| 
												 
												
												1.   
												 
												
												
												
												BUKAN GILA 
												
												
												(Shariff Shaary) 
												
												
												
												  
												
												
												
												1.0       SINOPSIS 
												
												
												ADEGAN I 
												
												
												Drama ini mengisahkan tentang 
												Azmir yang dimasukkan ke wad 
												kerana dikatakan kurang siuman. 
												Semasa di dalam wad, fikirannya 
												bercelaru dan dengan 
												membayangkan kehadiran Ani,  
												bapa dan Pak Haji serta 
												berdialog dengan mereka. 
												Dialog-dialog tersebut telah 
												memperlihatkan perbezaan prinsip 
												yang menjadi  pegangan  Azmir.
												 
												
												
												  
												
												
												ADEGAN II 
												
												
												Azmir telah dilawati oleh doktor. 
												Doktor telah mengizinkan Azmir 
												untuk keluar bersiar-siar dari 
												wad pesakit jwa. Namun begitu, 
												doktor berpesan supaya Azmir 
												tidak pergi jauh, hanya di 
												kawasan wad sahaja. 
												
												
												ADEGAN III 
												
												
												Dalam adegan ini terdapat sesi 
												pementasan lakonan yang 
												diarahkan oleh Arif dan tiga 
												orang pelakon. Setiap watak 
												menyatakan  prinsip  hidup yang 
												berbeza tentang dunia. ( dunia 
												ialah kuasa, wang ialah dunia 
												dan dunia ialah fikiran). Azmir 
												pula berpendapat bahawa yang 
												penting ialah sistem. Sistem 
												yang betul ialah sistem yang 
												prorakyat. Rakyat yang berkuasa 
												menentukan segala-galanya. 
												Dialog mereka berkisar tentang 
												kehidupan ini yang berbentuk 
												lakonan atau realiti. Azmir 
												berpendapat bahawa sejarah 
												membuktikan bahawa rakyat yang 
												betul dan kemenangan sentiasa 
												berpihak kepada rakyat. Pada 
												masa yang sama Azmir sering 
												melaung kesakitan pada kepalanya. 
												Azmir diragui oleh 
												kawan-kawannya sama ada Azmir 
												benar-benar sakit atau hanya 
												lakonan. 
												
												
												Kemudian Doktor Razi telah 
												datang dan membawa Azmir kembali 
												ke wad setelah tiga hari telah 
												hilang. 
												
												
												ADEGAN IV 
												
												
												Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan 
												Pelakon 3 telah menziarahi 
												keluarga Azmir. Mereka ingin 
												mendapatkan maklumat latar 
												belakang hidup Azmir. Ibu bapa 
												Azmir nenceritakan kisah Azmir 
												yang tinggal dengan neneknya, 
												bersikap gila-gila, mula 
												berpelakuan aneh apabila berada 
												 dalam tingkatan 6  dan tidak 
												dapat menamatkan pengajian di 
												universiti. Dia jugamenggunakan 
												nama W.A. Domski dan bercakap 
												dalam bahasa Indonesia. Rakan 
												Azmir pula mempunyai persepsi 
												yang berbeza tentang diri  Azmir. 
												Rakan Azmir berpendapat mungkin 
												Azmir kekurangan kasih saying 
												dan sokongan daripada kedua 
												ibubapa. Pelakon 2 pula 
												berpendapat Azmir sedang 
												menanggung kesakitan yang berat. 
												Pelakon 1 pula berpendapat 
												mereka perlu membantu Azmir 
												kerana pada tanggapannya dia 
												memerlukan kasih sayang, bukan 
												cemuhan dan penghinaan. 
												
												
												ADEGAN V 
												
												
												Azmir bermonolong tentang kisah 
												lampau hidupnya bercinta dengan 
												Ani. Azmir juga bermonolong 
												tentang suka duka 
												kehidupannya.Manusia sering 
												tertipu dengan keindahan dunia 
												tanpa pertimbangan yang rasional. 
												Akhirnya dia memilih untuk hidup 
												bersendiri dan menilai cinta 
												dalam kehidupan. Manusia ialah 
												pemburu dalam kehidupan 
												
												
												ADEGAN VI 
												
												
												Berita kematian Azmir dilaporkan 
												dalam akhbar pada 21 Jun 1993. 
												Kematiannya amat mengejutkan dan 
												dikaitkan berpunca daripad 
												penyakit barah otak dilamainya. 
												Ani menyesal kerana meninggalkan 
												Azmir 
												
												
												
												  
												
												
												
												2.0       PEMIKIRAN 
												
												
												
												Setiap orang mempunyai prinsip 
												hidup dan ideologi yang berbeza 
												yang boleh mempengaruhi tindakan/cara 
												hidup.  
												  
												
												
												
												3.0       PERSOALAN 
												
												
												1.         Perbezaan pemikiran  
												dan tindakan menyebabkan 
												seseorang itu dianggap          
												janggal oleh masyarakat 
												sekeliling.  
												
												
												- Azmir dianggap gila kerana 
												mempunyai pandangan yang berbeza 
												tentang  hidup (cinta, sifat 
												kemanusiaan, prinsip hidup) 
												berbanding orang lain. 
												
												
												2.         Kepentingan cinta dan 
												kasih sayang 
												
												
												            Contoh: Cinta dan 
												kasih sayang amat penting bagi 
												menjamin kebahagiaan 
												
												
												3.         Rencah kehidupan 
												
												
												            Contoh: hidup ini 
												ibarat roda yang berputar, ada 
												suka dan dukanya. 
												
												
												4.         Dunia ini ibarat 
												pentas lakonan 
												
												
												            Contoh: dalam 
												kehidupan di dunia ini, manusia 
												ialah pelakonnya yang 
												 
												
												
												                            
												membawa pelbagai watak 
												
												
												5.         Kesakitan boleh 
												membawa penderitaan 
												
												
												            Contoh: Azmir yang 
												menanggung kesakitan kerana 
												menghidap barah otak. 
												
												
												6.         Sokongan daripada 
												ahli keluarga terdekat boleh 
												memberi kekuatan dalam           
												menghadapi cabaran hidup. 
												 
												
												
												Contoh: Azmir  menanggung 
												cabaran hidup tanpa sokongan ibu 
												bapa dan  
												
												
												              kekasih hati. 
												
												
												7.         Keprihatinan perlu 
												ada dalam diri setiap manusia. 
												
												
												Contoh:Tindakan para pelakon 
												yang mengunjungi rumah Azmir 
												untuk  
												
												
												             mengetahui latar 
												belakang hidup Amir 
												
												
												8.         Setiap orang perlu 
												mempunyai sikap bantu-membantu . 
												
												
												Contoh : Para pelakon yang 
												membantu mengurangkan kesakitan 
												dengan 
												
												
												               memicit-micit 
												kepalanya 
												
												
												8.         Kekuasaan Tuhan 
												
												
												            Contoh: perlu 
												menerima takdir terhadap yang 
												telah ditentukan oleh Tuhan 
												
												
												  
												
												
												9.         Sifat berterima kasih 
												
												
												Contoh: setiap manusia perlu 
												berterima kasih terhadap 
												sumbangan orang lain  
												
												
												              dalam kehidupan 
												mereka – ibu bapa, para petani. 
												
												
												10.       Hikmah di sebalik 
												sesuatu kejadian 
												
												
												            Contoh: sesuatu 
												kejadian yang berlaku mempunyai 
												pelbagai hikmah yang  
												
												
												                           
												tersembunyi  |