Latihan
Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
1. Senario Masyarakat Kita (Buku Teks m.s. 1)
Soalan Contoh
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman
dan harmoni.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut.
2. Ambang Remaja (Buku Teks m.s. 23)
Soalan Contoh
Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan
yang penting untuk membangunkan negara ini.
Ulas pernyataan di atas.
3. Dunia Semakin Canggih (Buku Teks m.s. 50)
Soalan Contoh
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas
kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.
4. Keranamu Malaysia (Buku Teks m.s. 75)
Soalan Contoh
Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa
negara kita juga setanding dengan negara maju yang lain.
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
5. Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks m.s. 100)
Soalan Contoh
Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan untuk
mengatasinya.
Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
6. Riadah (Buku Teks m.s. 127)
Soalan Contoh
Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat pada
masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut.
7. Generasi Kita (Buku Teks m.s. 156)
Soalan Contoh
Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka
merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan.
Ulas pernyataan di atas.
8. Gaya Hidup Sihat (Buku Teks m.s. 180)
Soalan Contoh
Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki
menulis rencana yang bertajuk “Budaya Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat
”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
9. Kerjaya (Buku Teks m.s. 203)
Soalan Contoh
Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang menganggur
dan hanya berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
10. Warisan Bangsa (Buku Teks m.s. 223)
Soalan Contoh
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan
kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.
11. Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks m.s. 249)
Soalan Contoh
Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam
bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara.
Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.