Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

1.   

SEJADAH RINDU    

(Haikal Aminuddin)

 

TEMA

Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah benar-benar insaf.

Contoh :

(R1;B5;B6)

Merekah keinsafan di hati yang beku

Mengenang dosaku yang terdahulu.

 

MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan tersebut setelah hukuman gantung dijatuhkan.

Rangkap 2

Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap agar segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan.

Rangkap 3

Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.

 

PERSOALAN

Persoalan keinsafan seorang pesalah yang menunggu hukuman 

Contoh:

(R1; B5;B6)

Merekah keinsafan di hati yang beku

Mengenang dosaku yang terdahulu.

 

Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.

Contoh :

(R3;B6;B7)

lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.

 

Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.

Contoh :

(R2;B4;B5)

 moga terbuka ruang keampunan

 sebelum saat aku di nisankan.

 

Persoalan ajal maut di tangan tuhan.

Contoh :

(R2;B5;B6)

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang kautetapkan.

    

 

MAKLUMAN
  • Nota Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) di atas hanya setakat persoalan sahaja.

  • Terima kasih kepada Webmaster laman web dan Blogger yang bahan sumbernya dipautkan di sini.

  • Pautan akan ditambah dari semasa ke semasa apabila lebih banyak bahan sumber dihasilkan.

Sumbangan nota dan soalan dalam pelbagai bentuk/format amat dialu-alukan. Hantarkan ke ikaz2@yahoo.com

© BMSPM 1998-2018. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama