Gerbang Maklumat BMSPM Di
Hujung Jari Sejak Oktober 1998
NKRA KPM dan KPI
KPPM
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)
KPM
dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
YAB Perdana Menteri telah
mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila
beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi
bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan
oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA
iaitu:
Prasekolah - dimana
peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan
prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana
dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
Literasi dan Numerasi - di
mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh
menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4
pada tahun 2012.
Sekolah Berprestasi Tinggi
- di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools '
termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
Pengetua/Guru Besar - di
mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan
'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator
(KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan
berdasarkan kepada beberapa kpi :
Nisbah Guru:Murid
mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah
1:16)
Penurunan kes disiplin
sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan
sekolah menengah seluruh negara.
Peratus peningkatan
sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas
Intervensi Awal (KIA2M).
Pencapaian pelajar
berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50),
dan SPM (GPN = 6.00).
Peningkatan 2 % Guru
Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
Penurunan peratus jurang
pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan
SPM - 0.2%)