| 
												 
												
												1.    
												
												
												
												NOVEL TIRANI ( Beb Sabariah) 
												  
												
												
												
												SINOPSIS KESELURUHAN 
												  
												
												
												TIRANI mengisahkan tentang  
												seorang gadis yang bernama 
												Waheeda mahu menjadi cantik dan 
												berhidung mancung kerana hidung 
												asalnya pesek. Waheeda juga 
												ingin mencapai kemajuan atas 
												nama dirinya dalam bidang 
												pelancongan sehingga suaminya, 
												Zahid mengatakan bahawa Waheeda 
												telah mengabaikan batas-batas 
												pergaulan sebagai isteri. Bagi 
												menjadi cantik Waheeda yang 
												kebetulan hidungnya digigit 
												monyet melakukan pembedahan 
												rekonstruksi atau pembinaan 
												semula wajahnya dengan memasang 
												hidung palsu menjadikannya 
												hidungnya mancung dan cantik. 
												Dengan kejayaannya menjadi 
												cantik datang jugalah 
												kejayaannya dalam bidang 
												kerjaya. Bidang pelancongan yang 
												diterokainya telah 
												mempertemukannya dengan 
												suaminya, Zahid, anak rakan 
												niaganya di Sarawak iaitu Datuk 
												Yasser. Kecantikan dan kejayaan 
												dalam kerjaya yang dicapai oleh 
												Waheeda tidak menjamin 
												kebahagiaan rumah tangga. 
												Sebenarnya tidak menjadi 
												kenyataan  kerana apa yang 
												diperolehnya itu yang merosakkan 
												kehidupannya. Kecantikannya itu 
												menyebabkan tugasnya bertambah 
												berat dan harapan orang 
												terhadapnya melambung tinggi 
												sehingga Waheeda tidak larat 
												memikulnya. Dalam novel TIRANI 
												cinta Waheeda terhadap suaminya 
												begitu mendalam sehingga jatuh 
												sakit jiwa setelah diceraikan 
												oleh suaminya. Penceraian itu 
												berpunca daripada wajah anaknya 
												yang tidak ada mewarisi 
												kecantikan dirinya dan ditambah 
												dengan rasa cemburu oleh Zahid.  
												Akhirnya Waheeda  bertekad untuk 
												berjaya dan berdikari dalam 
												bidang pelancongan dengan 
												menguruskan sebuah chalet di 
												Cameron Highland. Kemajuan 
												chalet yang diusahakan oleh 
												Waheeda dan anaknya Izzati telah 
												menarik kehadiran ramai 
												pelancong termasuklah Zahid. 
												Akhir mereka dipertemukan di 
												chalet itu. Namun, di sudut hati 
												Waheeda dan Zahid terserlah satu 
												falsafah hidup bahawa kecantikan 
												seseorang hanyalah satu TIRANI. 
												
												
												  
												
													
														| 
														 
														
														
														BAB  | 
														
														 
														
														
														SINOPSIS  | 
													 
													
														| 
														 
														
														1 
														
														
														Melontar Puing Duka  | 
														
														 
														
														Semasa di homestay 
														miliknya, Waheeda sedang 
														melayari laman sesawang 
														tentang kecantikan diri 
														seorang wanita yang 
														merupakan sinonim dengan 
														sifatnya yang terlalu 
														obses dengan 
														kecantikan.  Lalu 
														Waheeda teringat akan 
														hidungnya yang kemet  
														yang menjadi ejekan 
														kepada kawan-kawannya 
														seperti  Si Nuar, Si Man 
														dan Mat Gusi. Hatinya 
														sentiasa memberontak 
														dengan keadaan itu. Atas 
														nasihat ibunya, Raidah 
														dan kawannya Nasuha 
														serta Ustazah Ruqaiyah 
														perasaan benci  dan 
														bergelora terhadap 
														kawan-kawannya dapat 
														diredakan. 
														
														
														Di pekarangan 
														homestaynya suasana agak 
														riuh dan sibuk telah 
														mematikan lamunan 
														Waheeda. Keriuhan itu 
														menggambarkan kesibukan 
														dan persediaan yang 
														sedang dilakukan oleh 
														pekerja homestay iaitu 
														Fatimah, Babu Saiyidah, 
														Liya dan Nani untuk 
														menyambut kedatangan 
														pelancong Inggeris. Satu 
														daripada keistimewaan 
														homestay ini adalah 
														menyediakan makanan asli 
														masyarakat Dayak Sarawak 
														seperti pansuh ayam dan 
														bubur pedas, pansuh 
														manok dan udang galah 
														gulai tempoyak iaitu 
														masakan asli Sarawak. 
														Selain makanan dan 
														tempat tinggal, 
														pengurusan homestay 
														Waheeda    menyediakan 
														pengalaman pergi ke 
														dusun buah-buahan di 
														Matang dan juga 
														pengalaman urutan kaki 
														di kolam ikan kap. 
														Selain itu, pelancong 
														juga diberi penerangan 
														tentang sejarah tempatan 
														di situ. Waheeda terus 
														menyiapkan tugasannya 
														untuk memajukan lagi 
														homestay itu.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														2 
														
														
														Dayang Muda  | 
														
														 
														
														Semasa di pejabatnya,  
														Waheeda dan Fatimah 
														sibuk berbincang 
														tentang  2 lawatan 
														institusi pelancongan 
														dan lawatan Putera  
														Andrew ke Rumah Panjang 
														Annah Jais seterusnya ke 
														Dusun Tajau Emas. Mereka 
														juga menyenaraikan  
														barang-barang yang 
														penting untuk dipamerkan 
														bagi menggambarkan 
														identiti budaya 
														masyarakat Sarawak 
														kepada rombongan yang 
														hadir. 
														
														
														Kehadiran para pelancong 
														ini menyebabkan Waheeda 
														berasa amat gembira. 
														Namun di sebalik 
														kehadiran pelancong itu, 
														Waheeda berasa amat 
														kecewa atas penampilan 
														dirinya yang tidak 
														cantik dan Waheeda 
														memasang niat untuk 
														membuat pembedahan 
														plastik. Hasrat ini 
														telah dinyatakan kepada 
														ibunya, Raidah. Tetapi 
														bapa Waheeda tidak 
														menggalakkan kerana  
														bercanggah dengan hukum 
														agama. Emak Waheeda 
														terus memujuk anaknya 
														supaya tidak melakukan  
														apa yang dihajatinya. 
														
														
														Tidak  beberapa lama 
														kemudian, keadaan 
														chalet  pada malam itu 
														menjadi kelam kabut. 
														Seekor  monyet Belanda 
														telah menempa masuk ke 
														dalam chalet. Nasib 
														malang telah menimpa 
														Waheeda kerana monyet 
														itu telah menggigit muka 
														Waheeda. Dia luka parah 
														dan dibawa ke hospital 
														untuk mendapatkan 
														rawatan yang 
														dikendalikan oleh Dr. 
														Zakaria. Melalui 
														perbincangan antara 
														Waheeda dengan Dr 
														Zakaria, Waheeda telah 
														bersetuju untuk 
														melakukan pembedahan 
														plastik dengan 
														menggunakan kepakaran di 
														Singapura.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														3 
														
														
														Katarsis  | 
														
														 
														
														Perjalanannya  menuju ke 
														lapangan terbang Kuching 
														pada pagi itu ditemani 
														oleh Ibu 
														Waheeda(Raidah), Kamri 
														dan Ghazi selaku pemandu 
														kereta pacuan empat roda 
														(Prado). Ghazi ialah 
														abang Waheeda yang 
														melepaskan jawatan 
														sebagai jurutera di 
														petronas telah pulang ke 
														pangkuan keluarga untuk 
														memajukan perniagaan 
														keluarganya. Pada 
														awalnya, perjalanan 
														mereka agak lancar 
														tetapi apabila 
														menghampiri jambatan Tun 
														Abdul Rahman Yakob, 
														keadaannya 
														tersekat-sekat akibat 
														jambatan roboh kerana 
														dilanggar oleh tongkang 
														pasir pada malam tadi. 
														Dalam perjananan itu 
														Waheeda tidak banyak 
														berkata-kata hanya 
														menyamput kata-kata 
														ibunya sekali sekala. 
														Waheeda banyak 
														menyendiri sahaja. 
														Namun, ibunya Raidah 
														banyak bercerita tentang 
														sejarah jambatan gantung 
														dan nama-nama jalan yang 
														dilalui oleh mereka yang 
														semuanya mengambil nama 
														pembesar-pembesar negeri 
														Sarawak. Raidah juga 
														sangat kagum tentang 
														bandar raya Kuching yang 
														dinobatkan sebagi Bandar 
														Dalam Taman dan Bandar 
														Selamat menurut 
														perisytiharan daripada 
														Perikatan Bandar Sihat 
														Sedunia. 
														
														
														Mereka sempat sampai ke 
														lapangan terbang Kuching 
														sebelum waktu berlepas. 
														Raidah melihat wajah 
														anaknya yang tidak 
														menunjukkan rupa 
														kesedihan. Jelaslah 
														Waheeda mempunyai 
														perasaan katarsis.
														 
														
														
														Sesampainya di lapangan 
														Terbang Changi, 
														Singapura, Waheeda 
														menuju ke rumah  Bazilah 
														iaitu kawan satu 
														university dengannya. 
														Waheeda akan tinggal 
														bersama Bazilah 
														sepanjang menerima 
														rawatan di Silicon 
														Medical Centre, 
														Singapura yang 
														dikendalikan oleh Dr 
														Alma Hollis.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														4 
														
														
														Semarak Api Semarak Hati  | 
														
														 
														
														Sebelum Waheeda menuju 
														ke  rumah Bazilah, 
														Waheeda  kagum  dengan 
														kebersihan bandar raya 
														Singapura dan Waheeda 
														melihat kedai-kedai yang 
														banyak berderet tetapi 
														niatnya bukannya untuk 
														membeli belah. Dia juga 
														amat peka kewujudan 
														pokok-pokok semarak api 
														yang sedang berbunga. 
														Rentetan daripada itu, 
														telah menyedarkan 
														Waheeda tentang 
														kepalsuan fakta sejarah 
														yang telah 
														dimanipulasikan oleh 
														penjajah. Perjalanan 
														diteruskan ke rumah 
														Bazilah. Dia sudah 
														dinantikan oleh 
														sahabatnya itu di rumah. 
														Waheeda akan tinggal di 
														salah sebuah bilik di 
														rumah  kepunyaan pakcik 
														Bazilah. Semalaman 
														mereka berbual mengenang 
														kembali 
														peristiwa-peristiwa 
														semasa mereka sama-sama 
														belajar di Universiti 
														Teknologi Malaysia, 
														Skudai, Malaysia. 
														Keesokan harinya, 
														Waheeda telah 
														diperkenalkan oleh 
														Bazilah kepada 
														tunangnya, Dr Zahari. 
														Kebetulannya Dr Zahari 
														merupakan doktor pakar 
														pembedahan plastik di 
														Hospital Sultanah  
														Aminah, Johor Bharu. 
														Dalam sebuah restoran, 
														Dr Zahari menjelaskan 
														gambaran tentang 
														pembedahan plastik yang 
														akan dilalui oleh 
														Waheeda. Pada masa yang 
														sama, Waheeda juga 
														menyatakan  bahawa dia 
														berhajat untuk melakukan 
														pembetulan di kelopak 
														matanya. 
														
														
														Waheeda dan Bazilah 
														sudah berada di  Silicon 
														Medical Centre (CMC). Di 
														sini, Waheeda berjumpa 
														dengan Dr Alma Chen. 
														Waheeda telah 
														menyerahkan dokumen 
														perubatan dari hospital  
														di Sarawak. Waheeda 
														telah melengkapkan semua 
														borang yang diperlukan 
														untuk proses pembedahan 
														tersebut.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														5 
														
														
														Doa Selamat  | 
														
														 
														
														Pada malam itu, Waheeda 
														menghantar e-mel yang 
														menceritakan rawatan 
														yang akan dilaluinya. 
														Apabila Ghazi menyatakan 
														pembedahan tersebut 
														mengambil masa kira-kira 
														10 jam kepada ibunya, 
														Raidah menjadi gusar 
														lalu bertindak  dengan 
														menyediakan sejenis 
														makanan yang bernama 
														ketupat lepas. 
														Penyediaan ketupat lepas 
														ada kaitan dengan 
														kepercayaan masyarakat 
														di situ untuk menolak 
														bala. Raidah juga 
														menyuruh Ghazi membeli 
														tiket kapal terbang ke 
														Singapura. Raidah akan 
														memberi ketupat lepas 
														itu kepada anaknya itu 
														kononnya untuk menolak 
														bala. 
														
														
														Di rumah Bazilah, 
														Waheeda menerima 
														panggilan daripada 
														ibunya bahawa dia sudah 
														sampai di Singapura. 
														Waheeda terkejut dan 
														menyatakan kepada ibunya 
														supaya menunggunya. 
														Tiba-tiba ibunya sudah 
														berada di depan pintu 
														rumahnya. Ibunya membawa 
														ketupat lepas dan 
														menyuruh Waheeda membuka 
														ikatan ketupat lepas 
														bagi menolak bala lalu 
														dimakannya. Bazilah juga 
														memakannya. Waheeda amat 
														gembira dengan kehadiran 
														ibunya. 
														
														
														Pada keesokan pagi, 
														Raidah dan Bazilah 
														menemani Waheeda ke SMC. 
														Selepas berjumpa dengan 
														Dr Alma Chen dan 
														menandatangani beberapa 
														dokumen mereka terus ke 
														bilik bedah. Di luar 
														dewan bedah, Raidah 
														memeluk anaknya dan 
														mendoakan keselamatan 
														Waheeda. Begitu juga 
														dengan Bazilah. Kemudian 
														Waheeda berjalan masuk 
														ke bilik bedah dengan 
														hati yang tabah demi  
														kecantikan wajahnya.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														6 
														
														
														Metamorfosis  | 
														
														 
														
														Pembedahan terhadap 
														Waheeda yang telah 
														dirancang berjalan 
														dengan lancar. Operasi 
														ini diketuai oleh Dr 
														Sirrim Ghazizadeh dan 
														dibantu oleh Dr Alma 
														Chen dan Dr Averroes 
														(Dr.Rushdi).  Di dalam 
														bilik pembedahan, 
														keadaan Waheeda sangat 
														tenang dan rela 
														menjalani pembedahan itu 
														demi kecantikan 
														wajahnya. Pembedahan 
														tersebut mengambil masa 
														selama 12 jam. 
														
														
														Waheeda berasa sangat 
														gembira kerana 
														rupa-rupanya dia 
														ditemani oleh ibunya 
														yang menunggu di luar  
														bilik pembedahan. 
														Waheeda melangkah keluar 
														dari SMC bersama-sama 
														ibunya selepas membayar 
														bil pembedahan yang 
														jumlahnya berpuluh ribu 
														ringgit. Waheeda berasa 
														lega kerana hasratnya 
														untuk merubah wajahnya 
														seperti yang diidamkan 
														sudah terlaksana. Semasa 
														Waheeda berehat di 
														rumah, dia telah membaca 
														satu tawaran  pakej 
														pelancongan yang 
														ditawarkan oleh 
														Timberland Medical dan 
														SMC ke Hotel Flamingo De 
														La Rossa, Pulau Sentosa, 
														Singapura. Tawaran ini 
														dikhaskan kepada 
														pelanggan SMC yang 
														membayar 30 ribu ke 
														atas. Waheeda menerima 
														tawaran tersebut.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														7 
														
														
														Ke Pulau Sentosa  | 
														
														 
														
														Percutian ke Pulau 
														Sentosa ditemani oleh 
														sahabatnya Bazilah dan 
														Dr Zahari. Waheeda 
														bersama rakannya 
														menghabiskan masa di 
														pulau tersebut. 
														Kebanyakan masa 
														dihabiskan dengan 
														membaca buku yang 
														tersedia di hotel 
														tersebut. Mereka juga 
														menghargai  anugerah 
														alam di situ. Jenis 
														tumbuh-tumbuhan yang ada 
														di situ seperti pohon 
														putat laut dan pohon 
														ketapang yang 
														mengingatkan  Waheeda 
														kepada kampung 
														halamannya. Suasana di 
														situ juga menjadi sumber 
														inspirasi kepada Wheeda 
														untuk memajukan lagi 
														homestay kepunyaan 
														bapanya. 
														
														
														Semasa Waheeda, Bazilah 
														dan Dr Zahari 
														berbincang, tiba-tiba 
														munculnya  Dr Averroes. 
														Dr Averroes juga 
														dikenali sebagai Dr 
														Rushdi. Percutian ini 
														semakin rancak dengan 
														kehadiran Dr Rushdi. 
														Mereka bersantai 
														bersama-sama berkongsi 
														pengalaman dan 
														pandangan.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														8 
														
														
														Hadiah Alam  | 
														
														 
														
														 Waheeda dan Dr Rushdi 
														terus bercerita. Dr 
														Rushdi menyatakan 
														bahawa  kecantikan ialah 
														tirani yang hadir hanya 
														sementara sahaja. 
														Istilah  tirani 
														menurut Dr Rashdi 
														berasal dari Greek. 
														Persoalan ini menjadi 
														topik perbualan yang 
														panjang antara mereka 
														berdua.  
														
														
														Pada malamnya, sebelum 
														tidur, Waheeda tersenyum 
														teringatkan 
														cerita-cerita yang 
														disampaikan oleh Dr 
														Rushdi tentang dirinya 
														dan kehebatan 
														orang-orang Sepanyol. 
														Cerita Dr Rushdi juga 
														mengingatkan  Waheeda 
														kepada kehebatan 
														bangsanya dan kampung 
														halamannya. Sejurus 
														selepas itu, Fatimah 
														telah menelefonnya  
														tentang ke hadiran 
														Persatuan Agen 
														Pelancongan dan 
														Perjalanan Malaysia 
														(MATTA) ke tempat 
														mereka. Fatimah juga 
														menerangkan pesta Bung 
														Beratak yang dihadirinya 
														bersama-sama rombongan 
														tersebut. 
														
														
														Selepas itu, melalui 
														e-mel Fatimah juga   
														tentang projek 
														perhotelan yang 
														dijalankan oleh syarikat 
														Datuk Yaseer yang telah 
														berjalan lancar. Waheeda 
														teringat semula akan 
														chalet ayahnya yang 
														mungkin jauh ketinggalan 
														berbanding dengan hotel 
														Datuk Yasser. Waheeda 
														memasang tekad untuk 
														kembali ke Chalet Tajau 
														Emas. 
														
														
														Dengan tidak disangka, 
														Waheeda menerima berita 
														gembira untuk menghadiri 
														satu temu duga pegawai 
														Perhubungan di Flamingo 
														Resort. Sebenarnya 
														Waheeda telah membuat 
														persiapan diri  dengan 
														menghadiri bengkel 
														Keusahawanan dan 
														Keterampilan diri 
														sebelum ini. Sebelum 
														tidur pada malam itu, 
														Waheeda berfikir mungkin 
														dia akan berpisah dengan 
														sahabatnya, Bazilah 
														kerana Flamingo Resort 
														terletak jauh di sebelah 
														selatan Singapura.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														9 
														
														
														Wajah Pesono  | 
														
														 
														
														Kehadiran Waheeda 
														sebagai Pegawai 
														Perhubungan Awam yang 
														baru di Flamingo Resort 
														telah mendapat perhatian 
														oleh pekerja di situ. 
														Kecantikan dan keramahan 
														Waheeda amat 
														menyenangkan hati 
														beberapa orang staf di 
														situ seperti Lais, Anati 
														dan Kong.  Dalam pada 
														itu, Waheeda bersyukur 
														diterima bekerja di 
														situ. Namun, dia masih 
														teringat kerjanya di 
														Tajau Emas. Waheeda 
														makan bersama Kong di 
														Restoran La Rosa. 
														Selepas Kong 
														meninggalkan Waheeda di 
														kafe, Waheeda sempat 
														melihat seorang  lelaki 
														yang bernama Zahid 
														setelah dibisikkan oleh 
														Alex kepadanya. 
														
														
														Di rumah Bazilah, semasa 
														kedua-dua mereka 
														berbual, Dr Zahari 
														muncul. Waheeda sedar 
														sejak belakangan ini, Dr 
														Zahari selalu datang ke 
														rumah mereka. Tindakan 
														Dr Zahari yang mesra dan 
														seakan-akan tidak 
														mempedulikan Bazilah 
														menyebabkan Waheeda 
														kurang selesa. Waheeda 
														berasa Dr Zahari 
														melemparkan pandangan 
														mata yang cukup 
														berlainan yang mungkin 
														menyebabkan Bazilah 
														cemburu. Peristiwa ini 
														menyebabkan Waheeda 
														menganggap  tirani itu 
														memang benar. Dengan 
														alasan ini, Waheeda 
														mengambil keputusan 
														untuk berpindah ke 
														Flamingo Resort. 
														
														
														Pada minggu pertama di 
														tempat kerja, Waheeda 
														telah menerima tugas 
														yang agak berat yang 
														diberikan oleh Encik 
														Halloway. Waheeda cuba 
														mengaitkan budaya 
														masyarakat Singapura 
														dengan masyarakat 
														Sarawak. Waheeda 
														teringat akan orang Ulu, 
														Long Dance atau Hiven 
														Joh, kebudayaan suku 
														kaum Kelabit, Kayan, 
														Kenyah, Long Bawang dan 
														Penan. 
														
														
														Dalam pada merangka 
														program yang terbaik 
														untuk resort tersebut, 
														Halloway datang dan 
														mengajak berjumpa dengan 
														Zahid. Dalam pertemuan 
														ini, Halloway telah 
														menawarkan Waheeda 
														sebagai wakil Flamingo 
														Resort dalam 
														pertandingan ratu 
														antarabangsa yang akan 
														diadakan pada 
														pertengahan   hadapan. 
														Waheeda terkejut 
														mendengar tawaran 
														tersebut. Keadaan itu 
														diredakan apabila 
														Halloway memuji 
														kecantikan Waheeda. 
														
														
														Setelah Halloway 
														beredar, Waheeda 
														berkenalan dengan Zahid. 
														Melalui perbualan 
														tersebut, Waheeda  dan 
														Zahid begitu teruja dan 
														hati mereka terus 
														berbunga.   | 
													 
													
														| 
														 
														
														10 
														
														
														Senyum Sepuluh Ela  | 
														
														 
														
														Datuk Yasser berkunjung 
														ke Singapura dan 
														menginap di Flamingo 
														Resort dengan tujuan 
														untuk menemuinya anaknya 
														Zahid yang baru pulang 
														dari Amerika. Datuk 
														Yasser banyak 
														membincangkan isu yang 
														terkandung dalam akhbar 
														hari itu,termasuklah 
														tentang  Islam, rasuah, 
														cetak rompak dan 
														sebagainya. Tujuan 
														asalnya untuk bertanya 
														kepada Zahid tentang 
														kepulangan Zahid dari 
														Amerika. Zahid 
														menjelaskan kepada 
														ayahnya bahawa dia tidak 
														suka  tinggal di sana 
														kerana beberapa isu 
														negatif terhadap 
														Malaysia dan Islam. 
														Datuk Yasser berasa 
														bersyukur atas keputusan 
														Zahid. Pada malam itu, 
														perbualan anak beranak 
														itu berkisar kepada 
														pengembangan perniagaan 
														di Kuching, Seri Gading 
														dan mungkin ke Flamingo. 
														Dalam kerancakan 
														perbincangan, 
														rupa-rupanya senyuman 
														manis Waheeda terlekat 
														dalam lamunan Zahid. 
														
														
														Selepas menikmati 
														makanan tengah hari 
														bersama Halloway, 
														Waheeda didatangi oleh 
														Zahid. Seterusnya Zahid 
														memperkenalkan Waheeda 
														kepada ayahnya Datuk 
														Yasser. Perbualan 
														Waheeda dengan Datuk 
														Yasser  semakin rancak 
														kerana Waheeda berasal 
														dari Kuching dan ada 
														kaitan dengan Tajau 
														Emas. Lantas ada kaitan 
														dengan Seri Gading. 
														Datuk Yasser sangat 
														gembira dan mencadangkan 
														mereka makan 
														bersama-sama pada malam 
														itu. 
														
														
														Waheeda tidak sabar 
														untuk menceritakan 
														kepada Bazilah tentang 
														pertemuannya dengan 
														Zahid yang mungkin akan 
														membibitkan sesuatu yang 
														bermakna. 
														
														
														Seterusnya, persiapan 
														sedang dibuat oleh Kong 
														dan Anati yang sibuk 
														memberi idea  tentang 
														pakaian yang sesuai 
														dipakai oleh Waheeda ke 
														Pertandingan Ratu Cantik 
														Miss Tourism 
														Internasional nanti. 
														Waheeda mencadangkan 
														bahawa dia tidak mahu 
														memakai fesyen yang 
														berbelah sampai ke paha. 
														Sebaliknya dia akan 
														mengenakan pakaian Gajoh 
														Oleng yang merupakan 
														pakaian tradisi Sarawak.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														11 
														
														
														Orang Rumah Sebelah  | 
														
														 
														
														Fatimah menerima e-mel 
														menceritakan hubungannya 
														dengan Zahid. Fatimah 
														menceritakan bahawa 
														Zahid yang ditemui oleh 
														Waheeda adalah anak 
														kepada Datuk Yasser, 
														tuan punya Sri Gading 
														Holding. Raidah sangat 
														gembira mendengar berita 
														tersebut 
														
														
														Di Flamingo, berita 
														kemenangan Waheeda 
														sebagai Miss Tourism 
														International  
														disebarkan kepada semua. 
														Detik-detik kegemilangan 
														diceritakan oleh Anati 
														kepada semua warga 
														Flamingo Resort. 
														Seterusnya Waheeda 
														diberi cuti satu hari. 
														Di biliknya Waheda 
														menerima bunga daripada 
														Zahid dan Dr. Rushidi. 
														Waheeda juga 
														menceritakan hubungannya 
														dengan Zahid kepada 
														Bazilah. Bazilah sangat 
														gembira dan berpesan 
														supaya Waheeda 
														menghantar kad jemputan 
														nanti. 
														
														
														Manakala di Tajau Emas 
														pula, Raidah berasa 
														pelik bila diberitahu 
														rombongan Datuk Yasser 
														akan dating merisik 
														anaknya sedangkan 
														Waheeda masih berada di 
														Singapura.  Acara 
														merisik ini diteruskan 
														juga tanpa kehadiran 
														Waheeda.  Walau 
														bagaimanapun, Raidah 
														mengharapkan Waheeda 
														akan pulang pada majlis 
														pertunangan itu nanti.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														12 
														
														
														Bidadari dari Langit  | 
														
														 
														
														Tugas Waheeda di 
														Flamingo semakin sibuk. 
														Banyak aktiviti 
														melibatkan dirinya 
														setelah digelar Ratu 
														Miss Tourism 
														International. Halloway 
														terus sahaja menyarankan 
														beberapa tugas yang 
														perlu dilaksanakan oleh 
														Waheeda untuk acara di 
														Flamingo. Waheeda tetap 
														menjalankan tugas yang 
														diberi kepadanya. 
														Sesekali Waheeda berasa 
														kasihan kepada 
														keluarganya yang sibuk  
														mengurus hal 
														pertunangannya sedangkan 
														dia tiada di sana. 
														
														
														Di Sri Gading, Zahid 
														sering menunggu 
														panggilan daripada 
														Waheeda. Zahid berasa 
														bersyukur menginap di 
														Flamingo Resort menjurus 
														berkenalan dengan 
														Waheeda. Zahid terus 
														menelefon Waheeda dan 
														perbualan mereka agak 
														panjang dan mesra. Dalam 
														perbualan tersebut, 
														Zahid memujuk Waheeda 
														supaya pulang ke 
														Sarawak. Namun Waheeda 
														memaklumkan kesibukan 
														tugasnya dan kontraknya 
														masih belum berakhir. 
														
														
														Kesibukan persiapan di 
														Tajau Emas disampaikan 
														oleh Fatimah melalui 
														telefon. Tetapi 
														perbualan mereka sering 
														terganggu dengan bunyi 
														bersin dan Waheeda 
														menerangkan kepada 
														Fatimah, dia tidak 
														berapa sihat dan sering 
														selesema.  
														
														
														Rentetan daripada itu, 
														Waheeda mendapatkan 
														rawatan dari doktor di 
														klinik panel Flamingo 
														tetapi kesihatannya 
														tetap tidak berubah. 
														Selesemanya masih 
														berlarutan. Selepas 
														bersin berpanjangan, 
														Waheda berasa tulang 
														rawan hidungnya runtuh 
														lalu menelefon Dr 
														Rushidi. Kemudian 
														Waheeda terus ke SMC 
														untuk mendapatkan 
														rawatan.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														13 
														
														
														Mati Hidup Semula  | 
														
														 
														
														Di Sri Gading, Datuk 
														Yasser sebagaimana 
														biasa, sering menelaah 
														statistik pelancongan 
														yang semakin meningkat 
														dari semenanjung, 
														Singapura, Sarawak dan 
														Asean. Dia gembira 
														kerana rezeki semakin 
														bertambah di Sri Gading. 
														Hotel dan Pusat 
														Peranginannya bernilai 
														RM60 juta. Datuk Yasser 
														menyedari bahawa 
														keuntungannya datangnya 
														dari usaha Waheeda yang 
														sangat bijak 
														mengiklankan Sri Gading 
														dan Tajau Emas kepada 
														pelancong. Dalam pada 
														itu, Datin Hazirah, 
														isterinya menyatakan  
														kerunsingan apabila 
														melihat anak mereka 
														Zahid yang nampaknya 
														gelisah, berjalan mundar 
														mandir akibat tidak 
														dapat menghubungi 
														Waheeda. Datin Hazirah 
														juga bimbang kerana 
														majlis pertunangan akan 
														berlangsung hanya 
														tinggal 3 hari sahaja 
														lagi.  Keresahan Zahid 
														menunggu Waheeda dapat 
														diredakan kerana dia 
														ditemani oleh kawan 
														baiknya iaitu Aiman.  
														Zahid berasa cemburu dan 
														curiga lalu mengimbas 
														kembali cara Kong dan 
														Halloway melayan 
														Waheeda. Dia berasakan 
														Waheeda berubah hati.
														 
														
														
														Majlis pertunangan yang 
														sepatutnya berlaku pada 
														hari Ahad bertukar 
														menjadi majlis kenduri 
														doa selamat di rumah 
														Datuk Yasser. Manakala 
														di rumah Hj Fathir dan 
														Hjh Raidah diadakan 
														majlis pertunangan 
														antara Fatimah dan 
														Ghazi. Hal ini 
														disebabkan 
														ketidakhadiran Waheeda 
														ke rumahnya kerana dia 
														sedang berada di SMC 
														untuk menerima rawatan. 
														
														
														Kerunsingan yang dialami 
														oleh Zahid menyebabkan 
														dia mengambil keputusan 
														untuk pergi ke 
														Singapura. Dalam pada 
														itu juga , bapa Waheeda, 
														HJ. Fathir marah kepada 
														isterinya Raidah dan 
														telah menambahkan 
														kerunsingan kepada 
														Raidah. Mereka tidak 
														mengetahui apa yang 
														berlaku kepada Waheeda. 
														Hanya Fatimah dan Ghazi 
														yang mengetahui hal 
														sebenarnya bahawa 
														Waheeda di masukkan 
														semula di SMC kerana 
														proses rinoskopi untuk 
														merekonstruksi hidungnya 
														yang telah mengalami 
														satu komplikasi. Walau 
														bagaimanapun, proses 
														tersebut berjaya 
														dilakukan oleh Dr 
														Rushidi. 
														
														
														Sesampainya Zahid di 
														Flamingo, Zahid 
														diberitahu  oleh Anati 
														bahawa Waheeda berada di 
														SMC. Zahid bergegas ke 
														sana.  Di sana proses 
														merekonstruksi sudah 
														selesai. Semasa 
														meninggalkan SMC, Zahid 
														melihat kemesraan antara 
														Waheeda dengan Dr 
														Rushidi. Zahid cemburu 
														tetapi perasaan itu 
														dapat diredakan apabila 
														Waheeda menyatakan 
														bahawa situasi tersebut 
														berlaku kerana Dr 
														Rushidi ingin  menguji 
														deria bau dengan 
														menyembur minyak wangi 
														selepas mengalami 
														selesema yang agak 
														teruk. Zahid kembali 
														tenang.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														14 
														
														
														Bagaikan Puteri  | 
														
														 
														
														Pesta perkahwinan antara 
														Zahid dan Waheeda 
														berlangsung di Taju 
														emas. Rombongan daripada 
														Datuk Yasser hadir 
														dengan deretan kereta 
														yang banyak. Suasana di 
														tajau Emas sangat 
														meriah. Tetamu yang 
														diundang melebihi 1000 
														orang. Pelancong yang 
														menjadi tetamu Sri 
														Gading dan Tajau emas 
														juga menjadi tetamu 
														undangan majlis ini. 
														Antaranya pelancong dari 
														Arab, Inggeris, Jepun 
														dan lain-lain lagi. Adat 
														istiadat Melayu Sarawak 
														dipamerkan dengan 
														teratur dan penuh 
														meriah. Adat ini juga 
														menjadi salah satu 
														tarikan pelancong untuk 
														dating ke daerah itu. 
														Irama muzik tradisional 
														Melayu Sarawak 
														dihidangkan termasuk 
														paluan kompang yang 
														mengiringi 50 orang ahli 
														hadrah. Suasana Tajau 
														Emas menjadi gilang 
														gemilang. Upacara ijab 
														kabur telah berjalan 
														dengan jayanya. Lafaz 
														nikah dapat 
														disempurnakan dengan 
														sekali lafaz sahaja. 
														Selepas acara akad nikah 
														dan menyarungkan cincin 
														perkahwinan, kedua-dua 
														pengantin diperkenalkan 
														kepada saudara mara 
														kedua-dua belah 
														pengantin. Majlis 
														perkahwinan ini 
														berlangsung selama dua 
														hari berturut-turut 
														melibatkan semua kaum di 
														daerah Matang. Datuk 
														Yasser akan mengadakan 
														majlis sambutan yang 
														serupa di Hotel Seri 
														Gading pada minggu 
														hadapan. Kedua-dua 
														keluarga yang bersatu 
														itu sungguh gembira  | 
													 
													
														| 
														 
														
														15 
														
														
														Hidup Ranggi  | 
														
														 
														
														Pemandangan di kawasan 
														kampung Matang  dan 
														Kubah begitu indah. 
														Banjaran Matang yang 
														menghijau dan Gunung 
														Serapi yang membiru dari 
														kejauhan sentiasa 
														kelihatan mengapung 
														awan.  Senario  
														pemandangan  dari Tajau 
														Emas hingga ke kaki 
														banjaran bagaikan 
														lukisan gambar. Ini 
														telah digambarkan oleh 
														zahid  semasa dia berada 
														di kampungnya. Malahan 
														pelancong asing juga 
														memuji pemandangan di 
														kawasan tersebut. Zahid 
														juga mengenangkan nasib 
														yang akan menimpa 
														kawasan  yang menghijau 
														tersebut sekiranya 
														rancangan untuk membina 
														lapangan terbang kedua 
														bagi Bandaraya Kuching 
														menjadi kenyataan. Dalam 
														masa yang sama, zahid 
														juga terkenang  
														kehidupannya semasa 
														berada di luar negara 
														bersama beberapa wanita. 
														Malahan gaya boleh 
														mencairkan hati wanita. 
														
														
														Sejak pertemuan dengan 
														Waheeda di Flamingo, 
														persepsi Zahid  tentang 
														cinta dan kehidupan kini 
														berbeza. Zahid teringat 
														kata-kata kawannya 
														bahawa hidup ranggi 
														tidak sampai ke mana 
														sedangkan usia semakin 
														meningkat. 
														
														
														Dalam dua minggu 
														bergelar pengantin baru, 
														keintiman semakin 
														terpaut utuh antara 
														Zahid dan Waheeda. 
														Waheeda juga bersyukur 
														kerana berjaya membina 
														kerjaya serta 
														keterampilan sentiasa 
														meniti di bibirnya.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														16 
														
														
														Mimpi Lain-lain  | 
														
														 
														
														Zahid membaca akhbar di 
														bilik pejabatnya. Kajian 
														yang dibuat oleh The 
														Expert banyak member 
														gambaran negatif kepada 
														Malaysia. Pada waktu itu 
														Waheeda muncul secara 
														tiba-tiba dan menyatakan 
														dua ratus ribu pelancong 
														dari timur tengah akan 
														melawat Negara ini pada 
														tahun depan.  Seri 
														gading dan Tajau Emas 
														bakal menempatkan 
														pelancong-pelancong 
														tersebut yang datang ke 
														Sarawak nanti. 
														
														
														Waheeda telah membaca 
														satu pojok ekonomi Asia  
														yang menyatakan Malaysia 
														jatuh ke nombor lapan 
														dalam kemajuan ekonomi 
														domestik, khususnya 
														sektor pelancongan. 
														Kemudian dia pula 
														mengambil sekeping wadah 
														berkaitan alam sekitar 
														yang ditulis oleh NAR, 
														singkatan daripada 
														Nasuha Abdul rahim. NAR 
														merupakan rakan yang 
														sudah terputus  hubungan 
														dengannya. Di sinilah 
														Waheeda terkenang 
														kembali kawan karibnya  
														itu semasa di sekolah 
														dahulu. 
														
														
														Sepanjang pagi zahid 
														tekun menelaah akaun 
														hotelnya.  Dalam masa 
														yang sama, zahid menanti 
														isterinya, Waheeda 
														untuk  makan tengah hari 
														di restoran Sri gading 
														bersama-sama. Namun, 
														Waheeda tidak  
														muncul-muncul. Kesibukan 
														masing-masing 
														menyebabkan mereka 
														banyak membuat aluan 
														masing-masing. 
														
														
														Zahid telah bergegas ke 
														Tajau Emas apabila 
														diberitahu bahawa 
														Waheeda telah dipanggil 
														oleh pelanggan lelaki. 
														Di Chalet tajau Emas, 
														Zahid ternampak lelaki 
														itu berjabat tangan 
														dengan Waheeda agak 
														lama. Zahid kenal lelaki 
														itu datangnya dari 
														Dubai. Waheeda beredar 
														cepat dari situ bagi 
														mengelakkan ketegangan 
														dengan suaminya, Zahid. 
														
														
														Zahid perasan apabila 
														sesekali terserempak   
														pandangan pelanggan 
														terhadap isterinya. 
														Kecantikan serta 
														keterampilan Waheeda 
														seolah-olah kini menjadi 
														milik masyarakat. Bagi 
														Datuk Yasser pula, 
														Waheeda bukan sahaja 
														menantu yang cekap malah 
														berupaya mengendalikan 
														perniagaan dengan baik. 
														Datuk Yasser akur dengan 
														kehendak menantunya, 
														Waheeda yang tidak ingin 
														bergabung antara Seri 
														Gading dengan Tajau Emas 
														kerana Waheeda ingin 
														berdikari. 
														
														
														Waheeda cuba 
														membandingkan perwatakan 
														Datuk Yasser dengan 
														ayahnya. Di mana ayahnya 
														suka berkebun manakala 
														Datuk Yasser bekerja 
														dalam bilik berhawa 
														dingin. Waheeda kagum 
														dengan semangat dan 
														tenaga yang dimiliki 
														oleh ayahnya.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														17 
														
														
														Konflik  | 
														
														 
														
														Waheeda berasa tidak 
														sedap hati, mentuanya 
														Datuk Yasser seakan 
														membayangkan dirinya 
														seolah-olah manusia 
														individualistik apabila 
														enggan menerima cadangan 
														penggabungan Seri 
														Gading-Tajau Emas. 
														Waheeda ingin berdikari 
														dan ingin membina 
														empayar sendiri. 
														Walaupun begitu, 
														Waheeda  sentiasa 
														bersedia datang ke Seri 
														Gading untuk membantu.
														 
														
														
														Waheeda banyak 
														terkenangkan masa-masa 
														lalunya. Di mana masa 
														santainya biasanya 
														diluangkan bersama-sama 
														ibunya. Pada masa ini 
														juga, Waheeda 
														mengusap-usap atas blaus 
														ungu nipis yang 
														melindungi perutnya yang 
														kini mencecah lapan 
														bulan. Waheeda 
														berbual-bual dengan 
														ibunya tentang dirinya. 
														Raidah cukup terhibur 
														mendengar luahan rasa 
														anaknya. 
														
														
														Di samping itu, Waheeda 
														masih memikirkan 
														perubahan 360 darjah 
														yang berlaku dalam 
														dirinya. Cantik 
														dicemburui, hodoh pula 
														dihina. Awal tengah 
														hari, Waheeda ke farmasi 
														di Mall Matang Jaya 
														untuk membeli ubat 
														migrain. Namun ubat yang 
														hendak dibelinya tiada 
														stok di farmasi 
														tersebut. Waheeda berasa 
														dia perlu bergantung 
														kepada ubat untuk 
														meredakan sakit 
														kepalanya. Mungkin 
														stres, tumpuan kerja, 
														kerenah suami dan 
														macam-macam lagi. 
														
														
														Bagi Zahid, Waheeda 
														obsesi dengan kerja. 
														Manakala Waheeda 
														menganggap Zahid 
														merupakan seorang yang 
														kuat cemburu. Sedangkan 
														Waheeda jujur dengan 
														suami, Zahid. Hati 
														Waheeda begitu tergores 
														apabila Zahid mengungkit 
														insiden di Tajau Emas 
														tempoh hari dan 
														peristiwa semasa di SMC 
														dahulu pun masih dalam 
														ingatan Waheeda. 
														
														
														Pada malam itu, Waheeda 
														berseorangan setelah 
														sehari suntuk tidak 
														bersama suaminya. 
														Waheeda sudah pun tidur 
														apabila Zahid pulang 
														dari Seri Gading. Awal 
														malam itu, Waheeda 
														baring di atas katil 
														mengingatkan kenangan 
														dalam kenangan yang 
														melingkari  hidupnya. 
														
														
														Ibunya, Raidah tidak 
														menyebelahi sesiapa dan 
														menasihati Waheeda 
														supaya menjaga pergaulan 
														dan agar tidak ingkar 
														dengan suami. Raidah 
														faham bahawa keresahan 
														dan sensitiviti hanyalah 
														pembawaan anak dalam 
														kandungan.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														18 
														
														
														Dilanda Nostalgia  | 
														
														 
														
														 Zahid menemani 
														isterinya menuruni Bukit 
														Matang yang merakamkan 
														sejarah hidup kehidupan 
														Fadhil sekeluarga. Pada 
														waktu inilah Zahid dan 
														Waheeda bergurau tentang 
														pendatang tanpa izin 
														yang ditujukan kepada 
														Zahid. Sesampainya di 
														bawah, Waheeda telah 
														disambut oleh Halloway. 
														Halloway bersama Dr 
														Rushdi telah datang 
														bercuti ke Seri Gading 
														tanpa pengetahuan 
														Waheeda. Mereka telah 
														mengimbau semasa di 
														Flamingo Resort. 
														Kemesraan yang 
														terjalin   mereka 
														menyebabkan Zahid 
														meminta diri untuk 
														menyambung joging. Pada 
														waktu inilah, Halloway 
														dan Dr Rushdi memuji 
														kecantikan Waheeda dan 
														kecantikan dan kehebatan 
														wanita-wanita dahulu 
														seperti Halen of Troy, 
														Cleopatra, Ratu Saba’ 
														dan ramai lagi. 
														
														
														Zahid melenting di 
														hujung talian telefon 
														sekembalinya Waheeda ke 
														biliknya. Zahid meragui 
														kejujuran dan keikhlasan 
														Waheeda. Hati Waheeda 
														tergores lagi. Malam itu 
														Zahid tidak pulang ke 
														rumah di Tajau emas 
														dengan alasan untuk 
														menonton bola. 
														
														
														Nostalgia pada peringkat 
														awal begitu romantik 
														bagi pasangan Waheeda 
														dan Zahid terutamanya 
														apabila mengetahui 
														kehadiran orang baru. 
														Namun, sejak peristiwa 
														itu, hati Waheeda mudah 
														tersentuh. Dia terkesan 
														dinginnya perhubungan 
														dengan suaminya. Waheeda 
														rimas melihat suaminya 
														yang terlalu cemburu. 
														
														
														Riadah, ibu Waheeda 
														termenung di katilnya. 
														Kini menantunya semakin 
														menjauhkan diri. Riadah 
														menasihati Waheeda 
														supaya jangan membiarkan 
														suaminya lalai akan 
														tanggungjawabnya. 
														Bertubi-tubi motivasi 
														diri memasuki benaknya. 
														Waheeda pasrah dengan 
														laluan yang dihadapinya. 
														
														
														Waheeda bangun sebelum 
														mentari menyinari bumi. 
														Selepas bersenam kecil, 
														Waheeda ke dapur. Raidah 
														memberitahu Waheeda 
														bahawa ada tetamu yang 
														dating iaitu Nasuha dan 
														kawannya Balqis dari 
														BERNAMA. Mereka datang 
														bersama pasukan BRP bagi 
														menyiasat kes seorang 
														menteri kanan yang 
														dituduh rasuah. Waheeda 
														berbual dengan Nasuha 
														tentang zaman hodohnya 
														dan mengenai suaminya, 
														Zahid. Nasuha terkesima 
														mendengar cerita yang 
														disampaikan oleh 
														Waheeda. Menurut 
														Waheeda, bila-bila masa 
														sahaja dia akan 
														bersalin. Pada petang 
														itu, Nasuha menemani 
														Waheeda dan Raidah ke 
														Hospital Normah tanpa 
														kehadiran Zahid.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														19 
														
														
														Bagaikan Bongkah Batu  | 
														
														 
														
														Waheeda telah dimasukkan 
														ke Hospital Normah untuk 
														bersalin. Di wad 
														eksklusif Hospital 
														Normah, Raidah tidak 
														senang duduk. Menyedari 
														keadaan itu, Waheeda 
														menyatakan bahawa Zahid 
														tidak datang. Pada masa 
														itu juga, Datin Hazirah, 
														ibu mentuanya dating 
														menziarahinya dengan 
														membawa jambangan bunga 
														pemberian Zahid. Ibu 
														mentuanya menyatakan 
														Zahid sibuk kerana di 
														hotelnya berlangsung 
														konvensyen antarabangsa. 
														
														
														Sebaik Datin Hazirah 
														meninggalkan bilik 
														tersebut, fikiran 
														Waheeda teringat akan 
														nada kasar Zahid yang 
														menuduhnya bermain kayu 
														tiga, nusyuz, ingkar dan 
														banyak lagi. Zahid suka 
														mengungkit 
														perkara-perkara yang 
														sudah berlaku. Paling 
														menyakitkan hati Waheeda 
														apabila Zahid tidak 
														pasti anaknya, Izzati 
														itu anaknya. Raidah 
														telah menasihati Waheeda 
														supaya banyak bersabar 
														bagi meredakan perasaan 
														tersebut. 
														
														
														Waheeda telah pergi 
														berjumpa dengan Nurjihan 
														iaitu sepupu Balqis yang 
														bekerja di Makmal 
														Spektro-Kimia. Waheeda 
														mengajak Nurjihan makan 
														di Sego Center atau 
														Sukma Ria. Di sini, 
														Waheeda dan Nurjihan 
														berbincang tentang ujian 
														DNA terhadap anaknya, 
														Izzati. Waheeda telah 
														membawa sampel 
														rambutnya, rambut Zahid 
														dan rambut Izzati. 
														Waheeda telah mengetahui 
														maklumat tentang ujian 
														DNA setelah disampaikan 
														oleh Nurjihan. 
														 
														
														
														Di rumahnya, Waheeda 
														tidak sabar-sabar 
														membaca artikel mengenai 
														ujian DNA yang 
														diharapkan dapat 
														membantu membersihkan 
														namanya. Dia membaca 
														berulang kali demi untuk 
														memberi kefahaman 
														tentang ujian DNA. Di 
														bilik tidurnya, Zahid 
														memerhati wajah bayi 
														kecil yang banyak 
														persamaan dengan 
														Waheeda. Manakala 
														rambut  lebat seperti 
														dengan. Hidungnya peset 
														tidak sama dengan hidung 
														Waheeda dan Zahid. Pada 
														masa inilah, Zahid 
														melemparkan tuduhan 
														terhadap Waheeda. 
														Waheeda telah 
														menunjukkan   DNA yang 
														telah dibuatnya. Waheeda 
														berusaha menyelamatkan 
														rumah tangganya. Namun 
														Zahid telah meninggalkan 
														bilik tidurnya. 
														 
														
														
														Sejak belakangan ini, 
														kompromi antara Waheeda 
														dan Zahid, seolah-olah 
														terburai oleh sikap 
														Zahid yang jarang balik 
														ke Tajau Emas. Ramai 
														kawan-kawannya telah 
														menenangkan Waheeda. 
														Sekiranya Zahid dating,  
														datangnya untuk 
														menambahkan luka di hati 
														Waheeda.  
														
														
														Raidah berasa senang dan 
														terus ke bilik Waheeda. 
														Raidah perasan perubahan 
														yang dialami oleh 
														Waheeda. Perasaan sayang 
														dan cintai terhadap 
														Zahid menjadikan jiwa 
														Waheeda tidak tenteram. 
														Kemurungan Waheeda juga 
														dapat diperhatikan oleh 
														Ghazi dan mencadangkan 
														agar Waheeda mendapat 
														bantuan pakar perubatan 
														dan kaunseling.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														20 
														
														
														Ke Pusat Rawatan Islam 
														
														
														   | 
														
														 
														
														Lais tiba-tiba sangat 
														terperanjat dan amat 
														gembira apabila 
														terserempak dengan 
														Waheeda di PUSRAWI. 
														Kedua-dua mereka saling 
														bertanya khabar dan 
														Lais  menjelaskan kepada 
														Waheeda bahawa 
														kedatangannya menemani 
														bapa saudaranya Pak Cik 
														Aziz ke pusat rawatan 
														tersebut. Lais juga 
														menerangkan bahawa Pak 
														Cik Aziz telah diserang 
														strok dan kedatangan 
														mereka ke situ bertujuan 
														untuk mendapatkan  
														rawatan. Lais 
														menceritakan bahawa 
														selepas bekerja di 
														Flamingo Resort dia 
														telah membantu bapa 
														saudaranya di chalet dan 
														kebun strawberi di 
														Cameron Highlands. 
														Selepas diisyhtiharkan 
														bankrap, Pak Cik Aziz 
														ingin menjualkan 
														perusahaannya. Selepas 
														keluar dari bilik 
														rawatan, Lais 
														memperkenalkan pakciknya 
														kepada Waheeda, Raidah 
														dan Ghazi. Sebelum 
														beredar Lais sempat 
														meninggalkan alamat 
														mereka di Cameron 
														Hihglands dan nombor 
														telefon kepada Ghazi. 
														Selepas itu Waheeda pula 
														dipanggil untuk bertemu 
														dengan kaunselor yang 
														bernama Dr.Qamariah. 
														Waheeda telah 
														menerangkan segala 
														kesedihan yang 
														dihadapinya, bidang 
														kerjayanya, dan sikap 
														suaminya Yazid seorang 
														yang panas baran dan 
														kuat cemburu sehingga 
														melafazkan cerai talak 
														satu kepadanya di 
														hadapan keluarganya. 
														Setelah mendapat nasihat 
														daripada Dr. Qamariah, 
														serta sokongan moral ibu 
														dan abangnya Ghazi, 
														Waheeda bersyukur dan 
														berterima kasih serta 
														semakin berfikiran 
														positif, Waheeda sudah 
														berubah dan tidak murung 
														lagi. Waheeda ingin 
														memulakan hidup baru. 
														Ghazi yang sedang berada 
														di apartment mereka di 
														Kajang, tiba-tiba 
														teringat akan chalet Pak 
														Cik Aziz. Lalu dia 
														menelefon Lais dan Ghazi 
														diberitahu bahawa Pak 
														Cik Aziz akan menjualkan 
														chaletnya ‘Iwana-Iwani’ 
														. Ghazi bersetuju dan 
														akan berjumpa mereka 
														pada keesokan harinya.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														21 
														
														
														Sinar Di Hujung Terowong 
														
														
														   | 
														
														 
														
														Raidah menyuarakan 
														hasratnya untuk pulang 
														ke Tajau Emas. Dia amat 
														rindu akan cucunya 
														Izzati. Di rumah Pak Cik 
														Aziz pula perbincangan 
														tentang pengambilalihan 
														Chalet Iwana-Iwani 
														sedang berjalan rancak. 
														Pak Cik Aziz menerangkan 
														punca dia diisytiharkan 
														muflis kerana 
														penyelewengan yang 
														dilakukan oleh 
														pekerja-pekerjanya. 
														Ghazi dan Waheeda amat 
														berminat untuk membantu 
														Pak Cik Aziz untuk 
														mengambi; alih  Chalet 
														Iwana-Iwani di Cameron 
														Highlands   setelah 
														pergi melihat sendiri   
														esok. Urusan mengambil 
														alih berlaku dan urusan 
														dengan Bank Rakyat 
														berjalan lancar.  Dalam 
														pada itu Waheeda 
														menyuarakan hasratnya 
														untuk tinggal di Cameron 
														Highlands kepada Ghazi. 
														Dia ingin melupakan 
														kenangan pahit antara 
														dia dan Zahid di Tajau 
														Emas dan Seri Gading. 
														Dia mengharapkan Tajau 
														Emas dapat diuruskan 
														oleh Ghazi dan keluarga. 
														Chalet Iwana-Iwani 
														diberi nama baharu dan 
														Waheeda mengharapkan 
														anaknya Izzati akan 
														menjejak langkahnya 
														menjadi seorang ahli 
														perniagaan yang berjaya.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														22 
														
														
														Bagaikan Air Gunung 
														
														
														   | 
														
														 
														
														Sambil dia berehat, 
														Waheeda teringat akan 
														laporan DNA yang 
														disimpannya berpuluh 
														tahun dahulu. Laporan 
														itu membuktikan bahawa 
														Izzati ialah anaknya dan 
														Zahid. Dia membacanya. 
														Tanpa disedarinya Izzati 
														hadir menunjukkan 
														gambar-gambar yang 
														diambilnya semasa dia 
														menerima Ijazah. Mereka 
														terus berbincang tentang 
														rupa paras 
														masing-masing. Izzati 
														hairan  melihatkan 
														wajahnya tidak secantik 
														ibunya. Hidungnya penyet 
														tetapi hidung ibunya 
														mancung. Namun Waheeda 
														terus menguatkan 
														keyakinan diri anaknya 
														bahawa kecantikan rupa 
														paras tidak semestinya 
														membawa bahagia malah 
														kecerdikan otak amat 
														perlu. Waheeda terus 
														mengharapkan Izzati 
														terus bersyukur kerana 
														Allah mengurniakannya 
														otak yang pintar. Dengan 
														kebijaksanaan dan 
														kelulusan Izzati dalam 
														bidang pelancongan, 
														Chalet Aya-Sajinah (nama 
														baru kepada Chalet 
														Iwana-Iwani) telah 
														berkembang maju dan 
														dikunjungi oleh ramai 
														pelancong dari dalam dan 
														luar negeri. Rezeki yang 
														diterima oleh Waheeda 
														dan Izzati melimpah-ruah 
														bagaikan curahan air 
														dari gunung. 
														Keterampilan Izzati 
														mengendalikan 
														Aya-Sajinah terbukti 
														apabila pada suatu pagi  
														Lais melihat Izzati 
														menghormati dua orang 
														pelancong warga emas 
														yang mula mendaftar di 
														chalet itu.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														23 
														
														
														Sejuk-sejuk Tropika  | 
														
														 
														
														Pada petang itu Zahid 
														dan Aiman menghabiskan 
														masa santai di Cafe 
														Iwani. Sambil menghirup 
														kopi panas dan  
														menikmati kesegaran 
														udara di situ, Zahid 
														menceritakan kisah 
														hidupnya kepada Aiman. 
														Bermula dengan 
														kecantikan bekas 
														isterinya, kecurigaannya 
														akan kesetiaan, 
														kelahiran anaknya yang 
														tidak langsung serupa 
														dengan wajahnya dan 
														isterinya sehingga 
														tindakannya menceraikan 
														isterinya. Aiman baru 
														saja mengetahui bahawa 
														Zahid sudah keseorangan 
														semula sekarang. Zahid 
														juga mengatakan bahawa 
														kecantikan itu hanyalah 
														tirani. Zahid juga 
														mengakui bahawa 
														kesempurnaan fizikal 
														juga hanya sementara, 
														kerana pada bila-bila 
														masa manusia boleh 
														menjadi cacat 
														sebagaimana dirinya yang 
														menjadi tempang akibat 
														kemalangan. Lais 
														sentiasa berada di 
														kaunter dan dapat 
														mencuri dengar akan 
														perbualan antara Zahid 
														dan Aiman.  
														
														
														Lais cuba mengajak 
														Izzati berada di kaunter 
														pada waktu malam untuk 
														melihat para pelancong 
														yang menjadi tetamu 
														chalet itu kerana pada 
														waktu siang mereka 
														menghabiskan masa dengan 
														bersiar-siar di luar 
														chalet. Lais juga 
														mengajak Izzati berada 
														di kaunter untuk 
														mendengar perbualan 
														antara dua orang tetamu 
														mereka yang mendaftar 
														pagi tadi. Perbualan 
														mereka agak kuat dan 
														mereka banyak bercerita 
														tentang Kuching, Kuala 
														Lumpur dan Los Angeles. 
														Izzati bersetuju untuk 
														menemani Lais selepas 
														waktu isyak di kaunter. 
														Pada malam itu, Zahid 
														dan Aiman masuk ke kafe. 
														Zahid sempat bertembung 
														mata dengan Lais dan 
														Izzati di kaunter. Wajah 
														dan senyuman Izzati amat 
														meninggalkan kesan di 
														hati Zahid dan 
														menyatakan kepada Aiman 
														bahawa gadis di situ 
														anggun. Perbualan antara 
														Aiman dan Zahid berkisar 
														tentang kekesalan Zahid 
														yang menceraikan 
														isterinya akibat curiga 
														dan menuduh isterinya 
														curang melahirkan anak 
														yang tidak mewarisi 
														wajah mereka berdua. 
														Zahid juga menceritakan 
														kepada Aiman tentang 
														sikapnya yang tidak mahu 
														membaca laporan data DNA 
														tentang anak mereka. 
														Zahid juga kesal kerana 
														telah ditimpa kemalangan 
														jalan raya di Los 
														Angeles mengakibatkan 
														kakinya tempang dan 
														doktor mengesahkan 
														bahawa dia tidak lagi 
														berdaya mendapat zuriat. 
														Izzati yang mendengar 
														terkedu. Manakala Lais 
														pula lebih daripada 
														terkedu, malah dia dapat 
														mengaitkan Zahid, 
														seseorang pemuda yang 
														kacak yang pernah 
														dikenalinya di Flamingo 
														Resort ketika dia 
														bekerja di sana dahulu.  
														Ketika ingin membuat 
														pembayaran di kaunter, 
														Zahid sempat menenung 
														wajah Izzati dengan satu 
														tenungan yang agak 
														berlainan dan menyatakan 
														bahawa apabila dia 
														memandang wajah Izzati 
														dia teringat akan 
														anaknya. Apabila 
														ditanya, Zahid 
														mengatakan anaknya 
														bernama Izzati. Izzati 
														terharu dan terkejut. 
														Izzati pulang dengan 
														wajah yang agak pelik 
														dan berlainan 
														menyebabkan Waheeda juga 
														agak hairan melihat 
														tingkah laku anak 
														gadisnya itu.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														24 
														
														
														Kama Hati  | 
														
														 
														
														Sekembalinya ke bilik 
														pada malam itu, Zahid 
														amat sukar melelapkan 
														mata. Ingatannya terpaku 
														kepada gadis di kafe 
														tadi, yang benar-benar 
														menggugat fikirannya. 
														Senyuman, wajah, bulu 
														matanya, lekuk pada 
														dagu, dan lesung 
														pipit,pada wajah gadis 
														itu seolah-olah entiti 
														dirinya dan gerak- geri 
														gadis itu 
														mengingatkannya kepada 
														seseorang yang pernah 
														disayanginya. Zahid amat 
														menyesali dirinya yang 
														enggan melihat laporan 
														DNA dulu 
														sekurang-kurangnya dia 
														akan pasti anak itu 
														anaknya atau bukan. 
														Zahid memohon agar Allah 
														memberi petunjuk 
														kepadanya. Pada pagi 
														esoknya Zahid muncul 
														awal di Restoran Iwana. 
														Harapannya akan dapat 
														melihat wajah Izzati 
														dengan lebih dekat lagi. 
														Akhirnya pertemuan Zahid 
														dengan Izzati 
														mengungkapkan rasa 
														kesal, sedih, dan reda 
														kerana gadis yang 
														dilihatnya dalam tiga 
														hari itu ialah anaknya 
														yang selama ini 
														dirindunya. Zahid juga 
														ingin menemui Waheeda 
														untuk meluahkan perasaan 
														rindu, kesal dan 
														bersalah akibat 
														tindakannya mengabaikan 
														dan meninggalkan Waheeda 
														dan Izzati selama 20 
														tahun. Pertemuan Zahid 
														dan Waheeda pada petang 
														itu dalam suasana marah, 
														kesal, sedih dan sayu 
														seolah-olah Waheeda 
														tidak mahu memaafkannya. 
														Namun Waheeda berasa 
														amat bertuah kerana 
														Allah telah mengurniakan 
														seorang anak yang sangat 
														mulia jiwanya dan 
														meminta ibunya memaafkan 
														ayahnya.  | 
													 
												 
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												  
												
												
												
												TEMA 
												
												
												Kecantikan fizikal bersifat 
												sementara tetapi ilmu yang 
												dimiliki seseorang dapat 
												melindungi kelemahan diri. 
												
												
												
												PERSOALAN 
												
													
														| 
														 
														
														   | 
														
														 
														
														PERSOALAN  | 
														
														 
														
														CONTOH  | 
													 
													
														| 
														 
														
														1  | 
														
														 
														
														Kecantikan merupakan 
														perkara yang diutamakan 
														oleh seorang wanita.  | 
														
														 
														
														“Dr Alma Chen menyatakan 
														kepada Waheeda dalam 
														proses ini, pihak pakar 
														kami akan mengubah 
														dorsum atau aliran 
														atas hidung agar 
														mancungnya terbentuk”  | 
													 
													
														| 
														 
														
														2  | 
														
														 
														
														Kasih sayang seorang ibu 
														terhadap anaknya  | 
														
														 
														
														“Hmm, bila mak sampai?.” 
														Tangan ibunya terus 
														digenggam “Baru sekejap. 
														Mak sebenarnya berada di 
														bangku di luar bilik 
														ini.”kata ibunya. “Dari 
														sejak Eda dimasukkan ke 
														bilik bedah?” Waheeda 
														mengumpil kesetiaan 
														ibunya. “Berapa lama?” 
														 Kira-kira 12 jam 
														  | 
													 
													
														| 
														 
														
														3  | 
														
														 
														
														Persahabatan antara dua 
														sahabat yang sudah lama 
														tidak berjumpa  | 
														
														 
														
														Ketika Waheeda 
														menghubungi sahabatnya 
														Bazilah, Bazilah 
														menjawab “Kecil tapak 
														tangan, lapangan terbang 
														Changi Illa tadahkan”. 
														Lantas Waheeda menjawab 
														“Kaulah kawan aku dunia 
														akhirat, terima kasih 
														seluas negeri Sarawak”.
														  | 
													 
													
														| 
														 
														
														4  | 
														
														 
														
														Tanggungjawab seorang 
														anak terhadap keluarga  | 
														
														 
														
														Waheeda bersandar sambil 
														termenung melayari 
														lamunan. Dia amat 
														berterima kasih kepada 
														Ghazi kerana sanggup 
														balik ke pangkuan 
														keluarga, melepaskan 
														jawatannya di PETRONAS 
														Miri untuk balik 
														membantu ayahnya 
														menguruskan Tajau Emas 
														sejak bulan lepas.  | 
													 
													
														| 
														 
														
														5  | 
														
														 
														
														Muafakat antara keluarga  | 
														
														 
														
														“Nampaknya kita tidak 
														perlu bertolak ke rumah 
														pihak perempuan, kata 
														Datuk Yasser kepada 
														wakil rombongan   dari 
														keluarga terdekat serta 
														kenalan memberi alasan. 
														Kita buat lain kali,” 
														katanya optimis  | 
													 
												 
												
												
												  
												
												   |