Rumusan
- Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.
- Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi
tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk
kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.
- Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor,
kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah,
kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna
yang tepat daripada kamus dewan.
- Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor)
Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi
ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi
ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh).
Justeru bukan penanda
wacana.
- Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60,
boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula
kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh
tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan
seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
- Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi
tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan.
Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1)
dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain
itu, (isi 3).
- Kesimpulan hendaklah satu
ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur
pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan
sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan
daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya,
semua pihak harus
bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan
(unsur pertama)
agar keselamatan awam terjamin.
(unsur kedua).
- Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan
jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.
- Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke
tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1
perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.
Sumber:
http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM
|