Salah satu nilai yang dikemukakan oleh pengarang dalam
sesebuah novel ialah nilai bertimbang rasa. Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa
yang menunjukkan amalan nilai bertimbang rasa.
Novel: Perlumbaan Kedua
Peristiwa : Bertimbang rasa menawarkan bantuan.
Huraian : Sang Gajah yang kasihan melihat Tuk Kura
lambat bergerak kerana usianya lanjut menawarkan bantuan
kepada Tuk Kura untuk menjinjiingnya ke puncak bukit
semasa meninjau kawasan perlumbaan kedua.
Peristiwa : Bertimbang rasa dengan memberi
cadangan.
Huraian : Tuk Kura dan anak-anak buahnya dalam
perjalanan menuju ke padang rumput . Dalam perjalanan
itu, Sang Gajah mencadangkan Tuk Kura dan anak-anak
buahnya berhenti rehat kerana simpati melihat kesusahan
dan keletihan Tuk Kura dan anak-anak buahnya. 25
Peristiwa : Bertimbang rasa dengan menawarkan
bantuan menyampaikan pesanan.
Huraian : Sang Murai terserempak dengan Tuk Kura yang
dalam perjalanan untuk menghimpunkan suku-sakatnya lalu
Sang Murai menawarkan bantuan menyampaikan pesanan
kerana Sang Murai berasa simpati terhadap Tuk Kura
sedangkan Sang Murai boleh terbang lebih cepat dan dapat
menyampaikan pesanan Tuk Kura dengan segera.
Peristiwa : Bertimbang rasa dengan memberi
pandangan
Huraian : Sang Murai bertemu dengan Sang Kancil yang
mencari Tuk Kura untuk menyampaikan cabaran Sang Arnab
Putih.Sang Murai sangat kasihan melihat Sang Kancil yang
keletihan dalam usahanya menjejak Tuk Kura lalu
mencadangkan Sang Kancil mencari Tuk Kura di kawasan
paya.
Novel: Julia
Peristiwa : Bertimbang rasa semasa bertengkar /
berbalah.
Huraian : Pertengkaran Julia dengan Encik Baharom
berlaku di pejabat BMPRO Holding . Julia masih
bertimbang rasa terhadap kekasaran yang ditunjukkan oleh
Encik Baharom berkenaan dengan cadangan penjualan BMPRO
Transport. Julia menerima permohonan maaf Encik Baharom
dan tidak mengambil tindakan memecatnya.
Peristiwa : Bertimbang rasa terhadap hak anak
tiri .
Huraian : Ummi Sarah ke rumah Julia untuk
menceritakan keadaan sebenar kedudukan dirinya.Ummi
Sarah bertimbang rasa kerana tidak memberi tekanan
kepada Julia dalam soal tuntutan butik BMPRO. Sebaliknya
Ummi Sarah mengatakan tindakan adiknya Syed Mustafa
tidak pernah dibincangkan dengannya.
Peristiwa : Bertimbang rasa terhadap keadaan
anak.
Huraian : Datin Maznah berkunjung ke Perth untuk
menghantar Julia menyambung pengajiannya di sana. Datin
Maznah menangguhkan pendaftaran Julia di Hidayah Islamic
College kerana memahami bahawa Julia masih belum
bersedia. Datin Maznah bertimbang rasa kerana Julia
masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
negara asing.
Peristiwa : Bertimbang rasa isteri terhadap hak
suami
Huraian : Datin Maznah bertimbang rasa kerana
membenarkan suaminya Dato’ Bakar berkahwin dengan Ummi
Sarah. Apabila hal itu dibangkitkan oleh Pak Cik Khairil,
Datin Maznah mengingatkannya bahawa itu hak Dato’ Bakar
dan dia sendiri berbaik-baik dengan madunya.
|