk membayar harga tanah yang 
												mahu dijual oleh Nek Kiah supaya 
												Embong dan keluarganya dapat 
												terus tinggal di situ. Menurut 
												Tauke Lim, beliau ikhlas 
												membantu demi kebaikan 
												bersama-sama.     
												
												
												
												Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
												 
												
												
												Pada pagi itu Dahlia pergi ke 
												balai raya. Pada ketika itu, 
												tidak ramai yang datang ke balai 
												raya untuk bergotong-royong bagi 
												majlis sambutan Maulidur Rasul 
												yang akan diadakan malam nanti. 
												Dahlia membantu kerja-kerja 
												memasak di situ. Tauke Lim 
												turut  menyumbangkan 
												barang-barang untuk sambutan 
												tersebut. Haji Sulaiman selaku 
												ketua kampung amat risau akan 
												hal ini kerana kurang sambutan. 
												Aton dan Abu Bakar turut berada 
												di balai raya itu. Kedatangan 
												Abu Bakar mengejutkan Dahlia 
												kerana dia tidak menyangka 
												adiknya akan membantu 
												kerja-kerja tersebut. 
												 
												
												
												Aton banyak bercakap daripada 
												melakukan kerja. Dia memberitahu 
												Mak Aji, isteri Haji Sulaiman 
												bahawa Dahlia membawa lelaki 
												silih berganti ke rumahnya.  
												Kata-kata Aton telah menyebabkan 
												Dahlia bersedih. Abu Bakar yang 
												terdengar akan kata-kata Aton 
												itu telah hilang sabar dan 
												hampir-hampir memukul Aton 
												tetapi dihalang oleh Haji 
												Sulaiman.  
												
												
												Dahlia terus pulang ke rumah 
												selepas peristiwa itu. Abu Bakar 
												telah memujuk Dahlia. Dahlia 
												memberitahu telah banyak dugaan 
												yang ditempuhinya. Abu Bakar 
												juga telah memeluk ayahnya dan 
												memberitahu dialah yang telah 
												mencuri kambing milik abahnya.
												 
												
												
												
												Bab 22:  Kain Merah yang Reput
												 
												
												
												Abu Bakar telah insaf akan 
												perbuatannya yang terpengaruh 
												oleh kawan-kawannya yang datang 
												daripada keluarga yang senang. 
												Dia banyak membantu dalam 
												melakukan kerja-kerja rumah. Abu 
												Bakar bertekad untuk memberi 
												sumbangan kepada keluarganya.
												 
												
												
												Sewaktu mengemas barang-barang 
												di bawah rumahnya, Abu Bakar 
												terjumpa  kain merah yang hampir 
												reput membalut dua biji telur 
												ayam yang mengandungi jarum 
												peniti, cincin akik, butiran 
												pasir, dan dua batang paku. 
												Barang-barang ini menunjukkan 
												selama ini ada orang yang 
												berhasad dengki terhadap 
												keluarga mereka. Abu Bakar ingin 
												menunjukkan barang-barang itu 
												kepada Embong tetapi dilarang 
												oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu 
												Bakar membuangnya ke sungai. 
												Dahlia melarang adiknya 
												menyimpan perasaan dendam.
												 
												
												
												Dahlia mendapati Nek Kiah sudah 
												beberapa hari tidak kelihatan di 
												rumahnya atau di mana-mana di 
												kampung itu. Keadaan ini 
												merisaukan Dahlia. Dahlia telah 
												pergi ke rumah Nek Kiah dan 
												didapati neneknya sedang sakit. 
												Namun begitu, Nek Kiah telah 
												menghalaunya.  
												
												
												
												Bab 23: Sinar Kebahagiaan 
												 
												
												
												Dahlia kembali semula ke 
												sekolah. Kehadiran Dahlia 
												disambut dengan gembira oleh 
												kawan-kawannya. Kavita 
												memberitahu Dahlia bahawa Najib 
												begitu berharap agar Dahlia 
												dapat menerima cintanya. Akan 
												tetapi, Dahlia hanya menganggap 
												Najib sebagai sahabat sahaja, 
												tidak lebih daripada itu. 
												 
												
												
												Semasa pulang ke rumah, Dahlia 
												amat gembira apabila mendapati 
												emaknya telah pulang dari 
												hospital. Saleha telah pulih 
												daripada penyakitnya. Azhari 
												juga ada bersama-sama ketika 
												itu. Dahlia mengajak Azhari  
												pergi ke rumah neneknya. Nek 
												Kiah terbaring dalam keadaan 
												mata yang terpejam. Panggilan 
												Dahlia juga tidak disahutnya. 
												 
												
												
												
												Bab 24: Runtuhnya Tembok 
												Kesombongan  
												
												
												Nek Kiah tinggal di rumah Embong 
												selepas dimasukkan ke wad selama 
												dua hari. Nek Kiah berasa 
												bersalah terhadap keluarga 
												Embong. Mereka melayan Nek Kiah 
												dengan baik. Anak-anak dan 
												cucunya yang lain, termasuk 
												Seman langsung tidak 
												menziarahinya ketika beliau 
												sakit.  
												
												
												Pada hari itu, hujan turun 
												dengan lebat. Air sungai sudah 
												mula melimpah. Abu Bakar 
												memaklumkan jambatan telah patah 
												dan orang kampung telah mula 
												mengemas barang-barang untuk 
												berpindah ke balai raya. Embong 
												dah ahli keluarganya turut 
												berkemas untuk berpindah ke 
												balai raya.  
												
												
												Dahlia dan keluarganya berpindah 
												dengan menaiki bot ke balai 
												raya. Terdengar rungutan 
												penduduk tentang keadaan yang 
												berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, 
												banjir yang  berlaku  itu ada 
												hikmah yang tersendiri. 
												 
												
												
												
												Bab 25: Inilah Kampungku! 
												 
												
												
												Banjir telah menyebabkan rumah 
												Embong roboh . Nek Kiah telah 
												mengajak Embong sekeluarga 
												tinggal di rumahnya. Mereka 
												bersyukur akan perubahan Nek 
												Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi 
												menyebut tentang tanah yang 
												hendak dijual itu.  
												
												
												Sebelum semua mangsa banjir 
												pulang ke rumah masing-masing, 
												Haji Sulaiman telah menyampaikan 
												ucapan kepada penduduk Kampung 
												Parit Haji Rais. Beliau menyeru 
												agar penduduk kampung saling 
												membantu antara satu sama lain 
												dan prihatin akan masalah jiran 
												tetangga. Beliau juga berharap 
												supaya penduduk kampung bersatu 
												dan bersama-sama menjayakan 
												apa-apa projek di kampung itu 
												keran mereka hidup 
												bermasyarakat.   
												
												
												Kesan daripada kata-kata Haji 
												Sulaiman, penduduk kampung itu 
												mulai insaf dan mereka telah 
												bergotong-royong  membina rumah 
												Embong semula dengan wang 
												sumbangan parti. Haji Sulaiman 
												bangga akan perubahan sikap 
												penduduk kampungnya. Begitu juga 
												dengan Tauke Lim. Dahlia amat 
												terharu dan terasa dirinya tidak 
												disisihkan. Tauke Lim mengusik 
												Dahlia, rumah baharu nanti 
												bolehlah dia naik pelamin.
												 
												
												
												  
												
												
												
												Bab 26: STPM, akan Kugapai 
												Kecemerlangan  
												
												
												Dahlia sibuk membuat persiapan 
												terakhir sebelum peperiksaan 
												STPM menjelang. Dalam kesibukan 
												itu, Azhari telah datang dengan 
												ibunya bagi membincangkan tarikh 
												pertunangan mereka. Keputusan 
												dibuat pada 30 Disember, iaitu 
												selepas Dahlia tamat 
												peperiksaannya. Dahlia hanya 
												menurut sahaja kehendak keluarga 
												Azhari dan keluarganya. 
												 
												
												
												Selepas tamat peperiksaan, 
												Dahlia berasa sedih kerana 
												terpaksa berpisah dengan 
												kawan-kawannya. Dahlia juga 
												memberitahu Siti Wangi dan 
												Kavita tentang pertunangannya. 
												Dahlia juga bercadang untuk 
												bekerja di kilang untuk mencari 
												pengalaman.      
												
												
												
												Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan 
												dalam Genggaman  
												
												
												Cikgu Daim telah datang ke rumah 
												Embong untuk memberitahu bahawa 
												Dahlia telah terpilih untuk 
												mengikuti pengajian di salah 
												sebuah universiti di  Jepun 
												selama empat tahun. Pemilihan 
												Dahlia dibuat atas cadangan 
												sekolahnya dan Jabatan Pelajaran 
												Johor berdasarkan pencapaiannya 
												dalam peperiksaan. Sebelum 
												bertolak ke Jepun Dahlia akan 
												belajar bahasa Jepun di 
												Universiti Malaya selama enam 
												bulan.  
												
												
												Azhari terdengar berita itu 
												ketika dia datang untuk membeli 
												cincin pertunangan mereka. Dia 
												mengucapkan tahniah dan 
												merelakan Dahlia belajar di 
												Jepun. Dahlia akan mendaftar di 
												Universiti Malaya sehari selepas 
												dia bertunang dengan Azhari.
												 
												
												
												
												Bab 28 : Koi-bito 
												 
												
												
												Dahlia amat gembira kerana 
												hubungan keluarganya dengan Nek 
												Kiah semakin rapat. Akan tetapi, 
												Dahlia rasa sedikit berduka 
												kerana dia akan ke Kuala Lumpur 
												selepas pertunangannya. Nek Kiah 
												telah menghadiahkan gelang 
												pusaka kepada Dahlia.  
												 
												
												
												Dahlia teringat kembali 
												kenangannya sewaktu pergi 
												membeli cincin dengan Azhari. 
												Kawan kawan Dahlia  dan Cikgu 
												Hisyam turut hadir sewaktu 
												majlis pertunangannya. Bas ke 
												Kuala Lumpur akan bertolak pukul 
												5:00 petang tetapi rombongan 
												keluarga Azhari belum juga 
												sampai. Dahlia semakin risau. 
												Abahnya menyuruh Dahlia berkemas 
												untuk bertolak ke Kuala Lumpur. 
												Haji Sulaiman menyerahkan 
												sumbangan orang kampung kepada 
												Dahlia sebanyak RM500 termasuk 
												yang diberi oleh Tauke Lim 
												sebanyak RM300.  
												
												
												Akhirnya, Dahlia tiba di stesen 
												bas Bandar Penggaram yang 
												jauhnya kira-kira 17 kilometer 
												dari kampungnya. Azhari datang 
												berjumpa dengan Dahlia  dan 
												memberitahu punca kelewatannya 
												kerana jurucakap majlis yang 
												merupakan pak ciknya lambat 
												sampai. Sebelum menaiki bas, 
												Azhari telah menghadiahkan 
												sehelai songket berbenang emas 
												berwarna merah kepada Dahlia. 
												Azhari juga menyebut Koi-bito 
												yang tidak diketahui maksudnya. 
												Azhari meminta Dahlia agar 
												menjaga jati diri sebagai orang 
												Melayu walau berada di mana-mana 
												pun.  
												  
												
												
												
												TEMA 
												
												
												Tema novel ini ialah ketabahan 
												seorang gadis menghadapi dugaan 
												hidup.  
												
												
												1.         Dahlia seorang remaja 
												berusia 19 tahun sangat tabah 
												menghadapi dugaan hidupnya. 
												Apabila emaknya, Saleha 
												menghadapi tekanan perasaan dan 
												dimasukkan ke hospital, Dahlia 
												terpaksa keluar dari asrama dan 
												berulang-alik ke sekolah. Dahlia 
												seorang yang tabah kerana 
												terpaksa menjaga adik-adiknya di 
												samping pelajarannya. 
												 
												
												
												2.         Kehidupan Dahlia 
												semakin tertekan apabila abahnya 
												dipatuk ular. Dahlia terpaksa 
												mengambil alih semua tugas 
												menguruskan adik-adik dan 
												keperluan rumah mereka. Namun, 
												Dahlia tetap tabah menghadapi 
												dugaan tersebut.  
												
												
												3.         Dahlia juga tabah 
												dihina oleh Aton apabila Dahlia 
												gagal menyelamatkan Said yang 
												lemas di sungai berhampiran 
												rumahnya.  
												
												
												4.         Dahlia juga tabah 
												melayan kerenah neneknya yang 
												membenci keluarga Dahlia kerana 
												keluarga mereka hidup dalam 
												kemiskinan berbanding 
												anak-anaknya yang lain yang 
												hidup senang.   
												
												
												5.         Dahlia  tetap tabah 
												apabila mengetahui neneknya dan 
												Pak Cik Seman ingin menjual 
												tanah yang menjadi tempat 
												tinggal mereka selama ini.
												 
												
												
												6.         Dahlia juga tabah 
												mengulang kaji pelajaran dalam 
												keadaan yang kurang selesa di 
												pusat pemindahan banjir. Berkat 
												ketabahan Dahlia,akhirnya dia 
												telah berjaya dalam STPM dan 
												mendapat tawaran untuk 
												melanjutkan pelajaran di Jepun. 
												 
												
												
												
												PERSOALAN 
												
												
												1.         Persoalan tentang 
												kejayaan hasil daripada 
												kegigihan dalam pelajaran.
												 
												
												
												Dahlia tetap mengutamakan 
												pelajarannya dengan meminjam 
												nota dan bertanyakan kepada 
												Kavita dan Siti Wangi walaupun 
												terpaksa membantu ayahnya 
												menguruskan rumah tangga setelah 
												ibunya di hantar ke hospital 
												untuk menerima rawatan. 
												
												
												2.         Persoalan kemiskinan 
												dalam masyarakat kampung. 
												
												
												Dalam dunia moden hari ini, 
												masih ada masyarakat kampung 
												yang masih miskin dan memerlukan 
												bantuan untuk menjalani 
												kehidupan.  Contohnya keluarga 
												Embong yang masih miskin dan 
												terpaksa berhutang dengan Tauke 
												Lim untuk membeli barang-barang 
												keperluan harian. 
												
												
												3.         Persoalan berani 
												bertindak dalam menghadapi 
												situasi yang bahaya. 
												
												
												Embong berjaya mengalahkan ular 
												sawa yang cuba membelitnya 
												sewaktu memotong kelapa sawit di 
												ladang. 
												
												
												4.         Persoalan keinsafan 
												selepas menyedari kesilapan 
												diri. 
												
												
												Nek Kiah akhirnya insaf setelah 
												Dahlia yang selama ini 
												dibencinya telah menjaga dan 
												merawatnya ketika terlantar 
												sakit.  Begitu juga dengan Abu 
												Bakar yang selalu berpeleseran 
												sehingga sanggup mencuri kambing 
												ayahnya berubah sikap apabila 
												ditempelak oleh rakan-rakannya 
												sendiri. 
												
												
												5.         Persoalan 
												bantu-membantu dalam 
												menyelesaikan masalah yang 
												dihadapi oleh orang lain. 
												 
												
												
												Kavita membantu Dahlia mengulang 
												kaji pelajaran dengan memberikan 
												nota pelajaran sepanjang 
												ketidakhadirannya ke sekolah.  
												Najib cuba menghulurkan bantuan 
												kewangan semasa Nek Kiah 
												beria-ia ingin menjual tanahnya 
												yang menjadi tempat tinggal 
												Dahlia dan keluarganya. 
												
												
												6.         Persoalan kepentingan 
												ilmu bagi mengubah taraf hidup. 
												
												
												Embong amat mementingkan 
												pelajaran dan sering 
												menasihatkan anak-anaknya agar 
												belajar bersungguh-sungguh.  
												Embong mengharapkan anak-anaknya 
												dapat mengubah taraf hidup 
												keluarga setelah berjaya dalam 
												pelajaran mereka nanti. 
												
												
												7.         Persoalan pengamalan 
												ilmu hitam dalam kalangan 
												masyarakat. 
												
												
												Penemuan dua biji telur ayam 
												berwarna hitam yang berisi 
												jarum, cincin akek, butiran 
												pasir dan dua batang paku oleh 
												Abu Bakar di bawah rumah mereka 
												menunjukkan bahawa masyarakat 
												masih mengamalkan ilmu hitam 
												untuk menganiaya orang lain. 
												
												
												8.         Persoalan 
												bertanggungjawab dalam 
												menjalankan tugas. 
												
												
												Haji Sulaiman telah menjalankan 
												tanggungjawabnya sebagai ketua 
												kampung dengan baik.  Haji 
												Sulaiman banyak membantu 
												keluarga Embong walaupun orang 
												kampung menyisihkan mereka.  
												Haji Sulaiman mencadangkan agar 
												Saleha dihantar ke hospital 
												untuk mendapatkan rawatan.
												 
												
												
												9.         Persoalan semangat 
												kejiranan walaupun berlainan 
												bangsa. 
												
												
												Tauke Lim banyak membantu 
												keluarga Embong yang sering 
												menghadapi masalah kewangan.  
												Tauke Lim membenarkan Embong 
												berhutang di kedainya.  Tauke 
												Lim juga menghulurkan RM300 
												untuk Dahlia yang dapat 
												melanjutkan pelajaran ke Jepun.
												 
												
												
												10.        Persoalan pengekalan 
												identiti bangsa dan jati diri. 
												
												
												Azhari menghadiahkan sepasang 
												kain songket berbenang emas 
												kepada Dahlia sebagai tanda 
												kenang-kenangan dan berpesan 
												kepada Dahlia agar sentiasa 
												mengingati asal-usulnya sebagai 
												orang Melayu 
												
												
												11.        Persoalan jodoh 
												pertemuan di tangan Allah. 
												
												
												Dahlia menyerahkan jodohnya 
												dengan Azhari kepada Allah. Dia 
												mahu meneruskan pelajarannya 
												demi membaiki taraf hidup 
												keluarganya.   
												
												
												12.        Persoalan kasih 
												sayang antara keluarga. 
												
												
												Embong amat menyayangi 
												isterinya, Saleha dan 
												anak-anaknya. Beliau sanggup 
												bekerja dari pagi hingga ke 
												malam untuk menyara keluarganya. 
												Beliau tetap menyayangi 
												isterinya walaupun Saleha 
												menghidapi tekanan mental. 
												Dahlia amat menyayangi emaknya. 
												Dahlia sanggup ponteng sekolah 
												untuk menziarahi emaknya yang 
												dirawat di Hospital Permai. 
												Dahlia sangat menyayangi 
												adik-adiknya, Melati, Anggerik, 
												Mawar dan Abu Bakar. Dahlia 
												sanggup keluar dari asrama dan 
												berulang-alik dari rumah ke 
												sekolah kerana mahu menguruskan 
												keperluan adik-adiknya. 
												 
												
												
												13.        Persoalan kepentingan 
												ilmu dalam kehidupan. 
												
												
												Embong sedar akan kepentingan 
												ilmu kepada anak-anaknya. Oleh 
												sebab itu, beliau marah apabila 
												mendapat tahu Dahlia mahu 
												berhenti sekolah kerana mahu 
												menjaga adik-adiknya. Beliau 
												mahu Dahlia meneruskan 
												persekolahannya, walaupun Embong 
												sendiri tidak tahu cara untuk 
												menyelesaikan masalahnya setelah 
												isterinya dirawat di hospital. 
												Embong mengatakan bahawa beliau 
												sanggup bersusah payah untuk 
												memastikan anak-anaknya berjaya 
												dalam pelajaran.  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												
												WATAK DAN PERWATAKAN 
												
												
												
												Watak Utama  
												
												
												
												Dahlia
												 
												
												
												1.         Anak sulung - harapan 
												keluarga mempunyai lima orang 
												adik. 
												
												
												2.         Seorang yang bakal 
												menduduki STPM- Pelajar di 
												Sekolah Menengah Kebangsaan 
												Temenggung Ibrahim. 
												
												
												3.         Tertekan dengan 
												masalah yang menimpa 
												keluarganya. 
												
												
												4.         Seorang yang bijak - 
												Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan 
												cemerlang dalam STPM. Dahlia 
												merupakan pelajar harapan 
												sekolah. Dahlia mendapat tawaran 
												untuk melanjutkan pelajaran di 
												Jepun.  
												
												
												5.         Hidup dalam suasana 
												kemiskinan  berhutang dengan 
												Tauke Lim.  
												
												
												6.         Seorang yang tidak 
												sombong  melayan Aton yang 
												menyindirnya ketika dihantar 
												pulang oleh Azhari.  
												
												
												7.         Seorang yang taat 
												akan perintah Allah- berdoa 
												selepas sembahyang Isyak. 
												
												
												8.         Seorang yang 
												penyayang  sanggup keluar dari 
												asrama untuk menguruskan 
												adik-adiknya.  
												
												
												9.         Seorang yang 
												menghormati tetamu  memberi 
												layanan yang baik kepada tetamu 
												menghidangkan air walaupun 
												neneknya tidak suka akan 
												keluarganya. 
												
												
												10.        Seorang yang menjaga 
												tatasusila budaya  akur kepada 
												budaya Melayu yang melarang 
												keras perbuatan membantah 
												kata-kata orang tua.  
												
												
												11.        Seorang yang berani 
												-  Dahlia terjun ke dalam sungai 
												untuk menyelamatkan Said. 
												 
												
												
												12.        Seorang yang berjiwa 
												kuat dan mampu menghadapi setiap 
												dugaan. 
												
												
												13.        Seorang yang 
												bertanggungjawab- Dahlia 
												bertanggungjawab menjaga makan 
												minum abah dan adik-adiknya 
												setelah emaknya dirawat di 
												hospital.      
												
												
												
												Watak Sampingan  
												
												
												
												Saleha 
												
												
												1.         Ibu Dahlia. 
												
												
												2.         Berumur 39 tahun. 
												
												
												3.         Mempunyai enam orang 
												anak (Dahlia, Melati, Kiambang, 
												Mawar, Anggerik dan Abu Bakar)
												 
												
												
												4.         Menghidap penyakit 
												kemurungan akibat terkena buatan 
												orang. 
												
												
												5.         Bekerja sebagai 
												penoreh getah. 
												
												
												6.         Seorang yang 
												penyayang - semasa sihat, beliau 
												yang menjaga semua keperluan 
												anak-anaknya.  
												
												
												  
												
												
												
												Embong 
												
												
												1.         Bapa Dahlia 
												 
												
												
												2.         Berasal dari Melaka. 
												
												
												3.         Seorang ketua 
												keluarga yang bertanggungjawab. 
												Beliau tidak mahu anak-anaknya 
												berhenti sekolah dan mengatakan 
												beliau akan bertanggungjawab 
												menyara kehidupan mereka 
												walaupun isterinya sakit. 
												 
												
												
												4.         Seorang yang 
												penyayang sangat menyayangi 
												isteri dan anak-anaknya. 
												
												
												5.         Seorang yang percaya 
												akan kehendak takdir  Isterinya 
												menjadi kurang siuman. 
												 
												
												
												6.         Seorang yang penyabar 
												- Sanggup dihina oleh ibu 
												mentuanya sendiri kerana hidup 
												miskin.  
												
												
												7.         Seorang yang 
												mementingkan ilmu untuk 
												anak-anaknya  menyuruh Dahlia 
												pergi ke sekolah dan akan 
												menguruskan hal adik-adik 
												Dahlia.  
												
												
												8.         Seorang yang berani - 
												Embong berani membunuh ular sawa 
												yang membelit badannya.  
												 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												
												Azhari  
												
												
												1.         Berkumis nipis, 
												bermuka bulat, tinggi  dan 
												kacak. 
												
												
												2.         Pelajar senior di 
												sekolah Dahlia iaitu Sekolah 
												Menengah Tun Ismail. 
												
												
												3.         Berpendidikan tinggi 
												- baru mendapat segulung ijazah.
												 
												
												
												4.         Suka akan Dahlia
												 
												
												
												5.         Seorang yang suka 
												memberi nasihat- menyuruh Dahlia 
												belajar bersungguh-sungguh. 
												
												
												6.         Seorang yang pandai 
												memujuk- Dia pandai memujuk 
												Dahlia agar menerima 
												lamarannya.   
												
												
												  
												
												
												
												Siti Wangi  
												
												
												1.         Sahabat Dahlia 
												 
												
												
												2.         Bermuka bulat dan 
												sentiasa ceria     
												
												
												  
												
												
												
												Tauke Lim   
												
												
												1.         Berbangsa Cina 
												
												
												2.         Seorang yang suka 
												membantu keluarga Dahlia - 
												sanggup membantu keluarga Dahlia 
												dengan memberi hutang. Beliau 
												juga sanggup memberi wang kepada 
												Embong untuk dibayar kepada Nek 
												Kiah yang berhasrat menjual 
												tanah tempat mereka tinggal.
												 
												
												
												3.         Seorang yang baik 
												budi kerana memberi keluarga 
												Dahlia berhutang  
												
												
												4.         Seorang yang prihatin 
												akan masalah orang lain- Sangat 
												prihatin atas nasib keluarga 
												Embong 5.   Seorang yang pemurah 
												-  menyumbangkan barang-barang 
												untuk sambutan Maulidur Rasul.
												 
												
												
												Beliau juga memberi wang 
												sebanyak RM300 kepada Dahlia 
												yang akan  melanjutkan pelajaran 
												di Universiti Malaya sebelum ke 
												Jepun.  
												
												
												6.         Seorang yang setia 
												kawan  menganggap dia dan 
												Embong sudah berkawan lama. 
												
												
												7.         Seorang yang pandai 
												bergaul- Walaupun Tauke Lim 
												berbangsa Cina tetapi beliau 
												amat disenangi oleh orang-orang 
												kampung kerana pandai bergaul.
												 
												
												
												  
												
												
												
												Nek Kiah  
												
												
												1.         Ibu Saleha 
												 
												
												
												2.         Suka membandingkan 
												antara anaknya - Nek Kiah suka 
												membandingkan anak-anaknya 
												dengan keluarga Dahlia yang 
												hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah 
												lebih menyayangi cucu-cucunya 
												yang lain.  
												
												
												3.         Tidak suka akan 
												keluarga Dahlia kerana hidup 
												dalam kemiskinan  Nek Kiah 
												tidak suka akan keluarga Dahlia. 
												Apabila keluarga Dahlia dalam 
												kesusahan, dia langsung tidak 
												membantu malah menyalahkan 
												Saleha yang berkahwin dengan 
												Embong yang tidak diketahui asal 
												usulnya.  
												
												
												4.         Seorang yang pemarah
												 
												
												
												5.         Seorang yang suka 
												mempercayai perkara tahyul- Nek 
												Kiah mengatakan rumah Dahlia ada 
												hantu. Dia menggores kapur di 
												setiap pintu kerana dipercayai 
												boleh menghalau hantu. 
												 
												
												
												6.         Seorang yang 
												mementingkan diri- Nek Kiah 
												tidak mengambil tahu akan 
												keperitan hidup cucunya setelah 
												Saleha dimasukkan ke hospital. 
												 
												
												
												  
												
												
												
												LATAR 
												
												
												
												  
												
												
												
												Latar Tempat  
												
												
												1.         Padang bola jaring  - 
												Dahlia berlatih bola jaring 
												bersama dengan rakannya, Siti 
												Wangi.  
												
												
												2.         Kantin  Tempat 
												Azhari menunggu Dahlia. 
												
												
												3.         SMK Tun Ismail  lima 
												kilometer dari kampung halaman, 
												tempat Azhari dan Dahlia pernah 
												belajar sewaktu Dahlia Tingkatan 
												satu dan Azhari Tingkatan Lima. 
												
												
												4.         Sekolah Menengah 
												Temenggung Ibrahim- Dahlia 
												menimba ilmu sebagai pelajar 
												tingkatan enam. Dia tinggal di 
												asrama sekolah ini.  
												
												
												5.         Bilik Kerjaya- Dahlia 
												bertemu dengan Cikgu Hisyam di 
												bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat 
												tahu masalah Dahlia daripada 
												Kavita. 
												
												
												6.         Kebun getah - 20 
												meter dari rumah  seluas lima 
												ekar tempat Saleha menoreh 
												getah.  
												
												
												7.         Kampung Parit Haji 
												Rais  Tempat tinggal Dahlia. Di 
												sini, Dahlia menjaga 
												adik-adiknya, Melati, Kiambang, 
												Mawar, dan Anggerik setelah 
												emaknya dirawat di hospital.
												 
												
												
												8.         Hospital Batu Pahat 
												(Wad 6)  - Tempat Saleha dibawa 
												untuk mendapatkan rawatan pada 
												peringkat awal  
												
												
												9.         Hospital Batu Pahat 
												(Wad 4) - Ayah Dahlia dirawat di 
												hospital ini setelah dipatuk 
												ular.  
												
												
												10.        Hospital Permai, 
												Johor Bahru  Tempat emak Dahlia 
												dirawat di bilik 16. Di sini 
												juga Azhari bekerja sementara 
												setelah mendapat segulung 
												ijazah.  
												
												
												11.        Sungai kira-kira 45 
												meter dari rumah Dahlia - Dahlia 
												cuba menyelamatkan Said yang 
												lemas di sungai ini.  
												
												
												12.        Kebun kelapa sawit di 
												Parit Haji Kadir- Kira-kira dua 
												kilometer  dari rumah Dahlia di 
												sinilah Embong memotong kelapa 
												sawit setelah pulang dari rumah 
												Aton. Di kebun kelapa sawit 
												inilah ular sawa telah membelit 
												Embong.  
												
												
												13.        Sekolah Kebangsaan 
												Jelotong- Said dan Melati 
												bersekolah di sini. 
												
												
												14.        Rumah Aton kira-kira 
												150 meter dari rumah Dahlia. - 
												Dahlia disindir oleh Aton kerana 
												dikatakan Dahlialah yang 
												menyebabkan Said mati lemas.
												 
												
												
												15.        Balai raya Kampung 
												Parit Haji Rais- Beberapa orang 
												penduduk bergotong  royong 
												semasa majlis sambutan Maulidur 
												Rasul. Selain itu, di sini juga 
												menjadi tempat pemindahan mangsa 
												banjir yang berlaku di kampung 
												Dahlia.    
												
												
												
												Latar Masa  
												
												
												1.         Petang  Azhari 
												menghantar Dahlia balik ke 
												kampungnya dari asrama. 
												 
												
												
												2.         Maghrib - Sehingga 
												maghrib Saleha belum pulang ke 
												rumah. 
												
												
												3.         Pagi- Dahlia menunggu 
												bas untuk ke sekolah  
												
												
												4.         Malam - Haji Sulaiman 
												datang bersama dengan tiga orang 
												pekerja hospital  
												
												
												5.         Empat bulan sebelum 
												peperiksaan STPM -  Cikgu 
												Salwani tidak membenarkan Dahlia 
												keluar dari asrama kerana 
												periksaan STPM hanya tinggal 
												empat bulan sahaja.  
												
												
												6.         Pukul 8:30 malam- 
												Kambing Embong hilang dicuri 
												orang.  
												
												
												7.         Pukul 3:41 petang 
												Dahlia menunggu di luar wad 
												untuk melawat abahnya. 
												 
												
												
												8.         Tidak sampai seminggu 
												- Embong dirawat di Hospital 
												Batu Pahat.  
												
												
												9.         Pada waktu petang 
												selepas solat Jumaat- Abu Bakar 
												menemui Dahlia dan bertanyakan 
												sama ada ayah mereka masih marah 
												akan tindakannya menjual kambing 
												ayahnya.      
												
												
												
												Latar Masyarakat  
												
												
												1.         Masyarakat kampung  - 
												Mereka tinggal di Kampung Parit 
												Haji Rais. Haji Sulaiman 
												merupakan ketua kampung di situ. 
												Masyarakat kampung yang lain 
												ialah Mak Aji, Aton, Embong, 
												Tauke Lim dan lain-lain. Mereka 
												hidup bekerjasama antara satu 
												sama lain setelah dinasihati 
												oleh Haji Sulaiman semasa 
												gotong-royong untuk sambutan 
												Majlis Maulidur Rasul.  
												 
												
												
												2.         Masyarakat guru - 
												Cikgu Salwani (Warden asrama) 
												dan Cikgu Hisyam, guru kelas 
												Dahlia.  Cikgu Salwani marah 
												apabila Dahlia mengambil 
												keputusan untuk keluar dari 
												asrama. Cikgu Hisyam menasihati 
												Dahlia supaya meneruskan 
												persekolahannya kerana dia 
												sorang yang bijak .   
												
												
												3.         Masyarakat pelajar 
												-    Dahlia, Siti Wangi, Najib 
												dan Kavita merupakan pelajar 
												sekolah.  -    Mereka bersekolah 
												di Sekolah Menengah Temenggung 
												Ibrahim. Mereka mewakili pelajar 
												yang aktif dalam kokurikulum. 
												 
												
												
												4.         Masyarakat yang 
												saling membantu   Haji 
												Sulaiman  selaku ketua kampung 
												membantu keluarga Dahlia / 
												Tempat      Embong meluahkan 
												perasaan. Tauke Lim membantu 
												memberi hutang kepada keluarga 
												Dahlia.   
												
												
												5.         Masyarakat yang 
												bertanggungjawab - Haji Sulaiman 
												bertanggungjawab membantu anak 
												buahnya, Embong yang    
												menghadapi masalah.   
												
												
												6.         Masyarakat remaja 
												yang terpengaruh dengan rakan 
												sebaya - Abu Bakar, adik Dahlia 
												suka berseronok dengan 
												rakan-rakannya dan tidak mahu 
												membantu keluarga mereka yang 
												menghadapi masalah. Dia hanya 
												pulang ke rumah untuk menukar 
												baju sahaja.   
												
												
												7.         Masyarakat yang insaf 
												akan kesilapannya - Abu Bakar 
												insaf akan kesilapannya yang 
												suka membuang masa dengan 
												rakan-rakannya. Dia juga insaf 
												akan kesalahannya yang telah 
												mencuri kambing milik abahnya 
												sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf 
												akan sikapnya terhadap keluarga 
												Dahlia apabila Dahlia dan 
												emaknya  yang banyak membantu 
												beliau ketika sakit sedangkan 
												anak-anak yang selama ini amat 
												disayangi langsung tidak 
												menziarahinya.   
												
												
												8.         Masyarakat yang tabah 
												menghadapi dugaan hidup - Embong 
												tabah menghadapi keadaan hidup 
												mereka sekeluarga yang hidup 
												dalam kemiskinan. Embong juga 
												tabah apabila beliau tidak 
												disukai oleh ibu mentuanya, Nek 
												Kiah. Embong tabah apabila 
												isterinya mengalami masalah 
												mental.  
												
												
												9.         Masyarakat yang 
												penyayang - Embong sangat 
												menyayangi anak-anaknya. Beliau 
												sanggup bekerja dari pagi hingga 
												malam untuk menanggung 
												keluarganya. Dahlia juga amat 
												menyayangi adik-adiknya. Dia 
												sanggup ponteng sekolah apabila 
												Anggerik sakit. Saleha juga 
												merupakan emak yang penyayang. 
												Semasa beliau sihat, beliaulah 
												yang menjaga keperluan 
												keenam-enam anaknya itu.  
												 
												
												
												10.        Masyarakat remaja 
												yang terlibat dalam percintaan - 
												Azhari mencintai Dahlia. 
												Walaupun dia mengetahui Dahlia 
												mempunyai emaknya yang menghidap 
												tekanan mental dan hidup dalam 
												kemiskinan namun akhirnya  dia 
												tetap  melamar Dahlia . Najib 
												juga mencintai Dahlia. Dia 
												mengambil berat apabila Dahlia 
												kerap ponteng sekolah.  
												 
												
												
												
												  
												
												
												
												PLOT 
												
												
												
												Binaan Plot  
												
												
												Plot novel ini mengikut 
												kronologi urutan masa. 
												 
												
												
												
												Permulaan   
												
												
												1.         Dahlia pelajar 
												tingkatan enam atas sedang 
												menjalani latihan bola jaring di 
												padang bola jaring. Mereka 
												berlatih kerana ada perlawanan 
												dengan pelajar-pelajar enam 
												rendah.  
												
												
												2.         Semasa berhenti 
												rehat, Dahlia teringat akan 
												emaknya yang hilang ingatan. 
												Azhari datang menemuinya di 
												kantin sekolah dan memberitahu 
												dia sudah tamat pengajiannya di 
												universiti. 
												
												
												3.         Dia menyuarakan 
												hasrat mahu merisik Dahlia. Pada 
												petang itu, Azhari menghantar 
												Dahlia pulang ke rumahnya di 
												Kampung Parit Haji Rais. 
												 
												
												
												
												Perkembangan   
												
												
												1.         Dahlia amat sedih 
												apabila melihat keadaan emaknya, 
												Saleha yang berada di kebun 
												getah pada waktu senja. Emaknya 
												sudah tidak mengenalinya lagi. 
												Dahlia dan abahnya memujuk 
												emaknya balik ke rumah dengan 
												bantuan orang kampung. 
												 
												
												
												2.         Nek Kiah menyalahkan 
												Embong yang menyebabkan Saleha 
												menjadi kurang siuman. 
												 
												
												
												3.         Dengan bantuan Haji 
												Sulaiman, Saleha dibawa ke 
												Hospital Batu Pahat dan 
												seterusnya dihantar ke Hospital 
												Permai di Johor Bahru kerana 
												keadaannya semakin serius.
												 
												
												
												4.         Dahlia terpaksa 
												keluar dari asrama dan kerap 
												ponteng sekolah kerana 
												menguruskan adik-adiknya. Ayah 
												Dahlia pula dimasukkan ke wad 
												kerana dipatuk ular.  
												
												
												
												Perumitan/Konflik 
												 
												
												
												1.         Seman telah datang ke 
												rumah Nek Kiah dan memujuknya 
												untuk menjual tanah yang menjadi 
												kawasan tempat tinggal Dahlia 
												sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia 
												dan keluarganya berpindah 
												sekiranya tidak mampu membayar 
												sebanyak RM15,000. Dahlia 
												tertekan kerana keluarganya 
												tidak mampu untuk menyediakan 
												wang sebanyak itu.  
												
												
												2.         Aton menyalahkan 
												Dahlia yang menyebabkan anaknya, 
												Said mati lemas sedangkan Dahlia 
												telah berusaha untuk 
												menyelamatkan Said.  
												
												
												3.         Nek Kiah memandang 
												serong terhadap Dahlia atas 
												kehadiran Azhari dan Najib ke 
												rumah Dahlia. Begitu juga dengan 
												Aton yang sering menyindir 
												Dahlia.  
												
												
												4.         Najib cuba untuk 
												memikat hati Dahlia. Begitu juga 
												dengan Azhari yang telah datang 
												merisik Dahlia kerana bimbang 
												Dahlia dipikat oleh orang lain.
												 
												
												
												5.         Penduduk kampung 
												sudah jarang mengamalkan sikap 
												bantu-membantu dan prihatin 
												terhadap orang lain. Selaku 
												ketua kampung Haji Sulaiman 
												menasihati orang-orang 
												kampungnya agar bersatu dan 
												prihatin kepada jiran tetangga. 
												 
												
												
												
												Klimaks/Kemuncak  
												
												
												1.         Abu Bakar menjumpai 
												kain merah yang sudah reput yang 
												membungkus telur ayam yang 
												mengandungi jarum peniti, cincin 
												akik, butiran pasir dan paku. 
												Dahlia menyuruh Abu bakar 
												membuangnya ke sungai. Selepas 
												itu, Saleha sudah sembuh dan 
												dibenarkan pulang ke rumahnya. 
												Nek Kiah pula sakit dan dirawat 
												di hospital selama dua hari. 
												Keluarga Dahlialah yang 
												menjaganya. Setelah keluar dari 
												wad, Nek Kiah tinggal dengan 
												keluarga Dahlia sehingga 
												benar-benar pulih. Nek Kiah mula 
												berubah dan berbaik semula 
												dengan keluarga Dahlia. 
												 
												
												
												2.         Banjir yang berlaku 
												di Kampung Parit Haji Rais telah 
												membawa hikmah apabila penduduk 
												kampung bersatu dan 
												bergotong-royong membina rumah 
												Embong yang roboh dilanda banjir 
												setelah dinasihati oleh Haji 
												Sulaiman.  
												
												
												
												Peleraian/ Pengakhiran  
												 
												
												
												1.         Dahlia tinggal di 
												asrama semula kerana peperiksaan 
												STPM semakin hampir.  
												
												
												2.         Keluarga Azhari 
												menetapkan tarikh pertunangan 
												Dahlia selepas peperiksaan STPM 
												tamat. 
												
												
												3.         Kedatangan Cikgu Daim 
												membawa berita gembira apabila 
												Dahlia terpilih untuk mengikuti 
												pengajian di Jepun selama empat 
												tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia 
												perlu mengikuti kursus bahasa 
												Jepun di Universiti Malaya 
												selama enam bulan.  
												
												
												4.         Majlis pertunangan 
												Dahlia terlewat kerana jurucakap 
												majlis lewat sampai. Azhari 
												datang berjumpa Dahlia di stesen 
												bas sebelum Dahlia bertolak ke 
												Kuala Lumpur. Dia telah 
												menghadiahkan songket berbenang 
												emas berwarna merah kepada 
												Dahlia. Azhari mahu Dahlia 
												menjaga jati dirinya sebagai 
												orang Melayu walaupun berada di 
												mana-mana jua.      
												
												
												
												  
												
												
												
												GAYA BAHASA 
												
												
												1.         Repetisi  Contohnya 
												:  itulah madu, itulah 
												racun. Menerima salah, 
												menolak juga salah. 
												
												
												2.         Metafora - 
												Contohnya:  gunung harapan, 
												kotak fikirannya. 
												
												
												3.         Simile  Contohnya : 
												macam neraka, bagai 
												hendak tersiat-siat hatinya, 
												seperti mahu menelan. 
												
												
												4.         Peribahasa  
												Contohnya :  sudah terang lagi 
												bersuluh, biar alah membeli, 
												menang memakai. 
												
												
												5.         Personifikasi  
												Contohnya :  Motosikalnya 
												mengaum membelah kesunyian pagi, 
												bahang kepanasan bertakung di 
												pelupuk mata, rumahnya roboh 
												ditelan air. 
												
												
												6.         Hiperbola  Contohnya 
												:  kepiluan kian menggunung. 
												
												
												7.         Bahasa asing - 
												Contohnya : Bahasa Inggeris - 
												the best men win!             
												                        Bahasa 
												Jepun -  Koi-bito.   Bahasa 
												Indonesia -  ongkos.   Bahasa 
												Arab -  Assalamualaikum, 
												bismillah, insya-Allah. 
												 
												
												
												  
												
												
												
												NILAI 
												
												
												1.         Nilai kasih sayang - 
												Kasih sayang  anak terhadap ibu 
												bapanya  Contohnya: Dahlia amat 
												menyayangi ibunya walaupun 
												ibunya menghidap penyakit 
												kemurungan.  
												
												
												Kasih sayang kakak terhadap 
												adik-adiknya- Contohnya:  Dahlia 
												sanggup keluar dari asrama 
												semata-mata mahu menjaga 
												adik-adiknya selepas ibunya 
												dimasukkan ke hospital. 
												
												
												2.         Nilai keberanian - 
												Embong berani membunuh ular sawa 
												yang cuba membelitnya. - Dahlia 
												berani terjun ke dalam sungai 
												untuk menyelamatkan Said.  
												 
												
												
												3.         Nilai setia kawan - 
												Kavita seorang yang setia kawan 
												apabila dia sanggup membuat 
												salinan nota  nota untuk 
												diberikan kepada Dahlia yang 
												kerap tidak hadir ke sekolah 
												kerana masalah keluarganya. 
												 
												
												
												4.         Nilai pengorbanan - 
												Dahlia sanggup berkorban demi 
												menjaga adik-adiknya sewaktu 
												emaknya dirawat di hospital. Dia 
												sanggup ponteng sekolah kerana 
												ingin menguruskan adik-adiknya 
												dan menjaga adiknya, Anggerik 
												yang sakit. Dahlia juga sanggup 
												keluar dari asrama sedangkan 
												hanya tinggal beberapa bulan 
												lagi sebelum menduduki STPM.
												 
												
												
												5.         Nilai keikhlasan - 
												Tauke Lim ikhlas membantu 
												keluarga Dahlia tanpa 
												mengharapkan sebarang balasan. 
												Beliau juga ikhlas memberi 
												hutang kepada keluarga Dahlia. 
												Beliau ikhlas memberi wang 
												sebanyak RM300 untuk 
												perbelanjaan Dahlia di 
												Universiti Malaya. Beliau ikhlas 
												memberi sumbangan barang-barang 
												sewaktu sambutan Maulidur Rasul 
												yang diadakan di balai raya. 
												 
												
												
												6.         Nilai nasihat- 
												menasihati - Haji Sulaiman 
												menasihati penduduk Kampung 
												Parit Haji Rais supaya 
												mengamalkan sikap bekerjasama  
												dan sedia membantu jiran 
												tetangga yang susah.  Cikgu 
												Hisyam menasihati Dahlia agar ke 
												sekolah kerana dia merupakan 
												pelajar yang berpotensi untuk 
												mendapat keputusan yang 
												cemerlang dalam STPM.  
												 
												
												
												7.         Nilai kerjasama - 
												Penduduk kampung bekerjasama 
												setelah ditegur oleh Haji 
												Sulaiman. Mereka bekerjasama 
												membina rumah Embong yang roboh 
												dilanda banjir. Penduduk kampung 
												juga bekerjasama mengumpulkan 
												wang untuk diserahkan kepada 
												Dahlia yang akan melanjutkan 
												pelajaran.  
												
												
												8.         Nilai keinsafan  Abu 
												Bakar menyesal kerana 
												terpengaruh oleh kawan-kawannya 
												sehingga sanggup mencuri kambing 
												milik bapanya. 
												
												
												9.         Nilai kegigihan - 
												Dahlia gigih belajar di balai 
												raya sewaktu rumahnya di landa 
												banjir untuk mencapai kejayaan 
												dalam STPM. Dahlia gigih belajar 
												dengan menyiapkan kerja rumahnya 
												walaupun terpaksa menguruskan 
												adik-adiknya setelah emaknya 
												dimasukkan ke hospital.  
												 
												
												
												10.        Nilai Ketabahan - 
												Dahlia tabah mengharungi dugaan 
												dalam hidupnya. Dia tabah 
												apabila emaknya sakit dan 
												abahnya dipatuk ular. Dahlia 
												juga tabah apabila mendapat tahu 
												neneknya mahu menjual tanah 
												tempat tinggal mereka.  
												 
												
												
												  
												
												
												
												PENGAJARAN 
												
												
												1.         Kita hendaklah 
												membantu orang lain yang berada 
												dalam kesusahan.    
												
												
												2.         Kita hendaklah 
												bekerjasama dalam melakukan 
												sebarang tugasan.    
												
												
												3.         Kita janganlah 
												berprasangka buruk terhadap 
												orang lain.  
												
												
												4.         Kita mestilah insaf 
												setelah melakukan kesalahan.
												 
												
												
												5.         Kita mestilah 
												nasihat-menasihati antara satu 
												sama lain.     
												
												
												6.         Kita mestilah bersatu 
												padu demi keharmonian hidup.    
												
												
												7.         Kita mestilah 
												menyayangi ahli keluarga kita.
												 
												
												
												8.         Kita mestilah berani 
												berhadapan dengan sebarang 
												masalah.    
												
												
												9.         Kita mestilah tabah 
												dalam menempuh dugaan hidup. 
												
												
												10.        Kita mestilah gigih 
												belajar untuk mencapai kejayaan. 
												    
												
												
												11.        Kita mestilah sedia 
												berkorban demi kebahagiaan orang 
												lain.     |