Pemahaman Komsas
- 26 markah [35 - 9 daripada Pemahaman Umum]
Walaupun markahnya 26 sahaja dengan 8 -9 soalan daripada 3 bahagian,
namun kalau anda peka dan tahu teknik untuk mendapatkan markah atau
menjaga markah supaya tidak diambil @dipotong @didenda oleh pemeriksa,
senang-senang sahaja anda akan mendapat markah penuh. Tak percaya? Ikut
nasihat ini:
- Baca soalan dan jawab berdasarkan
kehendak soalan. [mungkin anda akan kata, memanglah...
tapi ketahuilah murid-murid sekalian, banyak pelajar yang tersilap
kerana tidak menjawab soalan yang ditanyakan.]
- Jangan pula tak jawab soalan dan dibiarkan kosong. Sah 0 markah;
dapat juga markah kan? Tapi kosonglah.
- Apabila menjawab soalan, pastikan anda
menjawab soalan itu dengan lengkap.
Tatabahasa mesti betul. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Jangan nak
cepat, tulis tu main tarik saja, sampai n jadi u dan sebagainya.
Jangan pula buat ejaan seperti yang biasa dalam dunia siber atau sms.
Nahas tu! [Nampak remeh kan? Tapi perkara ini semua sangat
penting. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, percuma saja
kita buang markah yang amat berharga]
- Soalan 1 biasanya akan bertanya tentang makna kata atau frasa atau
maksud perenggan. Bagi makna kata atau frasa, berikan kata sinonim
yang lain. Bagi puisi moden atau tradisional - apabila anda menjawab,
sila gunakan bahasa prosa moden.
Gunakan ayat anda sendiri. Jangan cedok bulat-bulat ayat pantun,
seloka atau sajak itu. Berikan maksud mengikut pemahaman anda (sebagaimana
yang anda telah pelajari). Begitu juga dengan prosa tradisional. Guna
ayat sediri iaitu bahasa moden. (jangan pula guna bahasa sms - parah)
- Soalan kedua biasanya soalan kbkk. Jawaban bagi soalan ini
hendaklah daripada calon sendiri @
pendapat calon. Sekiranya calon menuliskan isi-isi atau
perkara-perkara yang yang ada dalam petikan, markah 0 akan diberikan.
[tak jawab soalan- anda didenda]. Namun demikian, jawaban
bagi soalan ini hendaklah berkaitan dengan topik, jangan suka-suka
hati nak beri pendapat sendiri tetapi tak ada kaitan.
- Sekiranya soalan yang ditanyakan itu
wajar atau tidak, anda
harus bijak. Walaupun anda boleh memilih sama ada wajar atau tidak,
tetapi anda haruslah bijak memilih yang mana lebih baik, yang
sepatutnya, dan yang mudah untuk ditanda oleh pemeriksa atau yang
pemeriksa selesa. (ini pendapat saya sahaja)
- Pastikan anda memberikan pendapat
yang dihuraikan. Kalau boleh berikan beberapa pendapat. Tulis
lebih tak apa asal tatabahasa terpelihara. Saya selalu bercakap kepada
pelajar-pelajar saya bahawa kalau seseorang itu mahu mandapat A dalam
BM, dia hendaklah rajin menulis, menulis dan menulis. Jangan lupa,
serlahkan kematangan anda dalam
huraian pendapat anda itu.
- Soalan ketiga biasanya berkaitan dengan
unsur komsas. Dalam prosa
tradisional, jarang ada soalan aspek komsas. Tahun ini tak tahulah.
- Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak
dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya sebagaimana
yang anda telah pelajari. Kadang-kadang ada soalan begini:
- Jelaskan 2 nilai berdasarkan petikan dan dua nilai berdasarkan
keseluruhan cerpen. Bagaimana nak jawab? Dua nilai daripada petikan
ialah nilai kasih sayang dan tabah. Mama Zel amat menyayagi Zel dan
memberikan hadiah sebuah komputer bersempena hari lahirnya. Mama Zel
tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup sebagai ibu tunggal yang perlu
mencari sara hidup sendiri manakala dua nilai daripada keseluruhan
cerpen pula ialah nilai tekun dan nilai yakin diri. (kemudian berikan
contoh kedua-dua nilai tersebut).
- Nampak macam panjang kan? Tapi tak apa, lebih baik bagi lebih
daripada beri kurang. Objektif kita ialah untuk mendapatkan markah
yang diperuntukkan itu.
- Jangan keliru antara nilai dan
persolan kerana kadang-kadang ada nilai yang juga merupakan
persoalan. yang pentingnya bagaimana anda menuliskan nilai itu sebagai
persoalan. Contoh: kasih sayang ialah nilai, bagaimanakah kasih sayang
menjadi persoalan? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan
perkataan persoalan di hadapan kasih sayang >>>
persoalan kasih sayang atau
tambahkan perkataan lain contoh antara
keluarga. Persoalan kasih sayang antara ibu dan anak dsb. Yang
pentingnya, apabila anda menjawab soalan persoalan, jangan sesekali
samakan persoalan dengan nilai kerana pemeriksa akan keliru untuk
memberikan anda markah. Jangan kelirukan pemeriksa.
- Apa lagi ya? Oh ya, jangan seronok
sangat menulis hingga anda mengabaikan masa. Rancang masa anda
dengan baik dan jawab semua soalan. Saya doakan anda semua akan
berjaya dengan cemerlang dalam SPM khususnya dalam BM. Malam ini
tidurlah dengan lena selepas berdoa
semoga kerja keras anda selama ini akan membuahkan hasil yang
cemerlang. Esok, bangun dengan segar dan penuh semangat dan berjuang
habis-habisan untuk mendapatkan hak anda.
Sumber:
http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM
|