| 
												 
												
												1.    
												
												
												
												Prosa Klasik : Burung Terbang 
												Dipipiskan Lada 
												
												
												
												  
												
												
												
												1.0 Sinopsis 
												
												
												Cerita memaparkan percubaan raja 
												Siam, Bubunnya hendak menyerang 
												kerajaan Melaka yang tidak 
												kesampaian kerana kebijaksanaan 
												pemerintah dan kesaktian 
												hulubalang Melaka.  
												
												
												Ceritanya bermula pada zaman 
												dahulu kala negeri Siam yang 
												dikenali sebagai Syahrunnuwi 
												begitu kuat sehingga semua 
												kerajaan bawah angin telah 
												ditakluki oleh Siam kecuali 
												kerajaan Melaka. Apabila Melaka 
												yang diperintah oleh Sultan 
												Muzaffir Syah enggan memberi 
												surat sebagai tanda tunduk 
												kepada Siam, raja Siam telah 
												menyuruh panglimanya Awi Cakri 
												membawa hulubalang dan rakyatnya 
												yang sangat ramai untuk 
												menyerang Melaka melalui hulu 
												Pahang. Apabila Sultan Muzaffir 
												Syah mendengar berita tentang 
												rancangan serangan Siam itu, 
												baginda pun menghimpunkan rakyat 
												Melaka dari segenap pelusuk 
												negeri. Tun Perak dari Kelang 
												telah datang  membawa  
												bersama-sama dengan anak isteri 
												masing-masing. Pada masa itu, 
												Seri Amerta dilantik oleh sultan 
												sebagai bentara kerana 
												kecerdikan dan kepetahannya 
												berkata-kata. 
												
												
												Seri Amerta telah diminta oleh 
												sultan untuk menyiasat tindakan 
												Tun Perak tersebut. Tindakan Tun 
												Perak itu dipersoalkan sebanyak 
												tiga kali oleh Seri Amerta. Tun 
												Perak meminta Seri Amerta jangan 
												mencampuri urusan orang lain. 
												Baginda menjelaskan sekiranya 
												orang Kelang yang datang dari 
												jauh itu ditemani anak isteri 
												masing-masing, mereka akan 
												berperang dengan lebih 
												bersemangat. Apabila hal ini 
												disampaikan kepada Duli Yang 
												diPertuan, baginda amat 
												bersetuju dengan tindakan Tun 
												Perak itu lalu menitahkan Tun 
												Perak terus bermastautin di 
												Melaka. Apabila serangan Siam 
												itu telah dapat dipatahkan, Tun 
												Perak telah dijadikan sebagai 
												bentara di Melaka. 
												
												
												Tidak lama kemudian Seri Amerta 
												menyuruh Tun Perak menghadap 
												kerana ada seorang orang Kelang 
												mengadu bahawa dirinya dianiayai 
												oleh Tun Perak. Setelah disoal 
												siasat, Tun Perak menyatakan 
												bahawa Seri Amerta tidak 
												memahami tugas dan tanggungjawab 
												diamanahkan oleh Sultan.
												Sultan bersetuju dengan 
												penjelasan Tun Perak lalu 
												melantiknya sebagai Perdana 
												Menteri dengan gelaran Paduka 
												Raja yang setaraf dengan Seri 
												Nara Diraja.  
												
												
												Seri Nara Diraja sudah tua dan 
												tidak mempunyai anak 
												lelaki,hanya ada seorang anak 
												perempuan yang bernama Tun Putih 
												hasil perkahwinan dengan anak 
												bendahara. Setelah isterinya  
												itu mangkat barulah Seri Nara 
												Diraja mengakui bahawa baginda 
												mempunyai seorang anak lelaki 
												yang bernama Tun Nina Madi hasil 
												perhubungan dengan gundik istana. 
												
												
												Pada masa itu masyarakat Melayu 
												telah berpecah kepada dua puak 
												iaitu puak Paduka Raja dan puak 
												Seri Nara Diraja kerana 
												kedua-duanya mempunyai taraf 
												yang sama. Kedua-dua orang besar 
												ini tidak dapat bekerjasama 
												kerana berbeza pendapat. Apabila 
												hal ini diketahui oleh Sultan 
												Muzaffir Syah, baginda amat 
												kecewa kerana bimbang negara 
												akan lemah jika pembesarnya 
												saling tidak bermuafakat. 
												Baginda telah memikirkan jalan 
												penyelesaian dengan mencai jodoh 
												baru kepada Seri Nara Diraja, 
												tetapi semuanya telah ditolak 
												oleh Seri Nara Diraja 
												sehinggalah dia dijodohkan 
												dengan Tun Kudu anak perempuan 
												Bendahara Seri Wak Raja, saudara 
												kepada Paduka Raja. Justeru, 
												hubungan Seri Nara Diraja dengan 
												Paduka Raja kembali baik apabila 
												baginda bersetuju supaya Paduka 
												Raja dilantik sebagai bendahara 
												manakala Seri Nara Diraja 
												menjadi penghulu bendahari.
												 
												
												
												Tidak lama kemudian orang Siam 
												di bawah pimpinan Awi Dicu  
												menyerang Melaka. Sultan 
												mengetahui hal tersebut lalu 
												menitahkan Paduka Raja dengan 
												diiringi Seri Bija Diraja dan 
												segala hulubalang untuk 
												mempertahankan Melaka. Anak Seri 
												Bija Diraja bernama Tun Umar 
												yang berkelakuan aneh telah 
												disuruh melanggar perahu pihak 
												Siam, tiga buah perahu Siam 
												telah dikalahkan dengan hanya 
												sebuah perahunya. Pihak Siam 
												menjadi takut dan membatalkan 
												hasrat menyerang Melaka. 
												Bendahara Paduka Raja 
												menggunakan strategi memasangkan 
												puntung api pada pokok-pokok di 
												sepanjang pantai seolah-olah 
												banyak perahu perang Melaka yang 
												dibawa untuk mempertahankan 
												Melaka. Angkatan perang Siam 
												telah berundur. Setelah pihak 
												Siam berundur, Bendahara Paduka 
												Raja dan orang-orangnya telah 
												dianugerahkan persalinan yang 
												mulia. 
												
												
												Walau bagaimanapun, berita 
												kegagalan serangan Siam itu 
												sampai ke pengetahuan Paduka 
												Bubunnya, raja Siam itu amat 
												marah dan diri sendiri membuat 
												keputusan untuk menyerang Melaka 
												tetapi anaknya Cau Pandan 
												menawarkan diri untuk menyerang 
												Melaka. Raja Siam bersetuju lalu 
												menggunakan lapan ratus buah 
												kapal perang besar dan banyak 
												kapal perang kecil di bawah 
												pimpinan Pra Kelong untuk 
												membantu Cau Pandan menyerang 
												Melaka. Apabila berita rancangan 
												Siam untuk menyerang Melaka itu 
												diketahui oleh sultan Melaka, 
												Sidi Arab yang mempunyai 
												kesaktian ilmu memanahnya telah 
												memanah Cau Pandan yang berada 
												di Siam. Akhirnya Cau Pandan 
												yang belum sempat menyerang 
												Melaka itu telah terkena panahan 
												tersebut di dada, telah muntah 
												darah lalu mati. Kesaktian Sidi 
												Arab itu amat dihargai sultan 
												dan diberi ganjaran yang 
												setimpalnya. 
												
												
												Setelah empat puluh dua tahun 
												Sultan Muzaffir Syah memerintah 
												Melaka, akhirnya baginda mangkat 
												dan digantikan oleh anaknya Raja 
												Abdullah gelaran Sultan Mansur 
												Syah. Ketika menaiki takhta, 
												Sultan Mansur Syah berusia 27 
												tahun. Baginda beristerikan anak 
												Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih 
												Nur Pualam. Baginda seorang raja 
												yang kacak, adil, dan murah hati 
												yang tiada tolok bandingnya pada 
												masa itu.   
												
												
												
												  
												
												
												
												2.0       Tema 
												
												
												
												Keghairahan Siam menyerang 
												Melaka tanpa menilai kelemahan 
												diri sendiri dan menyiasat 
												kekuatan pihak lawan terlebih 
												dahulu sebelum mengatur 
												serangan. 
												
												
												  
												
												
												
												3.0       Persoalan 
												
												
												
												1.     
												Kebijaksanaan Tun Perak 
												dalam mengatur strategi 
												menghalang serangan dari Siam 
												
												
												Contoh: Tun Perak membawa rakyat 
												dari Kelang bersama-sama anak 
												isteri untuk menaikkan semangat 
												berperang 
												
												
												Tun Perak mengikat puntung api 
												pada pokok bakau, pokok nyirih 
												dan pokok api-api di sepanjang 
												pantai bagi menakutkan pihak 
												musuh. 
												
												
												  
												
												
												
												2.     
												Semangat tidak mudah 
												berputus asa. 
												
												
												Siam mengatur serangan ke atas 
												Melaka sebanyak tiga kali 
												walaupun kesemua percubaan 
												tersebut menemui kegagalan. 
												
												
												  
												
												
												
												3.  
												Kepentingan permuafakatan 
												antara pemimpin memperkukuh
												 
												
												
												
												    ketahanan negara. 
												
												
												Konflik antara Tun Perak dengan 
												Seri Nara Diraja telah 
												menyebabkan masyarakat berpecah 
												yang boleh melemahkan kekuatan 
												negara. 
												
												
												  
												
												
												
												4.   
												Perkahwinan dapat 
												mengeratkan perhubungan 
												persaudaraan.  
												
												
												Contohnya, Sultan telah 
												menjodohkan Tun Kudu anak 
												saudara Tun Perak dengan Sri 
												Nara Diraja. 
												
												
												  
												
												
												
												5.     
												Tanggungjawab 
												melaksanakan tugas masing-masing 
												tanpa          
												       mencampuri urusan orang 
												lain  
												
												
												Tun Perak meminta Seri Amarta 
												tidak mencampuri urusannya dan 
												mempersoalkan sesuatu tindakan 
												yang diambil.  
												
												
												  
												
												
												
												6. 
												Merahsiakan sesuatu 
												perkara bagi mengelakkan konflik 
												dalam  
												  keluarga. 
												
												
												Seri Nara Diraja merahsiakan 
												anak hasil hubungannya dengan 
												gundik bagi mengelakkan 
												berkonflik dengan isteri 
												
												
												  
												
												
												
												7.     
												Unsur kesaktian dalam 
												peperangan  
												
												
												Sidi Arab mempunyai kesaktian 
												dalam ilmu memanah. Beliau telah 
												  
												      memanah dari Melaka 
												sehingga dapat membunuh Cau 
												Pandan  
												      yang berada di benua Siam.  |